Sunday, June 13, 2010

::~82~:: Lautan Kasihku~


ASSALAMUALAIKUM....

Asyik post yang kutuk-kutuk orang je kan ? Ape kata kite tukar ker topic yang jiwang skit dengan mood yang tengah naik-turun-naik-jatuh-terjunam nie pulak...... Heh, enjoy d reading... Mende ni ditulis dalam microsoft word 2007 (yang latest punye tuh), masa...... Errr... dah lama dah, tak ingat. tapi sebelum delete, baik share kat sini~ ^_^

Taken from : Somewhere in my lappie yang bertajuk.... "Lautan KasihKu"

****Okay, tajuk memang takleh blah. aku pun rasa nak muntah. isy, banyak sangat iklan...Papepon, enjoy d reading.****

Seorang insan yang baru hadir dalam hidupku.... kehadirannya telah berjaya ‘menguasai’ cinta yang telah lama terkubur di dalam hatiku ini.. Ya... jujur Aku katakan, cinta itu telah lama hilang dan terbenam di dalam jiwaku... sehinggakan aku merasakan istilah cinta itu tidak membawa apa2 erti kepadaku... sebelum ini, ikhlas aku katakan... aku tidak mahu dicintai dan mencintai sesiapa lagik... cukuplah dengan peristiwa2 pahit Yang telah melanda diriku sewaktu dahulu.. cinta hanyalah membawa kepada penyakit hati, yang akan mencari insan2 yAng lemah untuk dilukai dan disakiti.. itulah pendapatku mengenai maksud Cinta.... tetapi, memang xdapat dinafikan, setiap insan yang mempunyai hatI dan perasaan, akan dilandai oleh rasa cinta kepada sesuatu.... perasaan yang menginginkan sesuatu.... samada haiwan, harta, mahupuN kepadA seseorang..... baik lelaki mahupun wanita...... begitu jua denganku, setelah berjaya beberapa kali untuk menolak perasaan Tersebut, tiba2 kehadiran insan ini telah mengubah segalanya... Apa yang aku takuti itu, telah kembali menyelubungiku... walaupun aku cuba melemparkan perasaan itu jauh2, bkali2... nah.... ia tetap kembali Kepadaku... kali ini, ak tidak dapat berbuat apa2... Aku cuma menerimanya, dengan hati yang kosong dan pasrah.... dan kini, hati yang dulunya tidak mahu diciNtai dan dimilikki, telah menjadi lembut dan terpikat dengan keredupan dan kedinginnya kasihnyA yang tiada tandingan.... hati ini... benar2 telah terjerat dengan kasih insan ini.. Walaupun pada hakikatnya, ianya telah lama terkubur dan tertanam dalam sanubari.. tetapi inilah dinamakan ‘cinta’..... masih mAmpu menginginkan pada yang sudi, iaitu kamu... nama seorang insan yang selalu disebut-sebut melalui bibir merahku ini....Nah, benarlah kata orang, dalam hati lelaki... pun juga ada taman, seperti mana yang sedang ku alami ini....

"Melting someone's heart is only a matters of time, but to make d melted heart becomes one with its pairs takes a whole life.."


Kamu,

TAhukah dia aku amat memerlukannya... ? fahamkah dia Betapa tingginya nilai kasihku kepadanya ?? SedarkAh dia bahawa aku amat menciNtainya.... ?? adakah dia mengerti setiap kata-kata indah yang ku luahkan kepadanya ?? “AbanG cintakan ayang.... Bie Sayang ayang sangat2... bie nak idup bersama Ayang selalu”~~~ itulah kata2 Yang seringkali ku ucapkan kepadanya.... ya.... memang benar, setiap kali kata2 itu ku ucapkan, Aku rasa segaN... aku rasa malu.... dengan keegoaan ku sebagai lelaki, aku tak patut meluahkan semua kata2 tersebut denGan setulus hatiku.. Apatah lagi bila setiap kali kata2ku diucap, dia sempat bergelak ketawa... kata2 tersebut hanyalah sekadar kata2 Yang boleh diucapkan kepada sesiapa sahaja... Ya, mungkin baginya tak membawa Apa2 maksud... ttp, pcylah sygku.... kata2 itu bukanlah hanya omong2 kosong ataupuN sia2, jika diselami, setiap bait kata2 tersebut... membawa sejuta erti ketulusan dan keikhlasan cinta ku kepadamu.. Dan segalanya, telah berakhir kini.......

"If u are asking me, what is love..? for sure, I can't answer ur questions..coz L.O.V.E arent simply an ordinary words. it is four letters combined to be one words. L-Live, O-Obligation, V-virtuous, E-enthutiasm..but hearing L.O.V.E coming out from ur mouth, really makes my heart beats faster than time.."

Kekadang, aku merasakan.. Aku bukanlah orang yang sempurna untuk kau...tidak layak untuk memilikki kau... tp sIapa sangka, perkenalan kita selama 2 bulan... bermula dari awal bulan 7 lalu, telah mengikat kita menjadi sepasang kekasih... di awal perkEnalan kita, kita hanya kekal sekadar kawan.. tapi, aku taktau... dalam diam2, sEtitis demi setitis perasaan sayang ini kepada kau telah hadir... Aku mintak maaf, Aku...memang tak layak untuk mencintai kau... tidak layak untuk menyayangi kau.... tp, apalah daya ku.... perasan itu telah hadir tanpa ku sedari kerna Allah da anugeRahkn aku hati dan perasaan ingin dicintai lagi, dan perasaan itu makin kuat bila aku mengenaLi mu... nak xnak, ku pendamkan perasaan yang ku alami ni diam... dalam2... biar ianya tak mampu keluar dari hati untuk dituturkan melalui percakapanku terhadapmu... tetapi, bile dirimu mengaku yang kamu juga menaruh hati terhadapku... pukul 10.48 malam, pd 28.8, Kite telah menjadi sepasang kekasih yang diikat dengan beberapa syarat... Antaranya, kamu xnak sesiapa pun tahu tentang kita sehinggalah aku habis belajar... dan y kedua, kamu xmahu aku mendedahkan gambar kamu di dalam fs-ku...syarat2 tersebut agak kebudak2kan...Yup,memang kebudak-budakn... Tapi aku tak kesah, asalkan diriku dapat bersamamu, akan ku patuhi syarat2nya itu. Pada mulanya, memang tidak dapat dinafikan yang syarat2 itu agak mudah untuk dipenuhi, ttp setelah beberapa bulan... aku amat takut dengan syarat2 tersebut... mane taw, disebabkn hubungan ini dibina secara diam2... Ku takut kalau-kalau dirimu dirampas orang tanpa pengetahuan aku... betul aku katakan, aku tidak mampu untuk menerima kehilangan dirimu setelah separuh dari hati ku kini telah ditakluki..... kamu, aku betul2 meNcintai dirimu... aku amat mengasihi mu... Kau telah menjadi antara y terpenting di dalam hidup ku selepas Allah, Rasul-Nya, Mak, Ayah dan family-ku... Tetapi, semua apa yang diharapkan itu telah pergi bersama angin yang bertiup meninggalkan sejuta kenangan...

“Ya Allah, aku tidak sanggup memendam perasaan ini... Cinta.... hanya satu perkataan, tapi.... terLalu berat bagikU untuk menerimanya.... apetah lagik untuk memikulnya... ringankanlah beban cinta yang telah ku berikan kepada insan ini... peliharakanlah hubunganku dengannya... kurniakan laaa cintaku ini kepada nyaa seorang saja Ya Allah...... Ya Allah, sekiranya dia betul-betul milikku... satukanlah hatiku dengannya. Amin Ya Rabbal Al-Amin....”

p/s : Kamu... aku tak mengharapkan pasangan yang cantik dan lawa, Vitally... ape yang aku harapkan... seorang wanita, Yang boleh dibimbing dan membimbing aku... yang boleh menerima diri aku seadanya.... jugak seOrang wanita yang betul2 ikhlas mencintai diriku.... seorang kekasih y boleh setia, taat dan jujUr kepada ku dalam setiap hal.... dan.... sememangnya orang itu adalah kamu... InsyaAllah....

"Im keep standing here..neither want to move a single step away from you nor walk forward a thousand miles to get you..its because we're just separated by one winked only.."


[~MLM - My Lovely Princess?~]

^_^ Dedicated to my lovely precious princess-to-be love yang berada dekat sana.......Tipuuuuuu ajeeeeeeeeeeee~
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Thursday, June 10, 2010

::~81~:: Doa....


Assalamualaikum,

Kali ini kita berjumpa lagi dalam segmen, mari membaca doa bersama Ustaz Zaarz.... Sebelum itu, marilah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai Ustaz Zaarz ini. Ustaz Zaarz merupakan seorang penganggur tegar dan merupakan salah seorang anak didik Ustaz Facebook di mana beliau banyak menuntut ilmu-ilmu dari facebook yang tak berapa nak terkenal itu. Sekarang, Ustaz Zaarz banyak menghabiskan masa lapang beliau dengan mempelajari ilmu-ilmu kemafia-wars-an di dalam facebooknya. Terima kasih wahai Ustaz, kerana sudi berkongsi doa-doa yang diamalkannya ini.. Lololo~ ok dah, di bawah aku nak share sedikit doa bagi mereka-mereka yang berada dalam lembah kegelapan dan nak mohon petunjuk dari Allah untuk memilih/buat satu keputusan yang agak sukar ataupun bila berhadapan dengan pelbagai pilihan yang merumitkan.... Secara dasarnya, doa ini adalah doa solat sunat istikharah yang diambil dari "Himpunan Doa-Doa Pilihan dari Al-Quran & Al-Hadis" dan dikarang oleh Prof Dr. Haron Din & Ustaz Ishak Din. Malahan begitu, doa ini telah diolah sedikit sebanyak iaitu di tambah bacaan doa lazim (pemula & pengakhir doa) dan doa penulis ini sendiri bagi menyesuaikan situasi semasa yang dialami beliau... Tapi sebenarnya, doa ni lebih cenderung terhadap pencarian pilihan hati untuk dijadikan pasangan hidup.. Amal2kan lah selalu yerp kalau ada kerumitan bab-bab hati & perasaan nieh... ^_^


[~Gambor Penulis - Sekadar Hiasan jek~]





[Pendahuluan : Doa Lazim ]

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan lagi penyayang, segala puji-pujian itu hanyalah bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas baginda, semulia-mulia Nabi dan Rasul dan ke atas keluarganya serta sahabatnya sekalian. Segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam sebagai pujian orang yang bersyukur, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatnya dan menolak azabnya dan menjamin pertambahannya, wahai tuhanku, bagi Engkaulah segala pujian sebagaimana yang layak kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu, wahai Tuhanku, terimalah daripada solat ku dengan keadaan sempurna dan ampunilah bagi dosa-dosa ibu bapa ku, diriku, kawan-kawanku, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku dan semuanya dan janganlah Engkau menyeksakan kami di hari kiamat nanti, sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu amatlah berkuasa.

[Isi : Doa Istikharah]
Ya Allah, di sini ku menadah kedua tanganku, insan kerdil yang selalu memerlukan pertolonganMu… setiap masa dan ketika, ku dambakan petunjuk dariMu bagi mendorong diriku ke jalan yang Engkau redhai… Ya Allah, aku memohon pilihan daripada Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau sahajalah mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya….(XXX) adalah milikku, maka satukanlah hatiku dengan hatinya. Bawalah kami ke gerbang cinta yang halal, lagi dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa kami. Ya Allah, titipkanlah cahaya cinta yang penuh dengan nilai-nilai keagamaan seperti yang ada pada namanya terhadapku. Ya rahman, Engkau jualah yang mendorong kebahagian kami, maka takhtakanlah kasih sayangnya dihatiku, letakkanlah kasih sayangku di hatinya, semoga kami berdua beroleh kebaikan… berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahu bahawa (XXX) adalah bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, padamkan segala ingatan dan kenangan ku ketika bersamanya, dan peliharalah aku dari kekecewaan yang boleh menghampakan daku.. Ya Allah, kurniakanlah ketenangan yang berpanjangan, pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa jua yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk diriku. Dan sekiranya ia lagi boleh mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku, dan akibat urusanku, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan daku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya.

[Penutup : Doa Lazim]
Ya Allah, perbaikilah kesudahan dalam segala urusan semuanya dan selamatkanlah aku dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya rahman, palinglah diriku daripada azab neraka jahanam, sesungguhnya ia sehodoh-hodoh tempat ketetapan dan tempat tinggal. Ya rahim, kurniakanlah akan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah aku dari azab api neraka. Amin ya rabbal al-amin..


*** (XXX) : sebutkan nama pasangan anda/urusan yang dimaksudkan dalam doa.. doa

By :
Ustaz ZaaRz-version-rock-tapi-jadi-insaf-20-minit-masa-tulis-doa-ini. Okay.... Sila copy-pastekan kat notepad anda, pastu pergi tampal dekat notice board masing2... TIADA hak cipta terpelihara, malah lagi elok disebarkan doa-doa untuk dijadikan dalam kehidupan seharian kita....

p/s : Lepas tulis ni terus pergi layan lagu Hijau Daun - Suara Ku berharap.. hohoho~ Trimas kasihku kat Lia Sengal sebab bagi lagu nie.. ~ ^_^
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, June 09, 2010

::~80~:: Mana Dearrie....ku?


Walawei...........

Mana dearriie aku.... T________T




Nak dearri... Kembalilah kau dearriku.... Jangan pergi berjalan-jalan mahupun berlari-lari meninggalkan daku.. Dah 4.54 hari dah kita tak bersama.... Sape2 kat rumah ni yang kemas bilik Encik Azhar tuh tolong lah, pulangkan balik diari tuh... Sob Sob Sob... (tapi takde sape pon yang kemaskan bilik aku melainkan aku)...

:sigh:
~Mana pergi ni, dah puas carik....~


::(
~Still tak jumpa2...... Hwaaah... ~

:tsk:

~Oh, sungguhlah Damn.. Damn...~



Haish.. banyak mende nak cerita nie................................................... balik semula, plis2....... :( Aku merayu sangat2, silalah pulang semula kepadaku... diriku terlalu memerlukan kamu wahai deariku.. adoilah, tak sanggup rasanya nak berpisah denganmu. Kita da hampir bersama setengah tahun, dan sekarang kau meninggalkan daku tanpa memberi sebarang perkhabaran terhadapku... adoilah, tolong... sape-sape yang free, meh ikut saya cari deari saya... T___T sedey2x.... nangih

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, June 07, 2010

::~79~:: Kehidupan di Rumah


Maka bermula laa post kedua aku di rumah.......

**Disclaimer**

Photobucket Post kedua aku ni, aku rasa amatlah bosan bagi korang-korang yang tak minat membaca.. so aku galakkan jangan baca... Sebab memang wajib bosan nieh. :) But for those yang still insists nak baca, go on.. aku tak halang, apa yang aku share kat blog nie... memang untuk korang baca jugak.. Dan post ni, adalah post peribadi aku sendirik dan takde kaitan ngan post2 sape kat blog sape2...Quote Right

So, dekat rumah nie.. memang ternyatalah bosan yang amat. Nak cakap takde keje, tipu la kot. 2/5 masa aku kat rumah adalah tertumpu kat bahagian dapur, halaman rumah, kebun2 belakang rumah, dan di mana-mana kawasan selagi ianya tak melangkaui pintu pagar rumah aku.. dan 3/5 lagi, masa aku dibahagikan dekat laptop tersayang aku untuk bini ketiga aku yang bernama M-W (Mingguan Wanita? tumbuk)



Sekarang, dah 1 bulan 7 hari aku kat rumah melakukan rutin harian yang tak terkira banyaknya. Tak dibayar gaji, takde limit masa (malam pun buat keje), dan tarak tempoh-tempoh spesific bila masuk-keluar kerja tu.... Dan majikan aku, mak ayah aku.... bila diorang perlukan aku, aku on... PERGI pasar, jadi driver. MASUK pasar, tolong bawak barang. BALIK pasar, tolong mak masak2 pulak. Walaupun aku memang tak pernah dan tak minat masuk dapur, tapi bila mak request buat tuh, buat nie.. aku tolong setakat aku mampu.. Dan bila time makan, aku lah pelayan untuk ayah aku... jadi pelayan, jadi pencuci pinggan mangkuk, buat itu, ini... walaupun tak selalu, tapi aku buat bila mak aku mintak tolong. Memang, penat tak terkata kalau jadi suri rumah nie.. pulak aku ni laki, mana pandai dan memang haram tak minat kerja2 rumah nie. PEMALAS. Nak tanak, tengok aje bilik aku, serius bersepah (sejak malam tuh) dan tak kemas2 lagi.. Tapi, bila mak suruh bersihkan lantai dapur + basuh peti sejuk, aku buat 4 jam non stop dan sorang2. Mengeluh bukan main lah, sebab buat sorang2.. tengah pagi buta pulak tuh. Tukang angkut air, aku. Tukang gonyok2 (berus2), aku jugak. tukang bilas, pun aku. Hmm... bukan nak mengeluh, tapi memang ni tugas aku masa aku free kat rumah nie... dan tak pernah pulak aku rasa menyesal, bosan, benci dengan tugas-tugas yang disuruh tuh. Sebab tuh dah menjadi tanggungjawab aku dekat mak-ayah aku masa aku tak dapat kerja lagik nie.. bila dah kerja, taktau la...
xpasti

Sebenarnya segan jugak nak cerita apa yang aku buat dekat rumah nie, kalau nak dibandingkan dengan cerita kawan2 yang lain.... ada yang seronok monok dgn kawan2 baru se-office, ade jugak yang dapat keje pastu Hu-Ha-Hu-Ha satu dunia, dan ada jugak tak dapat kerje tapi dah pergi sana-sini untuk interview. Aku ni, dapat interview 1-2 bijik... dah tak pergi, sebabnya jauh dari rumah. Haih...T_T Heh, kalau laa ada kerje sebelah rumah ni kan best... T_T

Dan beberapa hari selepas aku balik dari UTM, Along pun ada pesan yang aku ni dah mengambil tugas anak sulung dekat rumah. So, better gunakan peluang ni ntuk berbakti kat mak ayah aku. Dia cakap,

"Aya anak sulung dekat rumah sekarang. Abang2, kakak2 semua duk jauh.. takde orang nak tengok2kan ma, bat. Tolong la gunakan peluang nie ntuk jaga ma baik2... nanti bila dah kerja, nak berbakti dekat orang tua bukannya senang... so gunalah peluang ni baik2....Aya sorang jek yang boleh buat masa nie..."

Dan abg yo, ade jugak berpesan macam along cakap.... Heh, sebenarnya diorang pesan macam tuh sebab aku hidup dengan mafia wars 24 jam. So, selepas dari hari tu... MW tak main sangat walaupun selalu on FB gamer ZaaRz Awang tuh. Dan masa aku main game/bukak laptop pun, dah dihadkan dari pukul 3 pagi ke 11.30 malam. Bagus kan ? :D Lepas pukul 11.30 malam tuh, jangan mimpilah nak tengok nickname aku on dekat YM, FB or mana2... Memang takde. :) Kalau ada jugak, anggap jelah korang bermimpi... lololololo~
angkatkening

Bercakap pasal FB, aku nak maklumkan bahawa FB insan comel yang bernama Ahmad Azhar dah tak wujud lagi dah untuk 2-3 minggu ni. Jangan tanya kenapa, sebab aku tanak sangat cerita. putuscinte Hmm, mesti ada yang tak percaya kan ? so ni ade screenshot die (eles, deactivate FB pun nak tunjuk...garupale )





Tapi yang takleh blah nye, tengok kat 4 gambar kat atas tuh... Ade tulis, "Hasrul Hanis, Nurul Hanani, Azizul, Muhammmad will miss you". Sumpah aku cakap, diorang ni takkan rindu pun kat aku... Ntah kenal ke x dah.. hahak, rasa sedih pulak deactivate bila tengok cara farewell FB buat nie. Tapi, aku janji.. Bila aku da okay, aku activate balik FB nie.. :)

Btw, in case korang yang selalu sibuk2 nak tahu kenapa, mengapa, sebab apa aku buat keputusan deactivate ni, ckup la aku cakap. Hati aku tak tenang, tak tenang dengan keadaan sekeliling. okay ? Dah, tutup cerita.

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |