Monday, March 01, 2010

::~70~:: Banjir dan Pondok Pak Guard


SAMBUNGAN dari Banjir dan Pukulan-Rotan-Cara-Perempuan

Setelah berada selama sejam lebih dalam sekolah tu, saya dan abang saya pun beredar la meninggalkan bilik displin yang penuh dengan sejarah-satu-jam yang tak boleh terungkai dengan kata-kata tuh..

Setibanya di gate sekolah, terkejut gila bila gate sekolah dah dikunci oleh pak guard. Then Along pun cubalah masuk ke pondok pak guard ditepi gate tersebut, tengok kalau2 pak guard berada dalam pondok tersebut... Tapi, hasilnya memang takde... Then, kiteorang dah buntu nak buat cam mana memandangkan along memang takde hp number pak guard tersebut.



[~Padang sekolah yang dibanjiri air~]

Dan dalam beberapa minit tu, saya sempat la memerhatikan padang sekolah yang 100% ditenggalami air, snap2 gambar skit, sambil usha-usha perempuan kat jalan luar (masa ni memang tak sedar diri, da terperangkap dalam sekolah tapi gatal tengok perempuan...). Dan ada la 2 orang pompuan yang tak bertudung bawak motor melintasi gate sekolah melihat saya sambil angkat tangan ala-ala hai tuh, tapi takpe.. saya balas dengan bagi sengihan kera tupai wangi jek....

[~Laluan pejalan kaki pun da nek air~]

Kali kedua diorang lalu, motor tu macam diperlahankan skit (maybe nak ngorat saya kot) masa melintasi gate sekolah tu... Malangnya, sebelum 2 orang perempuan (yang berlakang je angkat tangan kat saya) sempat mengangkat tangannya kat saya, Along keluar dulu dari pondok pengawal sambil 'mengangkat' dan 'mengembangkan' misainya kat 2 orang gurl tu.. Terus 2 girls tu angkat-tangan-tutup-kepala-pandang-arah-lain speeding semula motor dia... Along pun cakap kat saya,

"Tuh student along.. gatal tu, takyah layan..."

So, sebagai adik yang baik.. saya pun diam aja laa dengan kata-kata abang saya tuh walaupun hati meronta-ronta meminta budak tu datang kembali.

Dalam 20-30 minit lepas tu, Pak Guard pun datang laa semula dengan meminta maaf dan memberi alasan dia tak tahu bahawa cikgu Hasni berada dalam sekolah... Setelah gate dibukak, saya dan cikgu displin tersebut pun beredar laaa dari kawasan sekolah yang masih ditenggalami air tersebut...

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |