Sunday, February 28, 2010

::~69~: Banjir dan Pukulan-Rotan-Cara-Perempuan


Pernah tak korang terperangkap dalam banjir ?

Saya memang tak pernah langsung-langsung teperangkap dalam banjir nie, apatah lagi merasai pengalaman terperangkap dalam banjir tuh. Tapi, nak dijadikan cerita... masa cuti semester lepas, kejadian yang tak pernah dialami tuh melanda diri, menjadikan ianya satu sejarah yang bakal saya ingat untuk 10-20 tahun akan datang.

Kejadian tu berlaku dalam penghujung bulan November tahun lepas, bila seorang kenalan sangat-rapat saya merangkap guru disiplin di SMK Padang Kemunting mengajak saya untuk ke sekolah beliau bagi membuang bebarang yang dirampas dari budak-budak sekolah tersebut sepanjang sesi persekolahan tahun lepas. So, si cikgu displin ataupun lebih tepat dipanggil "Cikgu Bermisauuu Tebal" oleh pelajarnya ni pun suruh lah saya membonceng motorsikal Honda beliau yang dikatakan amat digeruni oleh pelajar SMKPK dengan ke'gah'an dan ke'ngeri'an motorsikal tersebut mengejar pelajar-pelajar yang ponteng sekolah mahupun turut merempit bersama-sama mat rempit yang masih memegang title "budak-sekolah" tuh.

Seperti yang sudah termaktub dalam buku geografi form 2, bulan 11 nie merupakan permulaan bagi musim banjir di Pantai timur. Dan begitulah jugak dengan keadaan di sekitar SMKPK tu, jalan-jalan masuk ke sekolah memang dinaiki air. Nak cakap dalam tu, takde la sangat. Tapi bagi budak-budak kampung kat situ, air setinggi 0.3-0.5 meter tuh cukup la untuk membuat putaran-terjun-bebas-ala-dolphin diorang...




So, disebabkan kebanyakkan jalan utama ke sekolah dinaikki air, memang dah nak batalkan usaha buang bebarang rampasan hari tuh. Ketika 'stuck' dihadapan jalan bebanjir tersebut, tiba-tiba datanglah seorang budak sekolah yang masih lengkap berpakaian baju sekolah menegur kami berdua pada hari tu,

Budak Sekolah : Oit cikguu... Cikgu nak ke mana.. ? (sambil memerhatikan saya pembawa motor cikgu displin tersebut)


Cikgu Displin : Cikgu nak ke sekolah, ada kerja skit. Tapi jalan ni naik air dah.. Tak lepas ngan motor nie kot. Mat tahu tak jalan mana yang agak-agak boleh ke sekolah ?

Saya terus berdiam dan dalam hati saya masa tu, "slumber je budak ni panggil abang aku 'oit', kalau aku panggil camtu mesti kene baling dengan penampar double-swing dah.."

Pastu, budak sekolah yang digelar dengan panggilan Mat tu pun berkata....

Budak Sekolah : Jalan nie le-pass laa cikgu, tuh.. budak2 tu slumber jek harung air ngan motor (sambil menunjukkan 2-3 orang budak yang naik motor sedang 'harung' air).


Cikgu Displin : Tue pun macam tak le-pass je.. cikgu bawak adik cikgu, berdua lagi tak lepas kot. Takut mampus dalam air, rosak lak motor ni..


Budak Sekolah : Kalau cikgu nak selamat, cikgu try lalu ikut jalan kampung belah atas sana lah.. Tadi saya lalu le-pass jek..


Cikgu Displin : Jalan tu le-pass ke nak lalu ngan motor ? Kalau gitu cikgu tryla..

Lepas tu, Along pun menyuruhlah saya bawak motor ikut jalan yang
disuggestkan oleh budak Mat yang dikatakan antara pelajar harapan SPM 2009 sekolah SMKPK tu... dan alhamdullilah, tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka idea budak Mat tadi tuh.. memang jalan kampung tu, satu-satunya jalan yang selamat dilalui...

Sampai kat sekolah, saya pun ikut la cikgu displin tuh ke "Bilik Displin Peribadi" beliau. Bila masuk, kosong. Sekolah baru, bilik pun baru.. kosong tanpa sebarang hiasan dalaman lagipun (serius nak tergelak bila tengok bilik guru displin macam Gua Bertapa yang bergema bila ada bunyi). Bila usha-usha kat satu sudut tuh, ngaaaaa~ terlopong terus mulut bila tengok penuh ngan barang2 rampasan... Then, usha-usha laa plak rak yang tertulis "Semakan Displin Pelajar".. Pastu curi-curi baca jap, tengoklah rekod displin sekolah tuh.. Alhamdulillah, takdelah teruk sangat.. Tapi boleh menyayat hati gak bila tengok kadar kesalahan pelajar yang dilakukan tuh. Makin lama baca.. makin teruja bila tengok student perempuan (sekali lagi, PEREMPUAN) byk lagik buat salah dari lelaki, then tiba2 kena sergah...


Cikgu Displin : Azex, jangan tengok rekod tuh.. tu rekod skolah, sulit... pengetua dengan cikgu displin je boleh tengok..


ZaaRz : Oh, ye ke ? Sorry2... Tapi hebat lah pompuan sekolah ni, kalah laki.


Cikgu tu berdiam, sambil terus buat kerja-kerja beliau...
Saya pun usha la kerja-kerja yang sedang beliau buat tuh, sekali lagi mulut terbuka luas.. ngaaa~ ni barang2 rampasan semua ke ?

Cikgu Displin : Haah, ni yang along rampas dari student2 ntuk 2-3bulan lepas jek.. yang sebelum nie, banyak lagik... dalam seguni lebih...


ZaaRz : banyak gile.. Ape yang ade dalam tu ?


Cikgu Displin : Tali pinggang, gunting, pisau ramboo, pewarna, gincu, bla bla bla..


[~Along sibuk meneliti bebarang rampasan~]

ZaaRz : Tali pinggang pun kene rampas ke ? kan bagus kalau bagi kat arif tali pinggang camnie, mesti die suka...

Cikgu Displin : Tak leh, ni harta sekolah... tak boleh guna untuk kegunaan diri sendirik. Tapi sayang jugak, semua elok2 tapi kena buang.


ZaaRz : tue lah.. baik bagi kat Aya ker, arif ke.. dapat gak pahala.


Cikgu Displin : Dapat pahala koroks kering mu, ni harte-bende koloh.. hok sekolah lah...
(Translation : Dapat pahala *^*&%@#%#@ engkau, ni barang kepunyaan sekolah)


[~Dalam tempoh 2-3 bulan di akhir persekolahan da boleh generate barang rampasan banyak ni..~]

Saya pun terdiam dan terus duduk kat kerusi cikgu disiplin tu, konon2 berlagak macam cikgu displin la kejap.... pandang bawah, whooaaaa~ teruja buat kali ketiga lepas tengok 3 batang rotan yang berlainan saiz, warna, serta balutannya (rotan berbeza mengikut tahap kesalahan dan gender student). Lepas Along tengok saya macam teruja dan semangat bermain2 ngan rotan yang paling tebal antara 3 tuh, Along pun panggil;

"Azex, wat mari sini rotan tu.. bukan gitu cara2 merotan...
marisini"

Dengan penuh sopannya, saya pun bagi rotan kat Along bila dimintak berbuat demikian.


Along pun bagi laa 2 das pukulan rotan kat punggung saya sambil berkata,
"Nie pukulan untuk perempuan.. dekat punggung. Angkat setengah badan macam nie"

sambil pukul lagi 1 das kat saya..


Dengan penuh tergamam dan ketidakpercayaan menguasai diri
busuk, saya pun berkata..

ZaaRz : Aduh, bakpee Aya jadi mangsa nye...
:sorry:

Along : Doh azex maing nge rotang ngat tadi...
(translation : Habis tu Azhar main2 sangat dengan rotan tadi)

ZaaRz : Okay lee, kalau gitu aya keluar tengok2 kawasan sekolah je laa...

Saya pun keluar la dari bilik displin tersebut, sambil menggosok2 punggung yang tak berdosa akibat dari 3 das pukulan-rotan-cara-perempuan tadi tuh...
:puppyeyes:

bersambung......
****
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Thursday, February 25, 2010

::~68~:: Pendrive Metallic Dijumpai.


Assalamualaikum,

Tak sangka ramai jugak yang terpedaya dengan post sebelum nie... Memang rasa bersalah dengan post tuh, so di sini saya nak mintak maaf laa kalau intro post bernombor 67 macam gempak jek.. tapi content-nye macam haram jadah ja.. anyway, kepada sesiapa yang baca dan rasa tertipu tuh, saya dengan berbesar hati nak ucapkan, padam-muka jek laa.. Okay. :P

Haah, 2-3 hari sebelum cuti minggu lepas... saya ada terjumpa seketul pendrive di sekitar ruang legar Kolej 10 ni.. Ketika tengah ralik berjalan lenggang-kangkung kat parking motor, pastu hampir jatuh terkangkang dek tersepak benda metallic yang bergelar pendrive tersebut. Memang pada masa tu, segala ayat caci-merbau yang tak pernah dicipta oleh mana2 penulis novel di muka bumi ni terkeluar dari mulut seorang budak pendiam (hiperbola sangat) ni kat benda metallic tuh. Yer la, berbaring di tengah jalan membabi-buta... Yang tuan punya pun satu, yang pergi jatuhkan secara tak sengaja dekat tempat orang jalan kaki tu kenapenyee... haih~ Masalah betul tuan punya pendrive tuh...


Sila....

Ni gambaran pendrive tersebut mengikut kamera litar terbuka penulis,


[~Tolong jangan tenung lama2, takut ada yang buta mata sebab silau~]

Spesifikasi pendrive tersebut -:

Drive's Name : D-La
Colour : Metallic

Capacity : 4G

Add. Info: Ada bulu pelepah kaler pink dan biru, tak bertudung, ade kaler oreng when connected wif USB port dan kalau dilihat secara 'mata-bogel' ade tertulis cruzer micro kat body die..


[~Kelihatan bulu pelepah pendrive bergedik-gedik bila digunakan~]

***
Antolog : Untuk masa ini, semua data-data dalam pendrive tersebut telah didelete secara tidak rasmi. Tapi takyah risau encik tuan punya pendrive, semua data sudah di back-up terlebih dulu. Dan disebabkan pendrive tersebut teresak-esak meminta saya menggunakannya, so saya meminta keizinan tuan punya untuk memakainya terlebih dahulu...
sembah

***

So, kepada sesiapa yang terasa kehilangan pendrive yang memilikki ciri2 di atas, bolehlah terus roger saya dekat facebook profile saya (klik dekat FB profile sebelah kanan blog ni) dengan menghantar message atau terus klik ni...>Hantor Message<.

"Woi, pendrive hilang pun kene masuk blog gak ke.. ?", kata Azhar kepada ZaaRz sambil menggelengkan kepalanya... :ayokona:
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Tuesday, February 23, 2010

::~67~:: OFFICIALLY, TAKEN!


Telah lama diriku kosong,
Telah hilang setiap pelusuk rindu,
Telah terbenam erti cinta,
begitu jauh... ya, sangat jauh tertanam di dasar hatiku,
Dan,
Telah terkubur perasanku terhadap
mana-mana insan bergelar perempuan.


Tetapi kini,
Sejak dengan kemunculanmu...
telah menyinari segala ruang yang ada dihatiku,
juga,
telah memberi daku sebuah lembaran baru,
untuk aku kembali membasahi bibirku dengan,
ungkapan-ungkapan cinta,
terhadapmu... cintaku.

love Coretan Ikhlas : ZaaRz @ 22 / 2 / 2010 love

Yap,

Setelah beberapa minggu mendiamkan diri dari post sebelumnya, maka dengan ini... beta, ZaaRz, selaku pemilik blog ini mengumumkan bahawa.... (gendang, kompang, violin, gitar, plis...) beta sudah memilikki permaisuri yang bertakhta di hati beta....

Eh, kenape tak percaya ke ? Hmm.. okay.. mari kita lihat, siapakah dia yang bertuah memilikki seorang hamba Allah yang baik, macho, kacak bergaya serta kiut-miut nie...




[~Oh Kekasih, kAulah menjadi pujaan hatiku....love~]

Gambar di atas diambil masa kita orang berdating dekat Mydin Mall Kuala Terengganu. Seperti biasalah, memandangkan saya ni orang terengganu so kena lah cari tuan puteri dari ganu.. ye dak ? Actually banyak lagi gambar gedik-gedik nak post kat sini, tapi... takpelah, nanti ada pulak hamba Allah yang berperasaan jeles dekat saya. (ngaaa.. perasan gile!).

Okay, sudah kutuk-kutuk saya. Saya tahu bahawa keluar berdua adalah tak baik, tak elok di pandang orang sekeliling, so saya pun bawalah seorang anak saudara saya yang berumur 3 tahun ni untuk turut serta berdating pada hari itu.


[~Saya mahramnya merangkap orang ketiganya...~]

........................

....................

...........

......

....

.

Haah... hari tu terbaca dekat thread forum virtualfriends.net bahawa menipu ni bagus, tapi kalau lama2, maka jatuh dosa besar pulak. So sebelum dosa kecil tu menjadi besar, saya kat sini nak bagitau bahawa itu cumalah kontroversi murahan antara Pak Sedara dengan anak-anak saudaranya. Pelakon utama dalam gambar tu, Nooraishah Syukriani bt Khalid dan pelakon kanak-kanak ialah Noor Najihah bt Khalid. Terima kasih kepada beliau berdua kerana sudi take part dalam lakonan gedik bersama pak sedara beliau dekat Mydin Mall tempoh hari. Bagi menghargai kesudian pelakon muda 2 orang tersebut, so dengan paksa-relanya pak sedara beliau ni kena belanja makan mee sizzling dan main kereta gerak-gerak kat bawah ni...






[~Dalam hati najihah : yeay2... Ayah sue blanjer, padam muke!~]

Korang pulak yang secara tak sengaja baca post ni, amacam, ada kecewa tak ? Ada rasa nak baling2 mouse PC tu dekat tuan blog nie tak ? Eh, satu lagi.. ayat permulaan kat atas tuh pun rekaan rasmi si penulis blog yang agak nakal dan semakin chubby dari hari ke hari nie .....setan
:ahaha:

Sekadar menghangatkan posting ni je pong.

P/s : ZaaRz ni suka sangat mengenakan orang, meh kita kenekan die balik... nak ? (statement bawah gambar aishah tu, kalau die baca... mau die baling fire extinguisher kat Ayah Sue die nie...)
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, February 08, 2010

::~66~:: Dua Broadband Berlainan Jantina


Assalamualaikum... Setelah sekian lama menyepi tanpa berita, hari ini barulah rasa nak update blog... Errr sory Cik Blog, sebab lama tak update.. Lepas ni, I update you selalu2 ey, Cik Blog (Blog saya seorang perempuan sebenarnye..)!

Haah, memang lama sungguh tak update... Ingat nak update bulan depan jek, sebab emosi tengah turun-naik sekarang..takde mood nak update, tambah lagi dengan pening2 + moody dengan kerja-kerja PSM yang tak sudah2 tuh.. Eh, walaupun saya pening+moody2, tapi saya masih stabil, normal dan tetap memegang jantina lelaki lagi.

Minggu lepas, rumate kesayangan yang selalu tidur berdua-duaan dalam sebuah bilik yang sama nie telah membuatkan saya naik hangin, jeles, dan bengang2 selama beberapa minit... Puncanya, die telah memotong perkhidmatan Celcom broadband dan menggantikan P1 Wimax. Tapi, takde la jeles sangat dengan wimax dia tuh.... cuma, jeles dengan kelajuan serta download limit Wimax tu.... Kalau yang saya pakai sekarang, Celcom be-road-band hanya bagi 5G bandwidth limit setiap bulan dengan 384kbps untuk speed limit ,tapi kalau Wimax yang cik Abu (Ye, abu ni seorang perempuan jugak) pakai sekarang nie, limit untuk download-mendoload ni je pun da sampai 1.2Mbps... bandwidth pulak, 20G. Mantap. Mantap. Mesti korang tak paham kan ape bezanya 5G dengan 20G, 384Kbps dengan 1.2Mbps ? Hm.. takpelah, tak penting pun untuk faham. Tapi nak bagitau jugak... Kalau...


P1 Wimax HebaT!


[~Tengok kalernye je pun dah boleh buat jatuh hati~]

1.2Mbps bermaksud... setiap kali bukak youtube, die punya streaming tuh laju jek.. orang-terengganu-belah-hulu-sana cakap, smooth je... Dan bila nak mendoload segala-bagai file macam lagu mp3 tu, dalam beberape second pun boleh siap. Kalau download movie yang sizenye 200Mb ke bawah, dalam beberapa minit jek kot? Tak caya ? Tanya abu sendirik. peace";})();ButtonMouseDown(this);'>";})();ButtonMouseDown(this);'>
Heh, teringat jugak masa day first Abu pakai Wimax broadband...

Abu : Har... Tu.... Tue...

ZaaRz : Pe die ?

Abu : Tuh.. Atas printer tuh.. Kale hitam2, kelip2....

ZaaRz : Wah... Wimax!! Kaya.. Raya.... Meriah facebook lepas ni, boleh aku selalu on9 pakai wimax...

Then, perbualan dengan Abu pasal kemantapan dan penggilaan
(aku tau tatabahasa-ku salah) wimax still berterusan sehingga kini...

Celcom Be-Road-Band??? Takde kiasan pujian untukmu...setan


[~Kecik, slow, menyusahkan, connection putus2, detect-tak-detect = Celcom Broadband~]

Speednye, 384kbps... Maknanye, setiap kali proses doload-mendoload tuh dibuat, kelajuannya bersamaan dengan cacing-tanah-gali-tanah-liat,dan kalau doload movie bersaiz 200Mb, 4 tahun 4 bulan 4 hari 4 jam baru siap didownload kot.... Then, kalau doload mp3 bersaiz 4Mb pulak, dalam 10minit plus2 laa baru siap la kot.. Dan kalau masuk ym ker, facebook ker, sempat dulu pergi sembahyang sunat 2 rakaat sementara tunggu loading page fb tuh...

Ketara kan die punye perbezaan tu ? Actually, kalau ikutkan kemahuan hati ni... nak jugak beralih arah ke Wimax, tapi yang jadi masalahnya... coverage wimax kat terengganu belum dapat dan stabil sepenuhnya lagi... yang dapatnya, kat area kuala terengganu je.. Area UDM, UMT or umah saya memang tak dapat dan takkan dapat langsung untuk 3-4 bulan dari sekarang.. So takde harapan la nak madukan celcom broadband nie... Btw, sekarang dekat k10 pun.. rasanya dah lebih 20 orang bertukar ke Wimax, termasuklah abu dan beberapa orang kawannya yang pernah menjadi pemakai celcom broadband dulu. Dan disebabkan ramai pemakai celcom beralih arah, maka makin laju jugak laa celcom kat sini..
angel

Conclusionnya ? Takyah tukar ke wimax lah, tapi doakan aje pemakai2 celcom sedia-ada sekarang bertukar ke wimax semua sekali, biar saya sorang jek pakai celcom broadband kat sini. Barulah laju semula line celcom sini.... ^_^ Haha, penting diri punye budak-matang! siul

p/s : Maksud tersirat entry ni sebenarnya nak kutuk dengan celcom broadband, tapi pada masa yang sama nak cakap bahawa saya xtukar ke mana2 broadband kerana saya tetap setia dekat dia sorang jek.. (Selagi coverage wimax tak sampai kat terengganu laa~)

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |