Saturday, March 20, 2010

::~73~:: First Time Kene 'Tag'.


::~UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNAKAN SEKARANG::~


[~Destop Background aku...~]

::~CERITA PASAL GAMBAR~::

Eh, nape tak caye ke aku taruk gambor kad kawen jadi wallpaper lappie aku? Memang aku terdesak sungguh-sungguh nak kawen sekarang. Dua kad kahwin tuh la jadi sumber inspirasi malahan pemangkin yang mengatakan aku dah matang, dewasa serta boleh kahwin dengan mana-mana gadis bunian yang turun dari langit. :woooh:

Ekceli, gambar ni dah dijadikan wallpaper aku sejak sabtu minggu lepas... Actually, sabtu minggu lepas ada sorang kawan aku, Nadieya atau Nad atau Aya, da menamatkan zaman bujangnya bersama pasangannya.. So, at first aku ingat aku dapatlah balik gannu minggu lepas tuk pergi ke majlis kawennya tuh... Tapi disebabkan kekangan masa, dan sibuk dengan segala-bagai kerja yang kuar dari perut bumi.. tak dapat laa nak menjalankan kewajipan mendatangi undangan perkahwinan tuh.. Dan kalau korang lihat, ade satu lagi kad berwarna silver tuh... kad ni datangnya dari cik Nordiyana Syafiqah yang specially give it directly to me when i was visitting Bob dekat KL dulu. Tapi bukan lah cik NDS yang kawen, yang kawennya anak perempuan bongsu kepada anak datuknya yang nombor dua. Secara ringkasnya, adik mama die yang kahwin. :) But still, tak dapat nak memenuhi kedua2 undangan ni.. Sorang dekat terengganu, sorang dekat N9. Confuse nak pergi yang mana, last2 tak pergi dua2.. jahat sungguh kawan-mu yang bernama Azhar ZaaRz (Azhar baik, ZaarZ ni jahat skit) ni...



::~BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA~::
Aik, kenapa tiba2 soalan ni yang keluar ? Aku ni jenis tak suka sikit roti yang tak dibakar dengan toaster kesayangan aku, so pizza pun mengalami nasib yang sama la. Anyway, still cant remember bile kali terakhir aku makan pizza, but i guess it was around 2-3 months ago. Masa tu, Abg Yo yang belanja.. Beli pizza dekat shopping complex baru di kuantan, East Coast Mall. Satu kompleks ECM tuh kiteorang pusing just tuk cari Kedai Topi Merah tuh..


::~LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR~::
Lagu dangdut yang mubarak nyanyi dekat U-Mall semalam. First time aku tengok budak dean's list yang 24 hours bersama buku nyanyi lagu dangdut... duet dengan budak paling pendiam kat galaksi bima sakti plak tuh. Haha. Congrats mubarak, hanya-suaramu-yang-parau-tanpa-goyang-gerudi-inul dah cukup membuatkan aku cair meleleh2.. Tak caya ??


[~Mubarak + Hafiq = Pasangan Bahagia love ~]

::~APA YANG ANDA TENGAH BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI?~::
Err... Kene bagitau ke ? Hailo~ Baik.. Baik... Aku tgh balas msg my fake gf. T_T Alahai, kenape lah aku kene taruk fake tuh... takpe2, nanti aku cerita reasonsnye selepas mendapat kelulusan dari fake gF tuh. Hailoh~


::~SELAIN DARI NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APA?~::
1. Aya (family)
2. Ajex (Along panggil)
3. Azhar (utk sape2 yang baru kenal)
4. Abang (Arip, Dahlia)
5. Az (closed friends)
6. ZaaRz (Semua lapisan masyarakat, tua-muda, kecik-besor, pendek-panjang).
5. Honey Boney version list :

V1.0 - Honey Boney - Cik Aish (pencipta utama!)
V1.01- Mr. Honey Bunny & Arnab Madu - Bush. Paktam. Mubarak. Rusydi. Haziq.
V1.02 - HoBo (aku rase singkatan Honey Boney kot. Manelah ko belajar shortform gini jijo~)

Tapi tahniah lak kat cik aish, habis satu batalion kengkawan fb panggil aku honey boney. (Teringat dekat chiki ngan cimey dulu. T_T)

::~TAG LAGI 8 ORANG~::
1. Anis
2. Bob.
3. Madihah
4. Awin
5. Dahlia Johari (lia kene jawab b4 balik kolej)
6. Semua.
7. Kawan-Kawan
8. Bloggers. (bace 6,7,8 serentak).

::~SIAPAKAH ORANG NO 1 KEPADA ANDA?~::
Dia merupakan kawan baik saya yang tengah sibuk bermain-main dengan PSM. :)

::~NO 3 ADA HUBUNGAN DENGAN SAPA?~::
Madihah ? Er... mestilah die sentiasa ada hubungan dengan seorang lelaki dan perempuan sejak 23 tahun yang lalu. Ok2.. hubungan anak bersama ibu-bapa, tak salah kan ? :)

::~BAGAIMANA PULA DENGAN ORANG NO 4?~::
Orang nombor 4 ni adalah seorang gadis-kecil-molek-berkacamata-hitam yang selalu add-delete-add-pastu-delete balik id saya di facebook. Hehe... Kenal budak add-delete-add ni sejak bulan 12 tahun lepas, and quite closed dengan budak ni. Budak ni, mempunyai minat yang sama dengan saya tapi die tanak ngaku yang die minat hlovate gila2.. T_T. Memandangkan budak nie tengah blajar dekat UPM, Serdang dalam course MicroBiology @ Biologi Halus, saya bercadang untuk membuat satu segmen tv "Marilah Ber-"kuman" Bersama Ladies Kuman" untuk beliau (still dalam perancangan). Ho-ho. Anyway, rasenye tak boleh panggil die budak, sebab die tua setahun dari saya... :)


::~KATA-KATA CINTA UNTUK ORANG NO 2?~::
Okey... dengar sini Bob. Dah lama aku pendamkan perasaan ni kat ngko....

.....

....

Wooooitttt, aku tak pernah berlovey-dovey ngan bob la. Dan aku rasa bob pun tak ingin jatuh cinta ngan aku... sape la buat tag ni ? wthsdfsarkskasa... takbole

::~SIAPAKAH NO. 5 INI ?~::
Jap. Scroll ke atas balik. Oh, Dahlia Johari. Die ni seorang budak (and i really means it) yang talkative, seorang gadis yang cute-mute, seorang adik kepada seorang abg yang bernama Azhar, seorang pendengar masalah pastu pengkutuk masalah yang setia, selalu ceria bersama kawan-kawanya tapi jadi moody dengan abangnya, seorang yang sentiasa sengaja kenakan abg dia pastu mintak-maaf-balik-tapi-orang-tanak-maaf-die-tak-kesah dan seorang adik yang setia untuk abangnya yang selalu sayangkan dia nie... Lia, ni fakta.. bukan auta.. (lau die bace mesti die muntah2 terkangkang2 dengan abg die yang tergedik2 nie)

::~BERIKAN 5 YANG ANDA TAU MENGENAI ORANG YANG TAG ANDA.~::
Cik Najmah nama diberI,
Kenal die di Virtual FriendS,
Pada asalnya memakai luckysecretgurI,
Udah berkawan dengannya hampir 2 yearS..

Okay tak pantun sama-huruf-belakang aku, najmah ?

::~PERSAMAAN KAMBING DENGAN LEMBU.~::
Bagus orang yang buat tag nie. Tengah aku seronok reka pantun persahabatan, die tanye pasal kambing lembu lak. Ok, layan jek...

Kambing tu tukang buat tag ni, lembu pun tukang buat tag nie. Sama bukan?? Heh, gurau aje~ ihikhik

::~PERASAAN ANDA TAG INI?~::
Cuba menjawab dengan baik sebab ni kali pertama aku di'tag' dan kali pertama jugak aku menge'tag' orang. Thanks ye Najmah.

::~ADAKAH ANDA TAU SI RAZMAN ITU SENGAL?~::
Yeay.. Aku dah tau sape kambing-lembu kat atas. peace

::~GAY OR LESS?~::
Pernah nak jadi gay. Pernah nak jadi less. Tapi aku sedar diri aku ciptaan Allah yang normal dan straight. So aku straight jek. :)

Alhamdulillah, siap sudah selama satu jam menulis, upload gambor dan mengkaler-kalerkan posting ni. :) Okay. Back to PSM mode~ Daa~
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Thursday, March 18, 2010

::~72~:: Biadab Punya JKM, FELO K10.



Kali ni aku nak ceritakan sikit apa yang berlaku antara AKU, FELO dan angkatan JKM Kolej 10 nie..


Ceritanya bermula begini :

Aku duduk bersila di atas kerusi menghadap laptop dan PSM... melayan facebook dengan komen kengkawan yang mengada2 panggil aku honey boney diorang (sorry, this 'honey-boney' terms for Cik Aish aje), sambil belek2 website Gamuda sebagai persediaan interview besok... Then, aku terdengar suara orang dari luar sedang bergelak tawa. Bising-bising. Tiba2 pintu bilik aku di ketuk, kuat.... 3-4x kali jugak. Tapi aku masih tak berganjak dari kerusiku, kerana memang tak nak meninggalkan seseorang yang kononnya "not really into facebook" tuh sedang online keseorangan. Salah seorang dari diorang tuh pun bukak pintu bilik, bertanyakan;

"Ni buat apa ni ? Berapa orang dalam bilik nie....."

Sambil sengih2 mengadap facebook, aku menjawab...

"Tak buat papa... ada dua orang je dalam bilik ni.. Ni siapa ek?"

Tapi pertanyaan aku tak dijawab.. diorang terus meluru masuk ke bilik, duduk atas katil rumate aku dan 4 orang berdiri berhadapan dengan aku, manakala 3 orang di belakang diorang... menjadikan tujuh orang kesemuanya.. Dan yang paling hujung ke kiri antara 4 orang tu, mula bertanya lagi...

"Berdua ? Mana yang sorang lagi ? Tuh toaster kan, ker cooker? Ko hisap rokok ke...?"



Aku reply,

"Saya taktahu mana rumate saya pergi. ade keje kat bilik kawan die kot.. yang tu toaster jek..dan saya tak smoking pun.. xpandai.. Kenapenye?".

Aku mula bangun dari tempat kerusiku...


Sambil memandang toaster aku, terus die cakap... "ni toaster tak dibenarkan... tak boleh bawak kat kolej."


Aku cakap lagi, "Boleh laa.. ada je dalam borang pendaftaran toaster nie. Kenape tibe2 tak boleh? Dan korang nie siapa ? Datang ramai2.... tiba2 masuk bilik aku...? JKM ke?

Si kepala ala-ala takda rambut pun menjawab :

"Eh tak... kita orang ni tukang sapu kolej 10 je...Datang ramai2 nak belasah ko la... kalau datang sorang tak jadi belasah pulak" (sambil yang lain ber-ketawa).

Aku pun pusing berlakang, sambil cakap slow2.. "oh, patut la muke korang macam tukang sapu je..."

Yang gemuk2 skit dari diorang tuh pun bercakap antara diorang "Eh, ada WIMAX tuh... Toaster ni boleh rampas nie... boleh taruk dalam bilik JKM, WIMAX pun kita boleh guna.."

Aku terus bangun menghampiri mereka, menghadap yang bersuara tadi...

"Ni apasal nak rampas2 ni ? Salah ke pakai toaster.. ? korang ni sape ?


Yang blakang tuh pun jawab.. "kami JKM... datang nak rampas toaster ni.."

Yang lain pulak mula tengok2 locker aku yang tak separa tertutup, ade jugak usha2 keychain aku kat noticeboard nie...


Tapi, aku lawan balik "Apehal korang sedap2 hati nak rampas2 ni?... Aku tanya siapa pun tak jawab.. Masuk bilik pun tak bagi salam, aci redah je.."

Yang separa botak-berkumis tuh kata "Eh, aku dah bagi salam.. tak caya tanye diorang nie..."(percakapannya di 'ia'kan oleh 6 yang lain), dan aku tidak melawan tapi berkata,

"Kalau yer pun bagi salam... tunggu aku bukak pintu dulu la.. bagi izin masuk baru masuk, tak boleh macam nie.. salam takde, suke hati bukak pintu bilik.. nak rampas itu ini tanpa check. dan bagi salam tak SEMESTI-nya aku dah izinkan ntuk masuk bilik aku... "

Diorang semua mula diam... serius. Budak tengah menjawab,

"Dah kami JKM... memang tugas kami. Ko tahun berapa ni? Felo pun ko tak kenal..."

Aku taktau kenapa pengerusi JKM tu tanya year brape, maybe die ingat aku junior so nak buli lagi kot... or maybe jugak nak hold+blacklistkan nama aku dari dapat kuota k10 next sem.. Tapi, aku reply,

"FINAL YEAR STUDENT. Aku pun bekas JKM laaa... pernah p bilik ke bilik... deal dengan pengetua, felo... tapi takde la macam korang semua ni... tak beradab... at least, buat laa cara orang islam. masuk bilik bagi salam. bersalam dulu... ni ape... aku tak heran la ko nak saman, nak rampas benda2 tuh. tapi beradab skit la... "

Belum sempat dorang sambung cakap, aku sambung lagi kata2 aku.. "Aku tak rasa pun aku perlu kenal felo... buat ape? tak penting pun..."

Budak sama tadi balas "Felo tak penting. Habis tu kalau kau tertinggal kunci macam mana? nak terjun tingkap.. Cari felo gak nanti!!"

Aku balas lagi..."Buat ape aku cari felo.. aku pergi pejabat jumpa staff pejabat mintak duplicate sudah la... yang korang ni nak aku kenal sangat felo, kenape?"

Yang-baru-sedar-kepala-dia-separa-botak pun cakap, "Kiteorang datang ni bukan ntuk merampas or menyaman2..

terus aku potong die cakap "habis tu kalau duk chek itu ini... nak rampas...nak saman.. nak guna untuk bilik jkm apehal ?"

Okey2x.. kiteorang mintak maaf.. Kiteorang just nak kenalkan felo n jkm sini. Saya Felo K10, yang ni pengerusi JKM k10, yang tuh Setiausaha K10..Sy mintak maaf sbb memang cara saya tegur orang macam nie."


Aku : "ubahlaa sikit, jgn main hentam je cara tegur orang tuh.."

Perasaan aku berbaur lega skit bila die mengalah..

"Saya pun mintak maaf laa jugak. sebab memang saya hormat kalau JKM buat kerja, tapi kalau cam ni memang panas skit la.."

One of d KELING kat belakang cakap, "You should 'apologize' too... Maybe we've disturb him on d wrong time"..

Yang felo tu cakap "Takpe. Saya mintak maaf.. Maybe kiteorang ggu ko buat keja.. sorry.."

Aku, "eh tak.. tak ggu langsung.. and im not doing anything, at all..papepun, sorry jugak..."

Pastu diorang pun mula beredar... Dan selepas diorang beredar, aku rasa menyesal, bersalah sebab tak dapat nak control my 'anger' after being pushed + attacked by 7 people simultaneously.... Damn. Aku takut jugak dengan anger terpendam ni boleh mencederakan seseorang yang aku sayang nenati. Takut sangat kalau tak dapat kawal.. Haish~ So aku pergi berwuduk, dan alhamdulillah semuanya kembali seperti biasa. :)

Btw, credit to Cik Irah Hajerah sebab willingly dengar cerita ni via ym, dekat Haziqos Caspriosiang yang datang bilik masa mood aku berapi tuk aku restory kat die balik, dan untuk....... my lovey-dovey, Aisha Humaira. She continuously make me smiling, even tho we're only being in [F-A-K-E] relationship.. Aish, I fakely-sayang-you-lebeh laa... love

p/s : Pengajaran dari cerita ni. Tolong jangan ugut nak rampas TOASTER mahupun WIMAX rumate aku.... Kalau tidak kena sembur jek free2... Hohoho... :) Satu lagi, jangan rasa diri aku yang cam kecik, baik, lemah-lembut ni tak de perasaan ntuk marah2 orang. Terime Kasih!

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Tuesday, March 16, 2010

::~71~:: DD dan Keychain


Assalamualaikum,

Its a been a while since my previous posting here, right ?

Bukannya malas nak update, nak sangat update.... nak sangat buat post pasal kes dua-tiga hari sebelumnya nie... but lately i was so damn busy dengan PSM, assignment, quiz, and presentation... so, sila laa salahkan kepada Mr PSM yang sentiasa menyuruh saya menemaninya 24 jam, Puan Assignment yang makin menjadi-jadi kemanjaannya bersama saya mahupun inche Tests yang selalu muncul sejak dua menjak nie... Hailo, kan senang kalau boleh update blog pakai-niat-sambil-kunyah-chew-gum-berbaring-atas-katil... T___T

Haah, baru ni ade orang blanje Dunkin Donuts... Memang dah lama mengidam DD ni, tapi takde masa nak pergi beli kat JJ Taman U tuh... Masa banyak dihabiskan dekat bilik bersama Mafia Wars tersayang aje.. T_T Anyway, here's d picture of d so-called Dunkin Donuts;




[~Thanks my junior, Nadia Shaira!~]

Disebabkan badan saya yang kurus-mulus(fakta ke auta nie?) ni, so tak dapat laa nak habiskan DD tu , then terpaksalah panggil gerombolan tentera-kelaparan di bawah untuk habiskan...


[~Plz3x jangan tengok kat bahagian sensored tu... :D~]


Dan tentera2 di atas tuh semuanya carik DD yang ada choc. layer. Taktahu kenapa diorang minat sangat ngan choc layer.... Agaknya peransang untuk mencoklatkan warna gigi kut... Anyway mintak maaf laa ek, tuan punye blog dengan kerjasama rumatenya da sodok awal2 DD choc layer.. :P

Ehmm.. Ni pulak ada hadiah dari someone yang hanya mahu dikenali dengan nama FN. Thank Q ek FN, harap2 bukan susu F&N laaa kat dalam bungkusan tuh...


[~Ape maksud simbol keychain sauh tuh FN?~]

Thank you a lots yer cik FN. Comel. Boleh tambah lagi koleksi gantungan kat noticeboard saye nanti.... hikhik
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, March 01, 2010

::~70~:: Banjir dan Pondok Pak Guard


SAMBUNGAN dari Banjir dan Pukulan-Rotan-Cara-Perempuan

Setelah berada selama sejam lebih dalam sekolah tu, saya dan abang saya pun beredar la meninggalkan bilik displin yang penuh dengan sejarah-satu-jam yang tak boleh terungkai dengan kata-kata tuh..

Setibanya di gate sekolah, terkejut gila bila gate sekolah dah dikunci oleh pak guard. Then Along pun cubalah masuk ke pondok pak guard ditepi gate tersebut, tengok kalau2 pak guard berada dalam pondok tersebut... Tapi, hasilnya memang takde... Then, kiteorang dah buntu nak buat cam mana memandangkan along memang takde hp number pak guard tersebut.



[~Padang sekolah yang dibanjiri air~]

Dan dalam beberapa minit tu, saya sempat la memerhatikan padang sekolah yang 100% ditenggalami air, snap2 gambar skit, sambil usha-usha perempuan kat jalan luar (masa ni memang tak sedar diri, da terperangkap dalam sekolah tapi gatal tengok perempuan...). Dan ada la 2 orang pompuan yang tak bertudung bawak motor melintasi gate sekolah melihat saya sambil angkat tangan ala-ala hai tuh, tapi takpe.. saya balas dengan bagi sengihan kera tupai wangi jek....

[~Laluan pejalan kaki pun da nek air~]

Kali kedua diorang lalu, motor tu macam diperlahankan skit (maybe nak ngorat saya kot) masa melintasi gate sekolah tu... Malangnya, sebelum 2 orang perempuan (yang berlakang je angkat tangan kat saya) sempat mengangkat tangannya kat saya, Along keluar dulu dari pondok pengawal sambil 'mengangkat' dan 'mengembangkan' misainya kat 2 orang gurl tu.. Terus 2 girls tu angkat-tangan-tutup-kepala-pandang-arah-lain speeding semula motor dia... Along pun cakap kat saya,

"Tuh student along.. gatal tu, takyah layan..."

So, sebagai adik yang baik.. saya pun diam aja laa dengan kata-kata abang saya tuh walaupun hati meronta-ronta meminta budak tu datang kembali.

Dalam 20-30 minit lepas tu, Pak Guard pun datang laa semula dengan meminta maaf dan memberi alasan dia tak tahu bahawa cikgu Hasni berada dalam sekolah... Setelah gate dibukak, saya dan cikgu displin tersebut pun beredar laaa dari kawasan sekolah yang masih ditenggalami air tersebut...
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |