Wednesday, December 28, 2011

::~106~:: She's Engaged.


Aku teruja untuk tekan 'create a new post' selepas terima reply satu message..

"Dengan tunang saya dan kawan-kawan saya dan adik saya. Xganggu pun"

Before that, i did sent her a message for her 22nd birthday, today.

Alhamdulillah, i was speechless (and a bit of clueless too) at the moment when reading her message. In others word, NUMB. LoL? Ya ya. LoL , put that words in the previous sentence. TERUJA, as well! She's already engaged & getting married real soon. I am not sure whether this news is true or not, but i do believe her because i got this message directly from her. So buat apa nak tipu kan?



Though, mak ada pesan, "orang baik-baik mana boleh menipu. Allah marah. Kalau nak jadi orang baik-baik, kena amal sikap mempercayai orang & tak boleh tipu orang. Apa lagi dengan mak ayah, adik-beradik & kawan-kawan. Berdosa". Tapi aku ni, tak jugak nak reti-reti jadi baik. Entah bila nak jadi baik, agaknye huh? *3 hari lagi. Azam baru. Jadi baik. Diminati gadis-gadis bertudung labuh. Baiklah. Baiklah. (sambil angkat tangan kanan ke atas dan say; YosH!!)

Ok. Continue.

O.M.G. Oh. Gosh! What the.... *Sigh* and *moaning* in a slow tune. A kind of *blur* moments for me right now, but it does help me untuk sedarkan diri jadi baik seperti dulu kala. Orang baik sonang nak dapat jodoh dari baik-baik, orang jahat? Ha. tuh kena rujuk balik dalam Al-Quran, surah An-Nur (26) yang bermaksud :


PhotobucketPerempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Quote Right

*Pausing*. Im reciting this ayat while doing this post.

So, tahniah buat old sahabat juga old chatterz juga old ex-girl dan juga old tempat-meluahkan-perasaan-jiwa-kacau dahulu kala, Madam.. errr.. Mrs. NJ for the good news. I hope you are going to be a good wife, real soon. ;) If you do read this blog (yeah, im pretty sure you regularly visit here back then. silent reader, might be ones of 'em!), please do invite me for your wedding day. Keep that in mind! Aha!

Mood ? Happy sampai tercarik kawan baik nak kongsikan cerita! She said,

"Waahh. Betul ke? Awak bila lagi? Istiqamah la dengan istikharah awak tu. Xsusah kot. Lagi satu. kawin la cepat Azhar"

My reply ?

"Bagi duit. Aha. Istikharah? Update blog skarang ni ada lah!"

Aha... Kekadang rasa jeles dengan kengkawan yang dah bertunang, berkahwin dan yang duk upload gegambar anak-anak comel diorang. Tapi aku tahu, im not ready for that yet. In terms of 'belanjawan', 'fizikal', 'rohaniah' dan 'pilihan'. Nak jadi tunang/suami orang, kene perlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dulu. Bukan senang nak guide anak orang, bukan boleh main-main nak bimbing seorang isteri, dan nikah kahwin bukannya satu gurauan di dunia maya, gelak-tawa-habis camtu aje. Tapi lebih kepada tanggungjawab, kapten rumahtangga dan May Allah give me ones that suits me well, insyaAllah. Tahun 2012. Tahun perubahan. Amin.

Last wishes untuk Cik bisikan-yang-cantik, NJMN

PhotobucketSelamat hari jadi yang ke 22.
Dan tahniah atas pertunangan tersebut. Semoga perkahwinan yang bakal dilangsungkan itu membentuk satu keluarga yang sakinah, mawaddah, dan warrahmah. InsyaAllah. =
)
Quote Right


Zaarz~
281211-2330
Nilai~


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, December 25, 2011

::~105~:: Kantoi Dengan Dokter (Part 2)



Sambungan dari post sebelumnya..... : Kantoi Dengan Dokter (Part 1)

Part 2 :

Dalam pukul 10.30am, bertalu-talu mesej masuk inbox :

~Dari A.L 2 : "Salam bos, masuk x rinie.... baik masuk coz PIC xdo ri ni, so kalau bos tak datang ssh lak... bek dtg yoo..."~

Aku tau, budak aku ni saja nak suruh aku datang sebab kalau aku tak datang, maka dengan rasminya dia lah yang replace aku untuk menunjukkan muka yang tak mengantuk time meeting. So aku reply;

"Sorry laaa A.L 2. Aku tak dapat datang. Ingat nak menipu aje nak MC, sekali betul-betul sakit. Tak tahan dah sakitnya nie.... sampai panggil, omak...omak...".

~Dia jawab balik : "Yo laa tuh. Sakit betol baru padam ngo muko".


Yang Ke-2.
~Dari technician. "Boss, masuk 11rini. Sakit perut."

Maka aku yang slumbernye tak masuk satu hari pun reply,

"Ye. Takpe-takpe. Jangan tak masuk pulak kul 11 nanti...Orang takde ni".


~Yang ke-3 : Dari clerk. "Salam. Dapat MC tak? Akak dah apply MC ko. Esok ko bg MC dekat kak rozie jek"

Hah. Dengan clerk pun aku berpakat sekali nak MC. Suruh dia apply MC awal-awal. kalau tak dapat MC, Non Paid Leave pun jadiklah. Yang penting hari jumaat minggu kedua terakhir di tahun 2011, dapat cuti. Aku cepat-cepat reply, yelah rakan subahat kan mana boleh reply lambat-lambat.

"Dapat aje kak. saya kan jujur. Mesti dapat. Terima kasih akak. Memang terbaik dari kampung Laut lah..."

~ Clerk : "Poyo! Seb baik dari kg, tak dari ladang..."


Teettt teett...

Ada lagi mesej. Kali ni bukan dari clerk, tapi dari technician section lain. A.K.A kawan aku la.

~ "Hoi... Ko kat mana? Datang padang cempaka, re-match dengan bebudak minggu lepas"

Aisey. Masalah betul mamat ni. Aku taktau cam mana cepat aje berita aku dapat MC tersebar kat dia. Ajak re-match bola pun macam ajak gangster turun ber gaduh kampung Laut vs Kampung Ladang. Oh, rematch bola ni sebab minggu lepas kite orang kalah, 3-1. Tak puas hati sebab group above 24 vs under 17, kalah 3-1. Budak Sekolah tuh kot beb. Haha. Malu aja geng besor kalah ngan geng kecik. So aku reply,

"Aku MC ni. Baru balik klinik nie...."

Tettt.. Tett.. Hp vibrate sekali lagi.

~"Haa. aku tau ko MC. Tuh aku ajak ko datang. Cepatlah."


ceh. Konfirm. Kantoi lagi MC dek ada orang bagitau kat dia. Ampeh betul. Btw, ni ada gambor ubat yang aku taktau nak makan or tidak. Karang makan, berdosa sebab tipu. Tapi kalau tak ambik, rasa rugi pulak. 45 hinggit malaysia tuh kut. Rasa-rasa, patut tak aku habiskan ubat-ubat ni?


penseltekantekan : Lenkali nak menipu, takleh beritahu orang ramai-ramai. Nanti cepat aje penipuan tuh kantoi.


Zaarz.
251111~1230

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Saturday, December 24, 2011

::~104~:: Kantoi Dengan Dokter (Part 1)



Dulu kalau masa belajar, semangat fikir panjang-panjang nak kerja apa, dekat mana, gaji berapa kan... Tapi sekarang bila dah kerja, dalam kepala tak lain tak bukan... mesti benda ni aje yang dok muncul-muncul dalam mentol 30Watt kaler kuning tambah dengan tanda seru sekeliling mentol tuh...

  • bila laaa nak cuti panjang ni.. Nak balik kampung pun lak, rinduuu sangat dekat ayah, mak, bini, bakal tunang, ayam kampung pisang, pulut panggang segala bagai..
  • lambatnya pukul 6. Lepas pukul 6 nak gerak ke McD la, ajak geng-geng serumah reramai..
  • mengantuknya, kang best dapat tidor kat bilik sambil pelok bantal bulat getel.
  • port mana nak mengulor-ngulor dulu sebelum asar ni ek..

Pernah tak rasa macam malas nak pergi kerja sampai nak ambik AL/NPL/MC or dengan kata lainnya, cuti-bukannya-datang-bulan? Aku pernah. Baru semalam... Tak caya, nengok!


Oho....

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun, sebab tech. aku cakap kalau pergi awal pagi, Dr tak banyak masalah... so nak dapat MC pon sonang. Aku nak carik MC pon buat meeting khas dulu dengan tech-tech aku (yang menyokong lah).

sehari sebelum...

Di Maintenance Workshop-Meja Mesyuarat Masuk Kanan Keluar Kiri
Masa : 3.45pm

Aku : Aku nak cuti esok. MC. Korang ada idea tak klinik mana senang dapat MC?

Senyap. Masing-masing macam tak percaya makhluk yang tak pernah cuti MC nak MC. Buang karan ker ape dia nie.

A. Leader aku jawab...

A.L 2 : Nak MC betul ke main-main ni?

Aku : Betul la. Tak larat nak kerja besok. rasa macam nak sakit jek ni.

A.L 1 : Cish. malas datang lah tuh. Kalau nak senang MC, pergi Klinik Ravi la... Hari tu aku pergi klinik die.. muka senyum-senyum macam orang lulus jawab akad-nikah dengan sekali lafaz, Dr tu tanya "sakit apa?", terus aku jawab "tension. stress. emotional disorder". Tak saja-saja dapat 1 hari MC. Ko cuba lah..

Aku : Erk. Stress dapat MC? Takkan aku nak guna alasan 'stress' kot. Keje hari-hari takde keje. Toolbox nak berdamping ngan aku pun segan, tak layak dengan dia katanya. *eksyen*. Pukul berapa ehh klinik buke?

A.L 2 : Pergi je pukul 7 bos. Lagi pagi pergi, lagi senang dapat MC. Lagipun kalau buat alasan sakit pepagi tuh, macam kukuh sikit. Kalau pergi malam, Dr bagi ubat besok dah baik boleh pergi kerja. Susah nak MC.

Aku : ooh. biasa korang cari alasan ape nak MC tuh?

A.L 2 : Tanya dia ni bos. "Tok Bomoh MC Weaving Plant". Orang lain MC 14 hari setahun abis 2-3 hari, die sampai terlajak MC. Mengalahkan orang tuo nak mati pakai Hantu Raya sakitnya.

A.L 1 : Buat jek alasan stress tadi. Takpun sakit dalam... (sambil letak jari telunjuk dekat tepi dahi~pusing2 arah jam)

ZzzzZ....

So, lepas semalam pikir alasan apa nak guna tuh, pagi dapat jugak idea yang bernas yang memang mana-mana Dr absolutely confimately definitely tertipu...

2. Kaunter Pendaftaran Klinik Ravi.

Masa : 7.13 am


Elok-elok pukul 7.15 pagi, aku orang ketiga sampai kat klinik Ravi. Lagi dua orang terawal tuh, kakak-kakak jururawat klinik. (So berapa orang kakak jururawat klinik kat sini? Cuba teka. cuba-teka.)

Aku : Hi, saya nak daftar.. first timer.

Jururawat Wanita 1 : Maaf dik. Dr takde. Pukul 9 baru boleh jumpa..

Muka aku blur. pastu Blank, then reply dengan nada slow...

"Aku bukannye nak jumpe Dr. Aku nak MC je.... "

Aku pun angkat kaki. Start motor dan berlalu pergi. Klinik Ravi (click utk tengok maps) yang letaknnya di Taman Semarak 2, deretan CIMB bank tu ditinggalkan. Tapi......dalam hati, tak puas hati lagi dengan klinik tu. Kalau tau Dr masuk pukul 9, yang depa p bukak klinik pukul 7 pagi tuh buat apa. Tembak arrow-blazing-fireball tertera 'Bongek' dua kali dekat nurse-nurse tuh.

Cuba carik klinik lain, tapi semua tutup. Yang ada nya klinik Salak, tapi macam susah nak dapat MC walaupun 24hours. Perkena breakfast nasi lemak lauk ayam masak merah + peparu masak pedas. Mahal. Ringgit Malaysia 5.50 sahaja. Menyesal bangun cari MC pagi tuh. Kalau terus pergi kerja, breakfast ngan biskut Julie's pun dah cukup. Serius!

Agak-agak dekat ngan pukul 9am, aku pun gerak sekali lagi ke klinik tadi. Klinik Ravi. Alhamdulillah (oi, nak menipu pun kena bersyukur ke?), aku antara patient-to-be ke 2 terawal kat klinik tuh. So cepat-cepat serah kad medical checkup Recron kat kaunter,

Aku : Saya nak jumpa Dr.

Jururawat Wanita 1 : Eh awak. Datang lagi.

Aku : Haah. Tak tahan Cik. Sakit sangat dah ni.

Jururawat Wanita 1 : Mintak IC.. Awak duduklah dulu.

Aku : Ok.


So duduk la kat kerusi panjang yang biasa terdapat kat mana-mana rumah tok bomoh tuh. Tunggu Dr. Punya la lambat Dr tuh masuk kerja, sampai aku sempat mengelamun.

"Menyesalnya jadi engineer. Kang seronok kalau jadi Dokter. Datang kerja pukul-suka-hati. Balik kerja ikut-rasa-hati. Gaji besar. Nurse cantik-cantik walaupun India mari. Haish!"

******

Jururawat Wanita 1 : Ahmad Azhar. Masuk...

Tak dengar. Panggil lagi. Pandang aku-lah. Manja sikit please!

Jururawat Wanita 1 : Ahmaaddd Azhaar Laaa!!!!

Ayoyo. Slang keling dia tuh boleh buat mak ayah aku yang duk terengganu tuh terkejut sekali. So aku berjalan masuk, jumpa Dr India...

Dr : Ya Encik Azhar... Duduk sini. (sambil tepuk-tepuk kerusi alas getah) Sakit apa ya?

Memang akan jadi satu rutin kat mana-mana klinik, hospital, rumah obat, mahupon rumah urut, pesakit masuk bilik doktor, dan doktor mula bertanya sakit apa. So, part aku berlakon di luar kawalan pun bermulalah..

Aku duduk. Senyap. Tapi tangan mula pegang perut.

Aku : Sakit perut Dr. Dari semalam lagi ni.. (dua-dua tangan pegang perut).

Dr :
Ye ka? salah makan ke? ada cirit-birit ?

Dr tuh ambik strerosrekop sokilopsposetskop setresoesakop ke amende mende alah tuh, check perut aku.

Aku : Tak aaa Dr. Semalam saya ada makan ayam penyet je. Tak salah makan rasanya. Tapi memang ada cirit birit la semalam. Kentut pun busuk aje.
Dr : Kentut busuk tuh sebab awak makan telur ayam penyet. Ni saya check semuanya ok jek. (Macam perli bunyinye...)

Perghh Dr ni. Sampai kentut aku yang belum dilepaskan lagi pun dia dah tahu sebab telur. Tahan perut. Tahan Perut. Berlakon lagi.

Aku : Eh takde la Dr. Memang saya cirit dari pagi tadi. Ni pun rasa lagi sakit perut.

Aku tahu Dr ni memang tak tahan lama-lama dengan pesakit, ye lah berapa ratus orang pesakit dalam sehari kan, macam-macam perangai pesakit ada. Takkan dia nak layan semua perangai pesakit dia kan? Dr tuh pun mula mengalah. Gagal detect sakit yang betul bermakna macam parti yang kalah undi dengan majoriti 44 undi.

Dr : Ok kalau macam tuh, takpa lah. Saya bagi awak ubat sakit perut, cirit birit, muntah2 dan angin..

Tapi aku ni jenis yang "selagi tak capai matlamat, selagi tuh tak patah balik".

Aku : Satu lagi Dr. Rahang saya ni sakit. Taktau kenapa, nak makan pun susah. Sy ni ada gastrik, bila tak makan datang menjelma la gastrik tuh dalam bentuk kesakitan. Dulu pernah kena inject gak.

Dr :
Kat mana sakitnya? Dan kat mana kena inject tuh.. ?

Aku :
Rahang sakit kat sini...Belakang gigi bongsu. Pastu jadi gastrik kalau tak makan. Kena inject kat sini... (sambil tunjuk dekat bontot belah kanan).

Dr : Bukan. Maksud saya inject kat klinik mana? Sini or lain ?

Lahabau Dr ni. Semangat aku anggkat punggung tunjuk tempat injection tuh. Lainkali ayat tuh kasi lengkap sikit bila berbicara dengan patient yang betul-lurus-straight ni.

Aku : Oh. Kena dekat gov hospital when i was working there few months back.

Dr :
Takpelah. Saya bagi ubat gastrik kat awak. Pasal rahang tuh awak kena consult dengan Dr gigi lah. Ada apa-apa lagi ?



YES! Soalan ni aku tunggu lepas 15 minit yang penuh dengan kepura-puraan dalam bilik Dr tuh.

Aku : Aku : Eh. takde la baru. Lama dah. Tapi segan nak pergi klinik jumpa Dr.
Ada Dr. Hari ni saya kerja. Nak mintak MC lah kalau boleh. Agak lewat kalau pergi kerja sekarang.

Dr :
Sure. Nanti saya bagi..

****

So matlamat dah tercapai. Hip Hip Hoorey! celebrate
Tapi kantoi jugak dengan Nurse time ambik ubat kat farmasi klinik tuh.
Ni sebab dia dah tengok semua maklumat medical card aku tuh... adeh!

Jururawat 2 : Baru kerja kat Recron yer... Nak habiskan MC ngan medical expenses ea?


Aha. Alasan budak tadika aku bagi untuk nurse yang banyak bertanya. Haiseh. Malu jugak kantoi dengan Nurse. Lepas ni kalau nak pergi klinik, kena pergi klinik yang ada nurse tak cakap banyak lah. Nak communicate pun, guna bahasa isyarat. Lagi bagus.

So mission successful. Tapi ada lagi... peristiwa lepas dapat MC. Tanak la cerita kat sini terus, kang panjang-panjang aku storey morey, ada lak terleleh sini.

******

***BERSAMBUNG PART 2!~



[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, December 21, 2011

::~103~:: Awas Dengan Penyeluk Saku!


Assalamualaikum,

Dah pukul 10.22pm. Awalnya untuk tidur, tapi mata dah layu semacam. Edi & Edina pun dah tidur gamaknya tuh. Senyap aje dalam bekas aquarium bersaiz 15" x 10" tuh.

Hmm... sesambil menunggu anime naruto ni abis di download, nak share la satu cerita 2-3 hari lepas. Kisah si mangsa penyeluk saku. Haish, sekarang memang berleluasa betul kes penyeluk saku dan kes ragut kan? dalam train, dalam bas, walkaway, even tengah bawak motor pun sempat lagi buat kerja tak bermoral tuh.

Kisahnya, aku ade la kuar jejalan ke midvalley. Nak jumpa Kak Sal, sibuk. Nak jumpa kawan lain, semuanya 'on holiday'. Time naik KTM, ada lah seorang pakcik ni duk bising & kecoh-kecoh. Orang pun penuh mengadap dia time die dok bising-bising dalam tren tuh. Aku ingatkan ape, nak jugak tahu whats going on in the train kan. So aku memang berdiri di sebelah pakcik tu, tanyalaa macam ni...



Aku : Kenapa Pak Cik?

Pak Cik : wallet kene curi. tadi ada sekarang bila dah check dah takde..

Aku : Laa... bila lak kena tuh? stesen mana ?

Pak Cik : Baru aje tadi, time bersesak-sesak dengan orang nak kuar tadi.

Aku : Pakcik tak rasa ker kene seluk tadi ? tak perasan langsung ?

Pak Cik : Masa pakcik mula-mula naik kat KL sentral tadi ade lagi, rasa jugak ada org sentuh belakang masa nak kuar. tapi tak expect pulak wallet kene seluk.

Aku : Memang pakcik. Biasa diorang buat keje ni, cepat. Sedar-sedar dah takde. Saya pun pernah kena jugak, tapi nasib baik sempat tepis. Orang ramai, berasak-asak.... lagi senang la diorang nak buat kerja ni. Diorang ni dah dapat, terus blah la.

Pak Cik : Yelah... pak cik pun kalut tadi, ngan anak2 tadi. Nak bawak diorang pergi balik PD, tiket diorang ngan pakcik ada simpan dalam wallet tu. Ni susahla, nak kuar cam mana kalau takde tiket... IC, kad bank pun ada kat dalam wallet tuh.

Sambil tengok-tengok anak-anak pakcik tu, sorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Yang laki tuh dalam baya anak sedara aku yang umur 5 tahun kot, pompuan lak dalam darjah 3/4. Pandangan pun beralih kat mamat belakang pakcik tuh,

Aku : Ko tak perasan ke siapa belakang pakcik ni tadi ?

Mamat : Tak perasan plak. aku menghadap ke lain, memang ada orang belakang aku tadi.

Pak Cik : Ade tadi orang. Pakcik menghadap lain, dia ni menghadap lain. Yang duk tengah2 antara kiteorang tadi tuh la... takde orang lain lagi.

Mamat : Aku rasa die jugak... tapi tak tau la, sebab sesak sangat kat Kl sentral tadi. Biase kes seluk2 ni kat KL Sentral, Mid jek...

Aku : Haah. memang sebab situ la ramai orang naik-turun. nak2 time balik keje. penuh. Tuh aku beringat simpan wallet awal-awal kat poket depan. Serik kena sekali dulu. Nasib baik tersedar dulu. Cam ni la pakcik... cube pakcik buat repot dompet hilang dulu kat balai polis. Ape2 pun kene ada repot dulu, at least bila ade urusan rasmi nak buat, boleh tunjuk repot tuh sementara waktu.

Sambil bawak wallet dari poket belakang, letak dalam poket depan belah kiri... Aku pun cubit-cubit pipi anak perempuan dia sambil senyum kat anak laki die. Cuba borak, tanya nama, umur ngan skulah kat mana ngan anak perempuan dia bila tengok dia tengah sedih dengar kesusahan-hati-bapak dia tu.

Pak Cik : Kene buat report polis gak ke ? adus, habislah. IC takde. Kad bank takde. Kad OKU anak pun dalam wallet tu. Anak pak cik ni OKU, kena buat balik la kad tuh nanti.

Dan tibe-tibe anak perempuan pakcik tu sentuh belakangaku & bersuara,

Anak P : Abang, dompet abg pun takde jugak kerr... ? (mata dia tengok kat poket belakang aku)

Aku : Takla dik, abg dah letak kat depan ni ha.... (pusing badan). Hehe. aku cubit lagi pp die. pandaii.. thanks.

Pastu orang-orang y duk berhampiran & tgh mendengar perbualan budak perempuan tadi, semua ketawa. Haha!

Sebelum aku turun dari tren tu, aku nasihat pakcik tuh tuk terus pergi Balai Polis Seremban utk buat repot. Btw, sempat jugak aku sedekahkan duit RM10 (ingat nak bagi lebih,tapi serius dalam wallet ade RM10 aje) kat budak perempuan tu. Kasi buat tambang untuk ke PD, tapi rasanya tak lepas kut dengan RM10 tuh. Aku just cakap,

"ni aje yang mampu saya bagi pakcik. Ikhlas. Ambik la, buat tambang anak2 p PD nanti".

Heh. Bila difikirkan balik, rasa haru jugak seorang engineer tak cukup umur bawak duit RM20 jek pergi Midvalley. Rm10 tuh pun dah digunakan sebagai duit tambang pergi-balik. Balance ada RM10, aku taktau pulak ape yang mampu dibeli dengan duit RM10 tuh di midvalley, aisey. Sengal sungguh-sungguh rasanya.

p/s : Dalam kes lain, kak sal pun pernah kena ragut time die bawak motor dekat KT dulu. Kalau aku ada, memang aku kejar balik si peragut tu. Nasib baik kak sal takder pape, kalau tidak.. fuuhh..aku carik si penyeluk saku tuh sampai liang lahad la. Sampai sekarang kak sal fobia naik motor bawak hand bag. Cilakak betul peragut tuh. So korang kalau pergi mana-mana, berhati2 lah selalu. Duit tuh jangan taruk banyak sangat dalam wallet/purse/handbag. Nak keluarkan duit pun, jangan tunjuk2 sangat yang kita ni banyak duit (melainkan aku yang selalu bawak duit tak cecah RM100) dalam wallet tuh, tapi keluar la setakat yang perlu. Elakkan la diri sebelum menjadi mangsa ragut kan.


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Saturday, December 17, 2011

::~102~:: Kronologi Dengan Gadis-Bahagia-Berpipi-Merah


Post ini sebenarnya dah di created pada 14/3/2010, yakni hampir 2 tahun lepas. Tapi baru sekarang rasa nak publish. Let's say, "A moments to be remember kut!"

************

Assalamualaikum....

Dua hari lepas, aku telah mendapat satu kiriman sms dari seseorang yang agak aku tak kenal.. Seorang yang buat pertama kali menjadikan aku terjebak dengan fake-relationship @ hubungan palsu. Ala, dengan kata lain.. macam kapel olok2... dalam bahasa novelnya, "Kapel Kontrak". Sebenarnya, kronologi nie started when I got her first msg,

"Yuhuu... orang di sana.."

Then follow by my reply,

"Whose dis? Dont have this number in my contacts list..."


Pastu dia cakap laa die ni member lama, tahun lepas aku ada bagi nombor kat dia.. Tapi aku tak caya, aku ni bukannya senang2 nak bagi nombor dekat orang lain.. ape lagi tahun2 lepas, mana nak ingat kan...

Tapi kan, dalam berdolak dalih tanya siapa awak-siapa dia tu, 3-4 hours laters, we become friends... cuma kawan biasa... tak lebih pun.

Selepas sehari kami berkawan tuh, aku mula laa call die. Biasalah lelaki, nak jugak bercakap2 dengan orang yang dia baru kenal kan.. Gatal tuh tetap ada. Okey, aku normal ok. So, sebenarnya tujuan call tuh tak lain tak bukan, just nak tau sama ada memang wujudnya perempuan disebalik nombor telefon mysterious tuh. Yelah, mana tahu kot2 budak tuh saja nak kenakan aku, cakap pompuan tapi pondan.. nak2 dunia sekarang, macam-macam boleh jadi kan.. So, call la.... Tapi dia tak angkat. Sengaja agaknya... Dan before membusykan diri dengan psm aku malam tu, aku call lagi dia...

"Assalamualaikum... boleh bercakap ngan aisha humaira"

suaranya slow2 jek kedengaran dari hujung telefon sana,

"Yes. Speaking..."

"Aisha, kenapa lambat sangat angkat kall... susah sangat ke nak angkat kall?"

"Ok. Sorry. Bye"

Wohaaa... bergetar keimanan aku. Tak sampai 3 saat, terus letak. Agak bengang disitu.. Tapi aku mintak maaf, sebab first time aku call... terus marah2 kat dia. Dari situ, aisha taknak maafkan aku dah... taknak aku call dia lagi dah.. Tapi, aku cakaplah aku mintak maaf sangat2... pastu die cakap (in another call),

"Ok, i'll forgive you.. But with one conditions."

Aku reply, "Takpe. Cakap jek.. More than one conditions pun sy tak kisah".

She replied, "Be my fake BF. For one month".

Shocked! "Why, why choosing me ?"

Then she started bla.bla.bla, obviously i could'nt remember much, coz she been talking english all the times. But its some kind of family-problem lah. That things put aside, aku taknak masuk campur dalam masalah family dia kan.

And for that conditions, obviously aaa aku refused. but then, die cakap FAKE.. Pastu tak akan jatuh hati towards each others. Aku yakin dengan kenyataan dia tu, yang dia akan make sure aku tak akan jatuh cinta dekat dia dan dia pulak tak akan jatuh cinta dekat aku... Lagipun aku faking sebab lepas tahu cerita sebenar dia, yang she urgently need a fake BF utk selamatkan diri dia dari kena further study ke oversea. Dari apa yang dia bagitau aku jugak, family dia akan ON-HOLD or just allow dia study here if she have someone and getting engaged sooner or later. Macam tak logik dengan apa yang dia bagitau tu, sebab kalau aku mak ayah nak hantar belajar ke overseas, for sure aku akan mintak tiket flight cepat2 nak pi sambung belajar tuhh.. kawen tolak tepi dulu kan? Haish. Macam cerita novel pun ada.

So, after been thinking several days & she doesn't urged me so much, im forcefully accepting it after thinking & re-thinking all over the conditions. Fake BF for 1 month. What does i get from the relationship ? Nothing. Nothing. This seems so stupid jokes, but its real. Lagipun aku rasa aku pun nak rasa jugak kapel fake tuh macam mana. Haha! Jahat! Padahal berlambat kipas-210watt-susah-mati dari jepun dok ajak kapel, tapi tak layan! (tutup muka)

"Ooossshhh, gosh! Gewwwwwliiiieee I!"
Link
Tapi, lepas 15 days fake kapel... kiteorang dah merasa kelainan dalam hubungan fake tuh. Seolah2 rasa macam, kapel betul pulak. We rarely message, maybe boleh cakap dalam sehari satu-dua je message. Call pulak, jangan citer lah. Dapat sekali pun kira mujur. Aku pun takda la rasa baik hati sangat nak reply mesej or call orang time-time study dulu. Tambahan pulak, aku ni takdo masa nak call dia, pastu kena dengar dia cakap dalam bahasa english yang laju tahap gaban-taro! Malu weh. Kalau call pun, boleh bilang lah berapa saat kiteorang bercakap on the phone. Paling sekejap, 3 saat. Second call, 15 saat. 3rd call dalam 46s. Yang time die explain tuh, lama sikit. Almost 5-6 mins maybe. *ok. lupe*. For sure, tak lebih dari 10minit.. Kenapa? Sebab aku tak pasang pulak termistor (alat sukat haba) kat telinga aku untuk dengar dia speaking tetiap saat. Lagipun, aku ni takde la terror sangat kecek-barat ni, dia pulak siap boleh keluar bahasa-bahasa law taken from barat. Cakap Arab pun dia boleh sikit2. Kalau faham & pandai reply english takper dah, kurang2 pun malay jadila.. Tapi ni, faham ke tidak. Laju sangat. Ker aku yang lembab tangkap ayat english dia yang beradong tuh. haish!

Then, boleh dikatakan dekat wall FB aku tuh penuh dengan post dia. Dengan ayat-ayat puitis yang boleh melemahkan keimanan seorang lelaki yang tak beriman, hau-hau! Aku tak ingat sangat ayat yang dia bagi, tapii.... bagi aku, caring lah. sampai satu masa, aku rasa macam terlebih menggedik pulak sampai aku suruh dia stop from posting on my wall page. Jahat bukan ? Mana taknya, kawan-kawan sekelas time UTM dulu pun cakap daring gila perempuan ni. Ramai berminat nak tau siapa si Aisha Humaira at that times. Bush, Rusydi, Azizul, Bob and few other names, pesalah yang dok panggil aku si honey boney. Even, some of them call us loving couple with "Honey-Boney" terms! Couldnt forget that names! It was nice for us, but really bad when kengkawan ikut panggil sekali! Ahaha.


With the friends yang jadi pemangkin dalam hubungan kitaorang, dan dengan lakonan-lakonan dia kat FB yang boleh dikatakan agak berkesan & bakal merangkul anugerah Oscar tuh walaupun kiteorang in-a-fake-relationship jek. So, lepas kept denying each others feeling, malam ke 19 tuh... my feeling for her, was real... atlhough she still dont and wont fall in love wif me yet. Soal dia fall balik or tak falls balik tuh belakang cerita, sebabnya kitaorang faking je kut. lepas sebulan habis jugak.

Ending dia ?
After 1 month. We broke up. I deleted her from my friend list. And, block her as well.

Sound cruel aint it?
Tapi bagus la, sebab taknak hati jadi parah. Lagipun we just having a faking relationship. So we do thinks its enough. Same does for her. Seingat aku, exactly tak sampai 1 bulan pun kiteorang kapel, sebab ada masalah. Masalah yang rumit, after i discover whats she's up to. ahaha! Truth story, okey! I got few of her pictures after 1 month couple tu, tapi obviously the real owner bukan lah fake GF aku sebenar-benarnya.

:~Sorry to fake Aisha Humaira, couldnt make it for a month. Somehow, this game really interesting.. Just for my first time, and i dont intend to 'mencuba' lagi next time.. NO REGRETS. ^_^ ~::

Zaarz Awang
14032009-1015
UTM~

[~Credito Student KUIN, Kodah! Thanks & Sorry for the photos, although permission is not obtained yet. !~]



notakateh : psstt... now i wish i'll have another Aisha Humaira. Macam dalam gambar ni, boleh ? Ni kalau bakal-tunang tengok mesti marah-marah. Oh, kena solat istikharah dulu nie... Aha, perasan je ada bakal tunang. Calon pun tak tercarik! taik kura-kura betullah ayat di atas!
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, December 12, 2011

::~101~:: A Pets. Back to My Old Pet-Lover Hobbies, Maybe?


As-Salam!

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengurniakan nikmat kasih dan sayang kepadaku, untuk dikongsikan rasa tersebut dengan sepasang kura-kura yang comel..... tadaaaaa....

[~Sepasang Kekura Dua Sejoli~]



Okay okay. back to normal-conversation-mode. Kura-kura atau anak sedara kepada penyu ini di kutip dibela dari minggu lepas. So sekarang umur dia dah seminggu lah dengan aku, umur betul dia aku tak tahu laa pulak. InsyaAllah, kalau takda aral melintang-pukang, besok-besok aku pie hantar telegram bertanyakan tarikh lahir diorang kat ibu dia yang terdampar kat bulatan penyu kat Kuala Terengganu tuh. Eh, agaknya sekarang ada lagik ke tak bulatan penyu tuh yerp? Kalau 5-6 tahun lepas ada lagi, sekarang dah jadi bulatan ladang a.k.a bulatan batu bersurat kut. Ish, lupekan. Lama tak balik terengganu jadi tak confident pulak dengan status penyu gergasi kat bulatan ladang tuh sekarang.

Ehem, mula-mula aku nak perkenalkan kekura ni kat sekelian makhluk yang pandai membaca kat sini. Kita start dengan nama diorang dulu. Orang tua-tua cakap, anak ni bagus kalau dinamakan dalam masa 14 hari, kalau tak susah nak lekat dengan panggilan yang baik-baik bila besar nanti. Pikir punya pikiaq, dalam masa 3 hari setelah memilikki kekura comel ni baru la dapat decide nak bagi nama apa. Yang satu tuh, nama comel. Yang satu lagi tuh, nama lawa. Kalau dicombinekan, jadi Comel Lawa. (sila klik. sila klik). Amacam, ada iras-iras tuan punya blog tak ? Ok. ok. Nama diorang bukan lah Comel Lawa-lah! Tapi aku bagi nama dia Edi & Edina.. Yang jantan tuh nama Edina, yang betina tuh nama Edi.. Oit, kalau aku bagitau nama aku Azharina, korang rasa aku patut merempat kat tanjung rambutan tak sekarang? Isy, takkan la aku sebagai ayah angkat Edi & Edina ni tak kenal yang mana lelaki, yang mana perempuan, kan sayang... (sambil jeling kat Edi & Edina). Uhuu.. bila dipikirkan semula, rasa macam islamik & solehah aje nama edina tu. Ala-ala wardina pun ada. Haiseh, ni kalau kak wardina terperasan (memang takkan pun) aku samakan dia dengan kekura yang-entah-kacuk dengan spesies penyu
mana, mesti kena isu saman ni. Adeh! Maaf-maaf!

Untuk memastikan Edi & Edina aku ni sentiasa sihat dan dapat membesar menjadi penyu belimbing-kacukan-nangka, aku bagi lah makanan yang terbaik untuk dia. Aku kalau bab-bab pet-feeding ni memang tak kisah kalau mahal, yang penting berkualiti. Time bela Cikey & Cimey (rabbit bulu hidung kembang) dulu pun bagi makanan yang mahal gak. Time Edi & Edina ni pun kena la bagi layanan cam Cikey ngan Cimey dedulu jugak kan. Nama makanan Edi & edina ni Nutrafin, berbentuk pellets yang terapung dalam air. (yelah, takkan terapung dalam udara pulak, kan?). So ape specialnya Nutrafin nie? Mengikut kamus dewa-dewi dewan edisi terhad selagi stok belum kosong,

"Nutrafin - To provide a complete diet for all turtles and terrapins".

[~Edi & Edina : Tuh kura nama apa pulak.... dari tadi posing sama tak gerak2 pun. >.<~]

Tuh dalam infomation pemakanan yang dia bagi lah. Tapi teori aku pulak,

PhotobucketNutrafin - To provide a complete diet for all turtles, terrapins and their owners. Its Just Like JUST MATE 5 Ciptaan Dr Cherozmey Quote Right

Mana taknye, sebotol kecik yang tahannya berapa hari pun (tak sure) harga dah cecah USD RM 6. Si owner lak yang terpaksa jimat duit nak beli makanan & buat periodic maintenance kat Edi & Edina ni.. Ehh.. okeh-okeh, sudah. Ni kalau Edi & Edina baca, terasa pulak diorang nanti. Bab makanan dah puas hati. Bab minuman plak aku confused sikit, kalau time Kitty & Kuning (kuccinggg comel!) dedulu, boleh bagi minum milo, susu, ribena, air kosong, segala air pun aku bagi. Tapi time Edi & Edina ni rasa macam tak patut dan tak betul lak kalau bagi minum susu kan ? Kura-kura minum susu, waaaahhhh! Bunyi macam bagus jek untuk cengkerang yang kuat dan kukuh macam konkrit kan ? takpe2, akan diusahakan later on. InsyaAllah.


[~Kasihan pulak aquarium besar tapi pokok kelapa je sebijik yang ada~]

Sekarang yang tinggal nak usahakan untuk cari kawan buat kekura ni. Hari tuh ada letak sepasang ikan guppy, tapi bila si Edi ni tunjuk kelakuan homoseksual dia kat ikan guppy jantan, terpaksa asingkan. So lepas ni, rasa kena beli lagi sekor kura-kura betina untuk Edi kot. Better bagi poligami awal-awal, orang melayu cakap "Pendidikan Dari Mula", takpun "Meluntur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Alamak, Edina dah tenung tajam dari aquarium tuhh... Si Edi pulak macam tau-tau aje, dah senyum sambil kenyit sebelah mata dengan kening terangkat ala-ala The Rock lak. Wahaha, kantoi pulak! Ok-ok, takleh lebih2. Tak baik pecah rumah-tangga-aquarium yang baru nak mula.... biarkan mereka berbulan madu, for now, maybe? Lepas ni, nak beli accessories untuk Edi & Edina. im not sure yet apa yang suitable untuk kura-kura ni, mungkin rumah-berbentuk-batu, or mungkin jugak bebatu-warna-warni or mungkin jugak pepokok palsu dalam tu. Tengok lah, kalau rasa rajin mungkin taruk kangkung betul untuk bagi diorang rasa tak macam tinggal terkurung.... ye dak? =)

p/s : Rindu dekat cimey & cikey, serta kuning ngan kitty. :'(

Zaarz Awang
121211-2250pm

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |