Assalamulaikum....
Buat pembaca yang budiman khususnya kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat, serta segala pelusuk teman perjuangan yang datang dari dekat di bahu, jauh di kaki, dengan lafaz bismillah ( Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah serta Pengasih ), maka terteralah alamat <<http://www.zaarz.blogspot.com>> ini di dalam dunia keinternetan pada hari Ahad, tanggal 21/6/2009 bersamaan 27 Jamadil Akhir 1430H .....
Terdahulu, penulis mengucapkan ribuan plus jutaan terima kasih yang tak terhingga buat Mr Blog (www.blogspot.com), yang telah banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada penulis sehingga menyebabkan penulis blog ini mengalami kepeningan yang begitu amat meruncing sekali 2-3 hari sebelumnya untuk menghasilkan blog yang anda sedang lawati ini.
Untuk pengetahuan pembaca yang sedang membaca karangan yang tak-sedap-didengar ini, blog ini dibuat secara peribadi untuk mengisi masa lapang di kala masa lapang tersebut tak diisi apa-apa benda yang berfaedah bagi penulis.. Blog ini merupakan ruangan peribadi penulis dalam menyampaikan karyanya secara bertulis dan bergambar pada bila-bila masa, ketika dan keadaaan sama ada penulis sedang berdiri, duduk atau melompat di atas katil dengan begitu girang sekali sambil memegang laptopnya yang dikasihi ini.
Oleh kerana ingin mengelak ke'mengantuk'kan serta ke’menyampah’an para pembaca dengan mukadimah ini, penulis ini memohon maaf sekali lagi di atas keterlanjuran dan ketidaksopanan tutur kata penulis dalam menghasilkan blog ini. Di harap, keunikkan dan kepelikkan tatabahasa yang digunakan penulis tidak dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bahasa Dan Pustaka(DBP), Federal Bureuo Investigation (FBI) mahupun International Police (Interpol) dan mana-mana pihak yang dianggap boleh menganggu ketenteraman penulis. Dengan itu, jikalau terdapat segelintir mahupun sebilangan pembaca yang merasakan blog ini tak sesuai untuk dibaca @ ditonton, dengan perasaan rendah hati dan besar tapak tangan, penulis mengalu-alukan pemergian segelintir pembaca tersebut untuk berhijrah ke blog lain yang difikirkan lebih sesuai untuk ditonton, dibaca, serta diteladani..
Sekian, Terima Kasih..
www.zaarz.blogspot.com





