Friday, November 06, 2009

::~44~:: Selamat Hari Jadi, Kak Jie!



Assalamualaikum,


Selamat hari jadi, Kak Nor Fazidah binti Awang!!! celebratecelebrate

Birthday K jie
[~Crown senget skit, sorry~]

Kak Jie adalah satu-satunya kakak yang berkongsi tarikh bulan lahir yang sama dengan saya. Semalam, ke'tua'an beliau semakin meningkat menjadi 39... Owh, tak caya sungguh kakak saya sudah begitu tua rupanya. jelir So kakak yang tua tapi perasan comel, ni adik-mu yang hensem manis dipandang dengan bebola-mata nak wish sikit sempena hari jadi yang ke 39++ nie... :

Photobucket Semoga kak jie dikurniakan dengan umur yang panjang, rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan yang tidak terkira bersama suami tersayang dan anak-anak tercinta. May the coming journey of your life will be delighted as the happiness of having me as your cutiest little brother.. Kirim salam dekat anak-anak yang mengikuti trait kecomelan pak sedara beliau ni yer... senyumkenyit Quote Right



Erk, sebenarnya umur Kak Jie baru 30, bukan 39++.. Jangan terpedaya pulak ek, saje jek nak ngate kat kakak yang perasan comel nie... hehe.. Neway, untuk sesape yang belum tahu lagik tue (rase ramai kot), kak jie nie dah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata yang begitu comel (sekali lagi saye tegaskan disini, mengikut trait kecomelan pak sedare beliau), hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Saifulnizam bin Tajuddin.... Antaranya, Ainul Mardiah, Amir Huzaifah, dan Anis Solehah...

Ni gambar family diorang...

Photobucket
[~Duduk dari kiri : Ain, Anis, K Jie, Abg Saiful, Amir... Belakang : Ida~]

Mintak maaf lambat sikit wish, tapi sempat jugak wish dekat facebook semalam kan setelah dipaksa-paksa beberapa kali oleh k jie.... Haha~ topi
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, November 04, 2009

::~43~:: Sindrom PBMN



Sindrom P-B-M-N setiap masa...


Pening. Bosan. Malas. Ngantuk. Haa.. tue lah, sape suruh tido petang 2-3 hari ini ? Azhar, janganlah tidur petang lagik... kan hari tue dah kena, tapi kenapa tak serik-serik lagi ? Tak ingat ke apa yang dah terjadi dalam post ini pada cuti semester yang lepas ? Tengok, dek dari tidur petang.. Azhar, yang dulu dikenali sebagai pahlawan-segar-bugar di waktu malam dah mula pening, malas, ngantuk macam tidak tidur 1 purnama bulan mengambang. HaiH~ sedih

Azhar, saya nak nasihat kat awak... awak tue dalam musim peperiksaan, awak kena tidur cukup-cukup. Jangan tidur pukul 3-4 pagi lagi. Bahaya, tak elok untuk kesihatan otak, minda dan tubuh badan awak. Lagi satu, nie nak nasihat sikit... Musim-musim exam nie, janganlah banyak sangat online... takbole Main facebook, tagged, friendster... ape satu lagi tue ? game.. yang budak-budak muda lelaki mahupun perempuan selalu duk kena histeria dok tunggu energy pack, Mafia... WARS ? Selalu Azhar main kan ? Haaa... Ade 3 akaun mafia WARS ? Nie, mafia wars ke Mafia tak WARas ? Sementara masa masih ada nie, tumpukan dulu kat paper engineering economy jumaat depan... dan saya nak Azhar takyah lah menggila dengan award-award yang ada dalam mafia wars tue, boleh ? Azhar kan budak baik, ikut-kata, pendiam, penyayang, berbudi-pertiwi lagi tue... Berhenti dulu ek dari main game, tenet dan seumpanya tue... k ? Alalala... cayaangg Azhar~ Boleh kan Azhar ? senyumkenyit

[~Kemengantukkan tetap diteruskan walaupun dikafetaria~]

Heh... Tak boleh! tumbuk Apa da punya Encik-Kesedaran-Dalaman, masa nie baru nak nasihat.sigh Aku dah level 34, yang satu lagik 178 dalam mafia wars. Mane boleh tinggal cenggitu aje beb, sedar dirik skit.. tanpa mafia wars, siapalah aku~ Dan siapalah engkau nak nasihat2 aku ? Sumbat dalam lubang cacing karang, baru taw.. Dah2.. Aku nak tidor, ngantuk. Neway, thanks untuk nasihat perasan sorang-sorang encik kesedaran dalaman tue, aku tak menghargainya. Langsung! Somehow, aku tahu aku nie baik.. Aku boleh ikut nasihat ko, tapi kalau ko boleh putarkan masa ke 3 bulan lepas. Masa aku jahil dengan mafia wars dan blogging. Boleh? kalau boleh, aku proceed dengan nasihat ko. Contact aku dalam mimpi kalau ko agree-ready nak kembali ke 3 bulan lepas. Chow~ babai

[updated : hehe... Anis, ko tengok satu2 ayat aku ekh.. T_T]
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, November 02, 2009

::~42~:: Jeda Masa 2 minggu...


Yeay, paper dah habis... Oops, tukar balik...

Alhamdulillah, paper yang kedua dah habis, engineering ethics dah selesai dijawab dengan jayanya pagi tadi. Alhamdulillah sekali lagi, sebab terlibat dalam bidang penulisan kreatif-lagi-merapu atau lebih mesra dipanggil dengan nama, blogging-maniac nie memudahkan lagi saya (ker aku??) untuk menjawab soalan ethics pagi tadi.. Rupanya, soalan ethics takdelah susah sangat. At first, i thought i was in disaster because unable completing my reading on certain chapter, tapi... disebabkan soklan ethics tue lebih menumpukan karangan-logik-akal, maka dengan tulus-mulusnya encik akal nie berpusing ligat menyalurkan idea-idea kontang mengenai Engineering Ethics tue. Ok, kita lupakan sekejap pasal engine. ethics, serabut jugak bila setiap bait perkataan yang muncul dalam setiap perenggan (orang terengganu panggil paragraph) ade istilah engineering nie kan? Tapi sekarang, tinggal paper engineering jugak... engineering economy yang helaian sulitnya itu akan berubah kepada umum jumaat depan, insyaAllah. Doakan saya erk....

:woooh:
[~Bestnya gap 2 minggu...~]

Bercakap mengenai final-exam mode nie, saya rasa dah berderu-deru dan banyak serta ramailah mereka-mereka yang sudahpun menghabiskan paper masing2 kan ? macam bebudak kelas saya gak lah, most of them already took economy subject last semester, so there's no need to hang out with UTM anymore.. busuk huhu, jealous sungguh ngan diorang tue... T_T and, tak kurang jugak mereka-mereka yang habis paper hari khamis & jumaat nie... Oh, bestnya diorang. boleh balik rumah jumpa family masing-masing. Haih~

Erk, pada yang belum start final exam macam..... budak nie.... and budak tuee... serta budak sana... gambate, good luck, bit taufiq wan najah fil imtihan, jiayou2, all the best dan semoga cekal mengharungi musim peperiksaan yang mendatang nie yerp! rindu Semoga kalian dapat menjawab soalan2 yang diaju tanpa menembak-nembak kertas jawapan sehingga berlubanglah~ Oh, budak-budak SPM pun termasuk sekali lah yerp... Mesti dah tak sabar-sabar nak cuti 5 bulan tanpa gaji kat rumah kan ? Takpe2, untuk bebudak SPM tue... sabarlah, gunakanlah masa yang tinggal 15 hari dengan sebaiknya... Buatlah revision bebanyak, jawab soalan Forecast SPM kaw-kaw, dan yang paling penting sekali, siapkan semua past year SPM seminggu sebelum SPM tue bermula, okey ? Untuk adik sendiri, serta adik-adik SPM yang berkunjung ke blog nie, Abang doakan yang kamu semua menduduki SPM dengan hati yang sentiasa tenang dan tidak gelabah... Amin~ doa



Memandangkan ada discrimination time (jeda masa) selama 2 minggu sebelum final paper nie, InsyaAllah saya akan meluangkan masa sikit untuk bermesra-mesra dengan blog tersayang nie... tapi bergantung pada keadaan jugaklah, kalau mood ada, tapi tenet takder, kena laa tunda jugak blogging2 nie.. ye dak ? Kalau tenet laju menggila, tapi mood nak menulis menonggeng, tak kan ade jugak lah post terbaru... Tapi saya janji, untuk sehari dua nie insyaAllah adalah kot post terbaru.... (tapi xramai pun nak baca bebelan saya nie) :anongnangyari:

Eh... Eh... jap lagi nak gie main boling, ade sesape yang rase tak pandai-pandai lagi baling masuk longkang tue blehlah ikut saya gie main boling ngan kengkawan sekelas... :) tapi kene isi selection-form dulu, pastu tulis status.... lau single, insyaAllah lepas. kalau tak, mintak maaflah... ihikhik lalala~

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, October 26, 2009

::~41~:: Exam-Mode



[~Gambar sekadar hiasan....Tapi jangan ikut pulak cerita budak nie...~]

Minggu exam sudah bermula, maka sudah tentu semua manusia yang bergelar pelajar sibuk mengulangkaji + membuat latihan past year, dan tak kurang bagi mereka yang masih berusaha memaksa diri-sendirik untuk stadi last-last nie... Macam aku nie, stadi last seminit..

Pagi tadi, lepas satu dah paper... sekarang tinggal 4 paper lagik, yang secara averagenya gap satu hari-satu hari. Hish. Kenapa laa FKE aturkan exam sem nie dengan gap yang dekat-dekat sangat ? Tak dapat langsung nak berfoya-foya sehari dua... Tapi takpelah, mende dah dibuat.. so, kene follow aje. Tak baik nak salahkan orang lain, kan ? (Exam -mode nie, tak baik nak ngumpat2..). Sape suruh dirik-sendirik tak stadi awal-awal, kan Azhar?

So, kepada kawan-kawan aku yang tengah memegang status pelajar universiti, matrikulasi, sekolah menengah mahupun sekolah rendah.... selagi ada masa ni, saya nak ucap,


"Selamat menduduki peperiksaan...Semoga berjaya menjawab soalan-soalan yang ditanya, semoga yakin dan tenang semasa menjawab soalan tersebut. Minggu-minggu exam nie, selalu-selalulah buat solat hajat dan solat tahajud, agar kita diberi kefahaman dan kecerdasan akal fikiran yang kekal....Dan sebelum tu, baca doa banyak2 dulu sebelum masuk dewan n jawab exam tue..."

PhotobucketYa Allah, terangkanlah kami dengan cahaya kefahaman-Mu, kurniakanlah kami ilmu pengetahuan-Mu, dan tenangkanlah hati kami dalam menghadapi soalan peperiksaan yang bakal kami tempuhi ini. Ya Rahman, Tuhanku yang maha pemurah, kami memohon agar Engkau dapat memberi kejayaan yang cemerlang terhadap kami supaya kami boleh menjadi insan yang menggembirakan kedua ibu-bapa kami, kaum keluarga kami, dan guru-guru kami...Ya Allah, kami mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang Engkau ajarkan, maka kembalikanlah akan dia kepada kami ketika kami memerlukan kepadanya dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya wahai Tuhanku yang mentadbir sekalian alam. Dan hanya kepada Engkaulah kami berserah dan bertawakal...Quote Right

Special Good luck & All da best dedicated to all of my friends below :

UTM Skudai :
Hanis, Abu (rumate), Jijo, Hafiq, Nadia, Hidayah dan bebudak section 1 & 2.

UKM :
Nur Nadirah.
Jue

UUM :
Najmah

UIA & IIC:
Aishah, najwa, Nordiyana Syafiqah

UPSI
Alia...

UiTM :
Sya, Bro Ridzwan, Anis Atifah, Nisa, Dylls

&

Yang Tengah Bertebaran Around d Worlds : Abdul Salam, Ayu Najat, Syazana, Asyraf


P/s : Mereka-mereka yang ada fb tue, udah-udahlah face-booking ek... tukarlah kepada academic-booking pulak untuk seminggu-dua nie...ok?
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, October 18, 2009

::~40~:: Thinking About The Past, Its Funny lah!


Berjumpa lagik kita pada pagi dan hari serta blog yang sama ni yer...

Oh, happy-happy... Kenapa pagi ahad minggu nie sungguh menghapppykan aku yer ?
Assignment dah siap.... Mark untuk test dah dapat.. Ooh.. best. Dah takde mende yang nak membelenggu dirik lagi masa nie... Dan, dah selesai jugak intention aku yang ingin aku buat selama 2 tahun nie.. Lame sungguh mende nie aku nak buat, tapi tak terbuat-buat. Dan alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah berikan, mampu jugak aku send kan email pagi tadi yang aku tulis with d lots n lots of emotional feeling to my-IRC-secret-admirer 2 tahun lepas, b^^n (though you'al didnt know her, but i bet some of you do know her...).

[~Ave u ever seen this pic ? This is really brings my old memories.. hehe~]

Actually, nothing personal pun.. Biaselah, time budak-budak dulu pernah jugek terlibat ngan segala-magai cyber-room nie. YM, kampungchat, Zone-Chat lah.. Adeh, banyak sangat... tapi dah tak ingat.. yang paling melekat kat kotak kepala pun, MiRC32 tue jek. (but i prefer to call it as IRC). Tue pun disebabkan dapat banyak kawan mahupun awek kat sane. Tapi sekarang, IRC dah tak sefames macam dulu lagi dah. User die pun, tak seramah dulu. Semuanya pelik-pelik, ntah lah nak cakap cam mana.. Memang dah lama tinggal IRC, rasa-rasa dalam 4 tahun jugak kot. Paling last jenguk balik IRC tue pun, mase upper matrix dulu (erk, matrix ade upper gak ke?).


**This post will be long enough, lau tanak bace... xper aje...**


Dapat ramai kawan kat IRC dlu, antaranya yang pakai nickname SmiLe_GurLz, SkAt8rZ^gUrLz, fReNdZzZ^^88, dj_farahfarhana88, EjoeRMT, sEtanggi_syUrgA, HaZ @ Hsi, GrEy_hEroN, AcN_eLseN, iNjaPSaBiT, _Ria_Qistina_, Nailofar88, miracle_star, gUrL77, CoOL-GuYz_87, eina_girlz, [[adinda]], ka[Y]na, nevermindlah, Brothers^7, BoLeH and of coz, my secret admirer yang dah tak brape nak jadi secret sangat, b^^n. Eh, nie memang nickname diorang taw.. Takde mase nak reka-cerita-tok-bomoh-klon pun. Tapi antara seme2 nie, ada dua-tiga orang aje yang still connected... Tapi bila di'scan' balik conversation ngan diorang, macam best gak.. Contohnye, dengan kawan baik aku nie...

Acn|elsen : alolololololo.. ma robbuka?
IrcHelpers : erk. bakper nie ? tibe2 tanye soklan gi2 ?
IrcHelpers : dunia nok kiamat owh ke ?
Acn|elsen : bukan dunie nok ke kiamat. ahaks
IrcHelpers : then?

Acn|elsen : tapi kiamat nok ke dunie

Acn|elsen : ahaks. gurau je...


Die nie memang terkenal dengan trademark 'ahaks' die tue. So, terpakse bear with it lah...
Dan part 'introduction' dengan secret admirer aku nie... ihikhik

IrcHelper : Assalamualaikum. leh kenal ?
b^^n : Wsalam. Leh kott. ni dari mana nie

IrcHelper : saye ker ?

b^^n : Bukan saya. Awaklah.

IrcHelper : dari trg

b^^n : oic, asl ?

IrcHelper : 16 m trg. Awak ?

b^^n : 14 f kl.

* IrcHelper away japs...mak kuar

b^^n : ok
IrcHelper : i`m back

b^^n : ok. i know. so that u reply my message. am i right?

IrcHelper : yups!


Pastu masuk part cita-cita kami duit~

irchelper : cita² awak ape ek?
b^^n : chekgu or maybe lawyer. azhar?

irchelper : doctor jer kot @ lawyer
b^^n : hebat..

irchelper : cikgu tak best laa...
b^^n : best la
irchelper : Kenapa best cikgu ?
b^^n : saya nak jadik chekgu coz banyak cuti

b^^n : saya nak jadik lwyer.. dapat tau banyak kisah.. org kat m'sia nie


Me ? doctor @ lawyer konon, sekarang dah nak jadi bakal engineer pun.. InsyaAllah...
Dan pendapat kami mengenai study, rindu

irchelper : jangan study hard sangat
b^^n : nape. PMR la tahun depan...

irchelper : study smart are leh jadi tension
b^^n : mmg la. sape yg study hard.. bleh jadik mereng tau x


lovePastu pasal love pulak,love

irchelper : Awak nies btul² ker suker kat azhar?
b^^n : yupp, mungkin.

irchelper : mungkin tidak ek ?
b^^n : Only Allah knows.... Kenape ?

irchelper : I read this statement... just kinda scared if it'll happen to me.

b^^n : statement ape ?

irchelper : "But it's more painful to know that the one you love is unhappy with you
"
b^^n : Hehe... no wonders la...

irchelper : Do you feel like to... be my gf ? (kinda nervous at that moment, though..~)

b^^n : as your wish..i'm ur gf. Padahal dah isi borang sebelum nie... Tapi tak puas ati lagi ek ?

irchelper : Erk. Takdelah, saje nak menyakinkan lagi keadaan yang kusut-masai dengan kawan-kawan pompuan lain.

b^^n : gatal tue tetap ade ek... Ya Allah, guide him to guide me all along to the right path of d marriage...
irchelper : Sorry.

Dan sebelum offline tue, terpakse cakap awal-awal kat die takleh online sebab..

irchelper : Azhar takleh online sangat lepas nie.. Tapi Azhar tak tau nak kasi kat sape nick azhar nies..
irchelper : ayah azhar dah kasi warning. "Don`t ever touched this computer"

b^^n : saye pun same, nak bagi kat kawan jek kot nick nie.

irchelper : Maybe. Lepas nie awak nak pergi mane ?
b^^n : Asrama. pastu.. kluaq asrama.. saya nak p U..

b^^n : insyaAllahhh..lpas abes U baru kite berhubung.

Dan macam biasalah, ancaman sebagai seorang anak tetap ade...

irchelper :erk. Okeylah.ayah azhar kuar. Gud nite then.
irchelper : kiter kuaq same same k

b^^n : ok.sat
irchelper : azhar bilang. dah ready ker?
b^^n : 3
irchelper : 2
irchelper : Hmm.. awat stop kat 1 ?

b^^n : 1

* /whois: not connected to server


So, cenggitue ajelah normal conversation yang i ever had wif one of my secret admirer merangkap ex-gF.. Supposedly, this conversation should be in private. Tapi, cenggane bile dah bukak kotak-besi dari Laptop nie, teringat balik.. Heh. Tapi sekarang I nak tipukan diri sendirik dengan mengatakan I taktau budak nie sape dan kat mana skang... ~

Hope this can wipe all of the memories yang tengah berserabut 2-3 weeks nie~ InsyaAllah.
doa

P/s : b^^n tu bukan name die. Pun bukan nick die jugak... pasal nick @ name tue, biarlah aku sorang aje yang tahu ek. InsyaAllah, kalau (KALAU) ade masa... nak continue posting pasal chatting2 nie lagik~ Macam best bile bace balik.. topi And if you'al sedar, I gune aku sebab takde feel nak gune saye-saye lagi dah~ Macam lembut aje.. Hahaha~ gelakguling

**[Updated]: Walawei, terkantoi selame beberapa jam... Takde niat nak mentionkan langsung name budak tue... sorry2... cenggane lah die boleh singgah jugek kat sini.. Malu betol!

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |