Sunday, July 05, 2009

::~7~:: Electrical Team, KMSB

3 comments

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni nak cerita sikit pasal ‘electrical team’ yang di tempat saya menjalani latihan industri, Kay Marine Sendirian Berhad (KMSB). Haa, kalau dah nama sendirian berhad tue, maksudnya syarikat ini adalah syarikat swasta, tak berkroni-krono dengan government pun... Syarikat ini dimilikki penuh oleh Encik Kamaruddin bin Mansor selaku pengarah urusan. Beliau merupakan anak jati kelahiran Terengganu yang telah berjaya menubuhkan salah satu syarikat berprestij ini... Diharap, beliau dapat memberi A++ kepada para pelatih, terutamanya Ahmad Azhar yang begitu semangat membodek beliau pada masa ini.. *winK~

Ehhh... ape pulak crite bodek-membodek masa cengginie. Sebenarnya, nak crita sikit pasal team elektrikal yang sedang bernaung berkhidmat di bawah KMSB ini. Saya dipaksa rela (sebab syarikat ini aje yang luluskan permohonan praktikal tempoh hari) menjalani latihan praktikal di KMSB selama 9 minggu, bermula dari 11 Mei 2009, sehingga 17 Julai 2009 10 Julai 2009. Sayang pulak bila Jawatankuasa Eksekutif Latihan Industri (JELI) memendekkan tempoh latihan ini selama seminggu, elok-elok habis 17 Julai, jadi 10 Julai.... Kalau tidak, tak perlulah saya bersusah payah nak menyiapkan ‘practical report’ yang perlu disiapkan sebelum berakhirnya tempoh latihan tersebut.

**Terpaksa berhenti jap, sebab durian datang bergolek-golek ke rumah... Eh, tidak... ada orang datang menghantar durian fresh dari kebun, so duri-duri yang ada pada durian tue telah menggoda saya untuk menjamahnya... Meh-meh makan duri-durian tue dulu... **

Berbalik kepada topik di atas, saya telah diserahkan kepada Encik Mohd Rizal bin Taib, eksekutif elektrikal merangkap supervisor saya sepanjang tempoh praktikal saya di KMSB. Di bawah beliau, saya terpaksa menyesuaikan diri dengan manusia-manusia pelik yang masih wujud di zaman moden ini, antaranya ialah Pakcik Khamsul (leadinghand), Pakcik Hafiz, Saudara baru En. Ghazali, dan Hazuan. Walaupun mereka-mereka semua ini masih berumur dalam lingkungan 22 – 27, tapi saya lebih selesa memanggil mereka dengan nama yang pelik-pelik memandangkan mereka semua ni memang terlebih abnormal berbanding dengan manusia normal. J haha~ Nak tengok cam mane kepelikkan diorang ?

.:[Dari Kiri : Khamsul, Zali, Hazuan, dan Mark (Hafiz)]:.

Sebenarnya takde la pelik mane dorang semua ni, Cuma kekadang tu.. ayat-ayat yang diorang gunakan semasa nak berkata-kata tu macam lawak aje.. So kalau ada sesiapa yang nak berkenalan dengan diorang, boleh laa terus ke kaunter pertanyaan KMSB atau terus call ke operator KMSB menggunakan nombor yang tertera di dalam gambar di atas.. :)

Seronok betul dapat berkerja satu team dengan dorang ni. Tiap-tiap hari, mesti ade yang sponsor makan petang. Kekadang, makan pagi pun diorang support.. Uhum, enak betul dapat makan goreng pisang, nasi lemak @ nasi kuning percuma... dan dengan minuman yang dibuat oleh wanita penggoda kami : Tec~ [^-^]

.:[Kelihatan Tec sedang membuat cordeal sarsi menggunakan air tangan beliau... Nyewww, gheli plak nak minum... Neway, thanks ya teC...~]:.

Hohoho... begitulah kehidupan seharian sepanjang menjalani latihan praktikal di KMSB nie... Lain kali, saye update lagik yer... :D

p/s : Kalau nak usha-usha ape itu Kay Marine, bolehlaa terus ke sini er.... ;)


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, July 01, 2009

::~6~:: Nanas + Bawang = ?-?

9 comments

Assalamualaikum...

Dah lama tak update rasanya blog nie.. Agak-agak berapa lama ek ? 2 hari ? 3 hari ? Oh, semestinya tidak.. Mengikut perkiraan tuan tanah, 5 hari jugak la saya tak bermesra dengan blogging life ni... ? Maafkan daku ek kepada pembaca2 dan pengkomen2 (betul ke kata nama ni ?) yang selalu memunculkan diri dalam blog saya ini. By the way, mesti anda semua terkesima terharu ter-tak-faham dengan tajuk entri kali ini. Okay, malam ini saya taknaklah membebel aje kat ruangan ni. Just nak crita, ape yang menjadi penyebab ketidak’online’nan saya 2-3 hari ini. Bermula dengan tajuk di atas, apa yang anda tak faham dengan gabungan kombinasi dua makanan pelik tersebut ? Adakah soalan-soalan cepu berlian seperti ==>"Makanan berkhasiatkah itu ?, Formula diet baru pengambilan makanan secara seimbang yang takkan dihebahkan di tv seperti Jus MATE5 yang fames tu ke...?? "

Oh semestinya tidak untuk sekali lagi, sebenarnya gabungan kombinasi pelik buah-sayur tersebut adalah tak berkhasiat seperti yang anda fikirkan... Tak caya ? Ini buktinya....


Nanas + Bawang = Saya sakit perut selama 2 hari berturut-turut lamanya...

Ahaaa... itulah sebabnya mengape saya tak dapat nak meng'online'kan diri walaupun Encik Vodafone ni memberikan kerjasama yang gilang-gemilang kerana telah mengeluarkan cahaya biru ini dan ini semasa proses men’download’ anime-anime yang berkaitan. Tetapi, saya tak dapat meneruskan niat baik saya untuk menemani beliau menghabiskan proses downloading tersebut kerana kesibukan bertapa di dalam tandas berjam-jam lamanya. Okay, sebelum saya merapu lebih jauh... kite tutup cite download-mendownload nie..

Haih.. Nanah Nanas oh nenas, kenapa la kamu tak boleh sebati dalam pancreas daku ? Isk... isk.. sebab kamu, saya terpaksa meronta-ronta selama 2-3 hari ini... Dan bawang juga telah menyebabkan kemuntahan sebanyak 2 kali pada hari selepasnya. Ish, pasni taknak la makan gabungan nanas + bawang yang menjadi penyebab cirit-birit tersebut... Fuhh...
baru lega sikit bila dapat lepaskan perasaan kat nanas dan bawang ini. Apa yang boleh disimpulkan di sini, saya anti-nenas dan benci bawang... Heh~ Terima kasih kerana membace ye!

** Saya sekarang tengah mengasingkan bebawang yang timbul di celah2 daging+ayam tersebut.. ^-^ , so kalau tengok saya makan burger satu2 tue, jangan kepelikkan la yer.. da memang jadik tebiat sejak dlu lagik.. :P **


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |