Haah, memang lama sungguh tak update... Ingat nak update bulan depan jek, sebab emosi tengah turun-naik sekarang..takde mood nak update, tambah lagi dengan pening2 + moody dengan kerja-kerja PSM yang tak sudah2 tuh.. Eh, walaupun saya pening+moody2, tapi saya masih stabil, normal dan tetap memegang jantina lelaki lagi.
Minggu lepas, rumate kesayangan yang selalu tidur berdua-duaan dalam sebuah bilik yang sama nie telah membuatkan saya naik hangin, jeles, dan bengang2 selama beberapa minit... Puncanya, die telah memotong perkhidmatan Celcom broadband dan menggantikan P1 Wimax. Tapi, takde la jeles sangat dengan wimax dia tuh.... cuma, jeles dengan kelajuan serta download limit Wimax tu.... Kalau yang saya pakai sekarang, Celcom be-road-band hanya bagi 5G bandwidth limit setiap bulan dengan 384kbps untuk speed limit ,tapi kalau Wimax yang cik Abu (Ye, abu ni seorang perempuan jugak) pakai sekarang nie, limit untuk download-mendoload ni je pun da sampai 1.2Mbps... bandwidth pulak, 20G. Mantap. Mantap. Mesti korang tak paham kan ape bezanya 5G dengan 20G, 384Kbps dengan 1.2Mbps ? Hm.. takpelah, tak penting pun untuk faham. Tapi nak bagitau jugak... Kalau...
P1 Wimax HebaT! 1.2Mbps bermaksud... setiap kali bukak youtube, die punya streaming tuh laju jek.. orang-terengganu-belah-hulu-sana cakap, smooth je... Dan bila nak mendoload segala-bagai file macam lagu mp3 tu, dalam beberape second pun boleh siap. Kalau download movie yang sizenye 200Mb ke bawah, dalam beberapa minit jek kot? Tak caya ? Tanya abu sendirik. ";})();ButtonMouseDown(this);'>";})();ButtonMouseDown(this);'>
Heh, teringat jugak masa day first Abu pakai Wimax broadband...
Abu : Har... Tu.... Tue...
ZaaRz : Pe die ?
Abu : Tuh.. Atas printer tuh.. Kale hitam2, kelip2....
ZaaRz : Wah... Wimax!! Kaya.. Raya.... Meriah facebook lepas ni, boleh aku selalu on9 pakai wimax...
Then, perbualan dengan Abu pasal kemantapan dan penggilaan (aku tau tatabahasa-ku salah) wimax still berterusan sehingga kini...
Celcom Be-Road-Band??? Takde kiasan pujian untukmu...
Speednye, 384kbps... Maknanye, setiap kali proses doload-mendoload tuh dibuat, kelajuannya bersamaan dengan cacing-tanah-gali-tanah-liat,dan kalau doload movie bersaiz 200Mb, 4 tahun 4 bulan 4 hari 4 jam baru siap didownload kot.... Then, kalau doload mp3 bersaiz 4Mb pulak, dalam 10minit plus2 laa baru siap la kot.. Dan kalau masuk ym ker, facebook ker, sempat dulu pergi sembahyang sunat 2 rakaat sementara tunggu loading page fb tuh...
Ketara kan die punye perbezaan tu ? Actually, kalau ikutkan kemahuan hati ni... nak jugak beralih arah ke Wimax, tapi yang jadi masalahnya... coverage wimax kat terengganu belum dapat dan stabil sepenuhnya lagi... yang dapatnya, kat area kuala terengganu je.. Area UDM, UMT or umah saya memang tak dapat dan takkan dapat langsung untuk 3-4 bulan dari sekarang.. So takde harapan la nak madukan celcom broadband nie... Btw, sekarang dekat k10 pun.. rasanya dah lebih 20 orang bertukar ke Wimax, termasuklah abu dan beberapa orang kawannya yang pernah menjadi pemakai celcom broadband dulu. Dan disebabkan ramai pemakai celcom beralih arah, maka makin laju jugak laa celcom kat sini..
Conclusionnya ? Takyah tukar ke wimax lah, tapi doakan aje pemakai2 celcom sedia-ada sekarang bertukar ke wimax semua sekali, biar saya sorang jek pakai celcom broadband kat sini. Barulah laju semula line celcom sini.... ^_^ Haha, penting diri punye budak-matang!
p/s : Maksud tersirat entry ni sebenarnya nak kutuk dengan celcom broadband, tapi pada masa yang sama nak cakap bahawa saya xtukar ke mana2 broadband kerana saya tetap setia dekat dia sorang jek.. (Selagi coverage wimax tak sampai kat terengganu laa~)