Thursday, June 10, 2010

::~81~:: Doa....


Assalamualaikum,

Kali ini kita berjumpa lagi dalam segmen, mari membaca doa bersama Ustaz Zaarz.... Sebelum itu, marilah kita mengetahui sedikit sebanyak mengenai Ustaz Zaarz ini. Ustaz Zaarz merupakan seorang penganggur tegar dan merupakan salah seorang anak didik Ustaz Facebook di mana beliau banyak menuntut ilmu-ilmu dari facebook yang tak berapa nak terkenal itu. Sekarang, Ustaz Zaarz banyak menghabiskan masa lapang beliau dengan mempelajari ilmu-ilmu kemafia-wars-an di dalam facebooknya. Terima kasih wahai Ustaz, kerana sudi berkongsi doa-doa yang diamalkannya ini.. Lololo~ ok dah, di bawah aku nak share sedikit doa bagi mereka-mereka yang berada dalam lembah kegelapan dan nak mohon petunjuk dari Allah untuk memilih/buat satu keputusan yang agak sukar ataupun bila berhadapan dengan pelbagai pilihan yang merumitkan.... Secara dasarnya, doa ini adalah doa solat sunat istikharah yang diambil dari "Himpunan Doa-Doa Pilihan dari Al-Quran & Al-Hadis" dan dikarang oleh Prof Dr. Haron Din & Ustaz Ishak Din. Malahan begitu, doa ini telah diolah sedikit sebanyak iaitu di tambah bacaan doa lazim (pemula & pengakhir doa) dan doa penulis ini sendiri bagi menyesuaikan situasi semasa yang dialami beliau... Tapi sebenarnya, doa ni lebih cenderung terhadap pencarian pilihan hati untuk dijadikan pasangan hidup.. Amal2kan lah selalu yerp kalau ada kerumitan bab-bab hati & perasaan nieh... ^_^


[~Gambor Penulis - Sekadar Hiasan jek~]





[Pendahuluan : Doa Lazim ]

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan lagi penyayang, segala puji-pujian itu hanyalah bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas baginda, semulia-mulia Nabi dan Rasul dan ke atas keluarganya serta sahabatnya sekalian. Segala pujian itu tertentu bagi Allah yang memerintah sekalian alam sebagai pujian orang yang bersyukur, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatnya dan menolak azabnya dan menjamin pertambahannya, wahai tuhanku, bagi Engkaulah segala pujian sebagaimana yang layak kemuliaan zatMu dan kebesaran pemerintahanMu, wahai Tuhanku, terimalah daripada solat ku dengan keadaan sempurna dan ampunilah bagi dosa-dosa ibu bapa ku, diriku, kawan-kawanku, guru-guruku, pensyarah-pensyarahku dan semuanya dan janganlah Engkau menyeksakan kami di hari kiamat nanti, sesungguhnya Engkau di atas tiap-tiap sesuatu amatlah berkuasa.

[Isi : Doa Istikharah]
Ya Allah, di sini ku menadah kedua tanganku, insan kerdil yang selalu memerlukan pertolonganMu… setiap masa dan ketika, ku dambakan petunjuk dariMu bagi mendorong diriku ke jalan yang Engkau redhai… Ya Allah, aku memohon pilihan daripada Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau sahajalah mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya….(XXX) adalah milikku, maka satukanlah hatiku dengan hatinya. Bawalah kami ke gerbang cinta yang halal, lagi dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa kami. Ya Allah, titipkanlah cahaya cinta yang penuh dengan nilai-nilai keagamaan seperti yang ada pada namanya terhadapku. Ya rahman, Engkau jualah yang mendorong kebahagian kami, maka takhtakanlah kasih sayangnya dihatiku, letakkanlah kasih sayangku di hatinya, semoga kami berdua beroleh kebaikan… berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahu bahawa (XXX) adalah bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah ia dari ingatanku, padamkan segala ingatan dan kenangan ku ketika bersamanya, dan peliharalah aku dari kekecewaan yang boleh menghampakan daku.. Ya Allah, kurniakanlah ketenangan yang berpanjangan, pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa jua yang Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk diriku. Dan sekiranya ia lagi boleh mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku, dan akibat urusanku, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan daku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya.

[Penutup : Doa Lazim]
Ya Allah, perbaikilah kesudahan dalam segala urusan semuanya dan selamatkanlah aku dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya rahman, palinglah diriku daripada azab neraka jahanam, sesungguhnya ia sehodoh-hodoh tempat ketetapan dan tempat tinggal. Ya rahim, kurniakanlah akan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah aku dari azab api neraka. Amin ya rabbal al-amin..


*** (XXX) : sebutkan nama pasangan anda/urusan yang dimaksudkan dalam doa.. doa

By :
Ustaz ZaaRz-version-rock-tapi-jadi-insaf-20-minit-masa-tulis-doa-ini. Okay.... Sila copy-pastekan kat notepad anda, pastu pergi tampal dekat notice board masing2... TIADA hak cipta terpelihara, malah lagi elok disebarkan doa-doa untuk dijadikan dalam kehidupan seharian kita....

p/s : Lepas tulis ni terus pergi layan lagu Hijau Daun - Suara Ku berharap.. hohoho~ Trimas kasihku kat Lia Sengal sebab bagi lagu nie.. ~ ^_^

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |