Monday, December 12, 2011

::~101~:: A Pets. Back to My Old Pet-Lover Hobbies, Maybe?


As-Salam!

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengurniakan nikmat kasih dan sayang kepadaku, untuk dikongsikan rasa tersebut dengan sepasang kura-kura yang comel..... tadaaaaa....

[~Sepasang Kekura Dua Sejoli~]



Okay okay. back to normal-conversation-mode. Kura-kura atau anak sedara kepada penyu ini di kutip dibela dari minggu lepas. So sekarang umur dia dah seminggu lah dengan aku, umur betul dia aku tak tahu laa pulak. InsyaAllah, kalau takda aral melintang-pukang, besok-besok aku pie hantar telegram bertanyakan tarikh lahir diorang kat ibu dia yang terdampar kat bulatan penyu kat Kuala Terengganu tuh. Eh, agaknya sekarang ada lagik ke tak bulatan penyu tuh yerp? Kalau 5-6 tahun lepas ada lagi, sekarang dah jadi bulatan ladang a.k.a bulatan batu bersurat kut. Ish, lupekan. Lama tak balik terengganu jadi tak confident pulak dengan status penyu gergasi kat bulatan ladang tuh sekarang.

Ehem, mula-mula aku nak perkenalkan kekura ni kat sekelian makhluk yang pandai membaca kat sini. Kita start dengan nama diorang dulu. Orang tua-tua cakap, anak ni bagus kalau dinamakan dalam masa 14 hari, kalau tak susah nak lekat dengan panggilan yang baik-baik bila besar nanti. Pikir punya pikiaq, dalam masa 3 hari setelah memilikki kekura comel ni baru la dapat decide nak bagi nama apa. Yang satu tuh, nama comel. Yang satu lagi tuh, nama lawa. Kalau dicombinekan, jadi Comel Lawa. (sila klik. sila klik). Amacam, ada iras-iras tuan punya blog tak ? Ok. ok. Nama diorang bukan lah Comel Lawa-lah! Tapi aku bagi nama dia Edi & Edina.. Yang jantan tuh nama Edina, yang betina tuh nama Edi.. Oit, kalau aku bagitau nama aku Azharina, korang rasa aku patut merempat kat tanjung rambutan tak sekarang? Isy, takkan la aku sebagai ayah angkat Edi & Edina ni tak kenal yang mana lelaki, yang mana perempuan, kan sayang... (sambil jeling kat Edi & Edina). Uhuu.. bila dipikirkan semula, rasa macam islamik & solehah aje nama edina tu. Ala-ala wardina pun ada. Haiseh, ni kalau kak wardina terperasan (memang takkan pun) aku samakan dia dengan kekura yang-entah-kacuk dengan spesies penyu
mana, mesti kena isu saman ni. Adeh! Maaf-maaf!

Untuk memastikan Edi & Edina aku ni sentiasa sihat dan dapat membesar menjadi penyu belimbing-kacukan-nangka, aku bagi lah makanan yang terbaik untuk dia. Aku kalau bab-bab pet-feeding ni memang tak kisah kalau mahal, yang penting berkualiti. Time bela Cikey & Cimey (rabbit bulu hidung kembang) dulu pun bagi makanan yang mahal gak. Time Edi & Edina ni pun kena la bagi layanan cam Cikey ngan Cimey dedulu jugak kan. Nama makanan Edi & edina ni Nutrafin, berbentuk pellets yang terapung dalam air. (yelah, takkan terapung dalam udara pulak, kan?). So ape specialnya Nutrafin nie? Mengikut kamus dewa-dewi dewan edisi terhad selagi stok belum kosong,

"Nutrafin - To provide a complete diet for all turtles and terrapins".

[~Edi & Edina : Tuh kura nama apa pulak.... dari tadi posing sama tak gerak2 pun. >.<~]

Tuh dalam infomation pemakanan yang dia bagi lah. Tapi teori aku pulak,

PhotobucketNutrafin - To provide a complete diet for all turtles, terrapins and their owners. Its Just Like JUST MATE 5 Ciptaan Dr Cherozmey Quote Right

Mana taknye, sebotol kecik yang tahannya berapa hari pun (tak sure) harga dah cecah USD RM 6. Si owner lak yang terpaksa jimat duit nak beli makanan & buat periodic maintenance kat Edi & Edina ni.. Ehh.. okeh-okeh, sudah. Ni kalau Edi & Edina baca, terasa pulak diorang nanti. Bab makanan dah puas hati. Bab minuman plak aku confused sikit, kalau time Kitty & Kuning (kuccinggg comel!) dedulu, boleh bagi minum milo, susu, ribena, air kosong, segala air pun aku bagi. Tapi time Edi & Edina ni rasa macam tak patut dan tak betul lak kalau bagi minum susu kan ? Kura-kura minum susu, waaaahhhh! Bunyi macam bagus jek untuk cengkerang yang kuat dan kukuh macam konkrit kan ? takpe2, akan diusahakan later on. InsyaAllah.


[~Kasihan pulak aquarium besar tapi pokok kelapa je sebijik yang ada~]

Sekarang yang tinggal nak usahakan untuk cari kawan buat kekura ni. Hari tuh ada letak sepasang ikan guppy, tapi bila si Edi ni tunjuk kelakuan homoseksual dia kat ikan guppy jantan, terpaksa asingkan. So lepas ni, rasa kena beli lagi sekor kura-kura betina untuk Edi kot. Better bagi poligami awal-awal, orang melayu cakap "Pendidikan Dari Mula", takpun "Meluntur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Alamak, Edina dah tenung tajam dari aquarium tuhh... Si Edi pulak macam tau-tau aje, dah senyum sambil kenyit sebelah mata dengan kening terangkat ala-ala The Rock lak. Wahaha, kantoi pulak! Ok-ok, takleh lebih2. Tak baik pecah rumah-tangga-aquarium yang baru nak mula.... biarkan mereka berbulan madu, for now, maybe? Lepas ni, nak beli accessories untuk Edi & Edina. im not sure yet apa yang suitable untuk kura-kura ni, mungkin rumah-berbentuk-batu, or mungkin jugak bebatu-warna-warni or mungkin jugak pepokok palsu dalam tu. Tengok lah, kalau rasa rajin mungkin taruk kangkung betul untuk bagi diorang rasa tak macam tinggal terkurung.... ye dak? =)

p/s : Rindu dekat cimey & cikey, serta kuning ngan kitty. :'(

Zaarz Awang
121211-2250pm


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |