Tuesday, February 23, 2010

::~67~:: OFFICIALLY, TAKEN!


Telah lama diriku kosong,
Telah hilang setiap pelusuk rindu,
Telah terbenam erti cinta,
begitu jauh... ya, sangat jauh tertanam di dasar hatiku,
Dan,
Telah terkubur perasanku terhadap
mana-mana insan bergelar perempuan.


Tetapi kini,
Sejak dengan kemunculanmu...
telah menyinari segala ruang yang ada dihatiku,
juga,
telah memberi daku sebuah lembaran baru,
untuk aku kembali membasahi bibirku dengan,
ungkapan-ungkapan cinta,
terhadapmu... cintaku.

love Coretan Ikhlas : ZaaRz @ 22 / 2 / 2010 love

Yap,

Setelah beberapa minggu mendiamkan diri dari post sebelumnya, maka dengan ini... beta, ZaaRz, selaku pemilik blog ini mengumumkan bahawa.... (gendang, kompang, violin, gitar, plis...) beta sudah memilikki permaisuri yang bertakhta di hati beta....

Eh, kenape tak percaya ke ? Hmm.. okay.. mari kita lihat, siapakah dia yang bertuah memilikki seorang hamba Allah yang baik, macho, kacak bergaya serta kiut-miut nie...




[~Oh Kekasih, kAulah menjadi pujaan hatiku....love~]

Gambar di atas diambil masa kita orang berdating dekat Mydin Mall Kuala Terengganu. Seperti biasalah, memandangkan saya ni orang terengganu so kena lah cari tuan puteri dari ganu.. ye dak ? Actually banyak lagi gambar gedik-gedik nak post kat sini, tapi... takpelah, nanti ada pulak hamba Allah yang berperasaan jeles dekat saya. (ngaaa.. perasan gile!).

Okay, sudah kutuk-kutuk saya. Saya tahu bahawa keluar berdua adalah tak baik, tak elok di pandang orang sekeliling, so saya pun bawalah seorang anak saudara saya yang berumur 3 tahun ni untuk turut serta berdating pada hari itu.


[~Saya mahramnya merangkap orang ketiganya...~]

........................

....................

...........

......

....

.

Haah... hari tu terbaca dekat thread forum virtualfriends.net bahawa menipu ni bagus, tapi kalau lama2, maka jatuh dosa besar pulak. So sebelum dosa kecil tu menjadi besar, saya kat sini nak bagitau bahawa itu cumalah kontroversi murahan antara Pak Sedara dengan anak-anak saudaranya. Pelakon utama dalam gambar tu, Nooraishah Syukriani bt Khalid dan pelakon kanak-kanak ialah Noor Najihah bt Khalid. Terima kasih kepada beliau berdua kerana sudi take part dalam lakonan gedik bersama pak sedara beliau dekat Mydin Mall tempoh hari. Bagi menghargai kesudian pelakon muda 2 orang tersebut, so dengan paksa-relanya pak sedara beliau ni kena belanja makan mee sizzling dan main kereta gerak-gerak kat bawah ni...






[~Dalam hati najihah : yeay2... Ayah sue blanjer, padam muke!~]

Korang pulak yang secara tak sengaja baca post ni, amacam, ada kecewa tak ? Ada rasa nak baling2 mouse PC tu dekat tuan blog nie tak ? Eh, satu lagi.. ayat permulaan kat atas tuh pun rekaan rasmi si penulis blog yang agak nakal dan semakin chubby dari hari ke hari nie .....setan
:ahaha:

Sekadar menghangatkan posting ni je pong.

P/s : ZaaRz ni suka sangat mengenakan orang, meh kita kenekan die balik... nak ? (statement bawah gambar aishah tu, kalau die baca... mau die baling fire extinguisher kat Ayah Sue die nie...)

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |