Sunday, April 04, 2010

::~77~:: Award Dari Cik Madihah...


Assalamualaikum...

Pagi ni, aku bangun awal jugak lah konon cam nak habiskan 2 chapter subjek PSA ni. Tapi sebelum tu, onlaa lappie... dan ternampak la kaler-kaler biru gelap berkelip2 di modem celcom broadband nie. Biasa kalau warna macam tu, ada 2 hipotesis jek yang boleh dibuat.. Satu, connection laju tapi tak stabil dan putus2.. Dua, connection buat-buat laju tapi slow cam dugong merangkak dalam longkang... So, sebelum ape2 kesimpulan dibuat dari hipotesis tu, aku pun try la connect guna Mobile Partner nie... Tak sampai 2 saat, tertulis...

"Alhamdulillah, connection successful.."

Masuk laa facebook, ingat nak tengok2 ape yang berlaku dekat dunia luar 10-15 minit... Setelah 15 minit berlalu, rasa macam tak nak bazikan peluang yang celcom bagi dengan kelajuan internet yang agak luar biasa tuh... so aku pun bukak blog2, lompat2... merangkak2... terjun-terjah sana, baca post-post yang diupdate leh kengkawan dulu2... last2, sampai 2 jam aku ngadap blog aje. HaishY~ Ape laa nak jadi nie...... T____T


Btw, masa melompat2 blog tadi.. tersinggah laa dekat blog Cik Madihah Meow2x... Dan terbaca jugak pasal award bloggers tuh... Pastu ternampak lah jugak nama aku di tangga kedua dalam list2 yang dapat award tuh... :) Tak sangka pulak Cik Madihah rajinkan tangan die tuk kalungkan award ni dekat aku. Dan ini die award yang comel dari cik madihah meow2x tuh..




Heh, ni kali pertama jugak aku dapat award sepanjang 9 bulan aku bergelar bloggers nie. Tapi aku rasa aku macam tak layak pun dapat award, sebabnye blogger yang dapat award biasanya bloggers tegar yang sentiasa mengupdate blog macam cik Hanis @ cik Irah tuh. Anyway, double... no.. triple.. terima kasih dekat cik Madi~ celebrate

Sape lagi ek nak bg award ni ? hurm.. rasanya tanak bagi kat sape2 kot, sebab masa aku kecik2 dulu mak aku ada cakap.... "Kalau ada orang bagi hadiah kat kita, kita tak boleh bagi hadiah orang tuh kat orang lain...." So mintak maaflah ye, aku berpegang pada nasihat mak aku... Eheks, takdelah. gurau aje.. pade sape2 yang nak award nie, amek jek lah. tak salah pun~ ihikhik

p/s : Comel jugak kelip2 Tahniah tuh... Pandai designernye buat... huhu, lepas ni kene blajar jugak la buat2 award camnie. senang skit masa depan nak menghargai apa yang orang bagi kat kita nanti, ye dak ? rindu
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

::~76~:: Hantu Di Balai Cerap ???



So, semalam berkonvoi motor dengan jijo, hafiq dan mubarak dan aku sebagai ketua rombongan dari Kolej 10. uhuks~ Seram jugak bila lalu jalan ke Balai Cerap tuh, gelap semacam... Dah la sebelum2 ni ada dengar cerita yang mengatakan Balai Cerap tuh tempat berhantu, ada hantu raya laa.. hantu langsuir laa, pontianak berwajah jambu, pocong polka dot la... Setakat ni, macam2 spesies hantu yang pernah aku dengar, cuma zombie je takde yang jumpa lagi..


Teringat pulak, sebelum cuti sem lepas ada sorang kawan Abu rumate aku datang sini.. Die cerita la die ternampak hantu dekat balai cerap pukul 3.00 pagi. Tapi disebabkan die tak menyangka benda tu hantu raya, so die dengan slumbernye snap kelibat benda tu dengan DSLR die… Tapi bila ditengok dalam LCD tuh, takde pulak. So die tanye lah kawan sebelah dia pasal kelibat tuh… tapi kawan die, ponnn buat2 tak nampak n ajak budak DSLR tuh turun… Haish.. dua orang budak ni buang tebiat jugak pepagi buat shooting dekat Balai Cerap tuh… Sampai kat bawah tuh, si kawan kepada budak DSLR tuh cerita la benda yang dia nmpak … ape lagi, dua2 menggigil ketakutan sampai tidur dekat bilik kawan… takut2 benda tu ikut, then kene kawan2 dorang sekali agaknya.. haish~

Ok, sambung cerita semalam….

Semasa aku bawak motor meredah kegelapan malam tuh, memang terdengar jugak bunyi2 yang menakutkan , tapi biasa la.. buat2 cool. Gentleman. Tapi kalau dah nama bermaksud, BUNGA yang terpuji jugak… unsur2 “Pembungaan-Separa” tuh ada jugak dalam dirik. Then, sampai satu selekoh dekat puncak bukit tuh... aku ternampak sebuah kelibat, eh tak.. bayangan yang makin lama ditengok, makin membesar.... Aku buat dek lagi.... Ye lah, orang tua2 cakap kalau rasa ada benda ikut.. jangan tengok belakang dan buat tak tau je... Kalau malam, rasa tak sedap hati.. baca ayat kursi banyak2... Tapi, tengah bermain2 perasaan cuak tuh 2-3 saat, aku pun tengok lagi dekat bayangan dihadapan motor aku yang makin mendaki lerengan bukit balai cerap tuh... makin menjadi2 besarnya...then aku terpaksa menoleh ke belakang, langgar pantang larang orang2 tua just tuk make sure kawan2 aku bertiga tuh still berada di belakang aku.... bila berpaling ke belakang, aku nampak mubarak sedang follow macam biasa... belakang lagi, nampak jijo bawak motor memasang Hi-Light. Rupenye2, tu bayangan badan mubarak dek sinaran lampu tinggi motor jijo tuh.. isy, jijo2x.. dah tau duduk belakang pon pasang lampu tinggi... Mubarak pn salah jugak, badan besar2x menakutkan aku jek... isy~

Tapi, masa aku naik ke balai cerap tu memang lah betul suasana dia tuh boleh dikatakan 1001 benda yang diceritakan sebelum ni, wujud. Gelap. Sunyi sepi. Takde street light. Kiri-Kanan semua semak… Yang adanya, sinaran bulan separa purnama. Tuh pun kalau dilihat dari atas… tapi aku percaya takkan ada orang bawak motor memalam pandang atas sepanjang mendaki balai cerap tuh. Hoho~

p/s : Takde benda menakutkan pun berlaku sepanjang 4 jam aku kat balai cerap tuh.... :)
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Saturday, April 03, 2010

::~75~:: BBQ SEE BATCH 2006-2010



Salam..


Wahooo.... Selamat Bulan April, bulan bagi mereka yang bergelar student tahun akhir bertungkus lumus menyiapkan segala-benda yang membolehkan mereka semua ber'grad' dengan muka senyum sinis sebagai tanda puas hati dengan usaha2 mereka selama 4 tahun bergelar 'undergraduates-student'. uhu.. mengarut lagi...

Okeh, hari ini sebenarnya saya update blog sebab...sebab... err... takde sebab yang spesifik kot, tapi rasa bosan (sila baca:banyak kerja) bila berhadapan dengan subjek power system analyses ni semua... T__T Tambah lagi dengan kehadiran Mr Thesis yang perlu disiapkan dalam minggu nie.. hailo~ Tanak pikir lagi pasal thesis(walaupun dah buat skit2), nak fikir pasal final exam yang bakal menjelma hari selasa ni dulu... Eh, tak best laa citer pasal thesis2 n final exam ni.... nak cerita pasal BBQ SEE 2010 semalam jek lah.. ok skit kan ? :)

Semalam... bebudak SEE section 01 & 02 telah buat satu majlis makan malam bertaraf lima bintang setengah di sebuah bukit yang tertinggi di UTM bersaksikan keindahan sinaran bulan separuh purnama, iaitu di balai cerap UTM. Alhamdulillah, walaupun takde la meriah mana BBQ tu tapi orang puteh cakap, "bolehlaa... Not bad." :P Mula2, bilangan yang 'attending' dalam fb event around 40 something jek, tapi bila tengok semalam... jangkaan tuh agak meleset bila 2x ganda bilangan dorang yang datang ke BBQ tuh.. Campur lagi, kehadiran mat serta minah iranian yang tak diundang (memang diorang tak diundang pun, sbb dorang ade program lain jugak semalam). Ohooo, actually dalam hati aku pun taknak pergi jugak... tapi, bila didesak oleh rakan2 menggunakan ayat dibawah:


Rakan Pertama : "Azhar, tak best la kalau ko tak pergi. tak meriah laa majlis tuh nanti".

Rakan Kedua : "Oit azhar, pergilah... takkan ko taknak pergi event last SEE tu, nanti merana hidup kiteorang tanpa kehadiran ko..."

Dua2 pujukan di atas still tak dapat menewaskan keghairahan aku yang agaklaa menebal dengan thesis2, psm, dan final exam nie... Tapi, bile seorang hamba Allah yang baik hati pujuk.. akhirnya aku tewas jugak...

Rakan Ketiga : "Baik ko pergi, sebab kat sana ramai awek2 cun... mesti dorang dressing cantik2 cun macam kelab malam version Balai Cerap punye-lah nanti..."

Perjalanan ke balai cerap ---> Sila baca post ini~ :)

Selepas tiba di balai cerap buat kali pertama selama 4 tahun aku bertapa di UTM ni, kiteorang di sambut oleh saudara Rusydi Okeh yang memakai baju-Melayu-lengkap-bersampinkan-songket-berkopiahkan-songkok-tinggi-ala2-zapin-kuno-johor-riau camtuh.. Haha, tipu aje… mana ada orang pergi BBQ pakai camtuh...(ni kalau RS baca mesti die marah2.. hak2x). Dan dalam jamuan semalam, kiteorang disajikan dengan beraneka juadah + makanan yang dibakar.. Ye la, nama pun BBQ.. takkan nak makan sushi king pulak kan ? :D Antara makanan yang disediakan ialah, satey ayam & daging, mihun goreng, ayam bakar, buah tembikai + honey dew, nasi himpit, sosej bakar, jagung bakar and ada 2-3 lagi yang aku tak ingat... Tapi antara banyak2 tuh, aku 2-3 jenis jek aku just amek bau.. sebab, ye laa.. diet. diet. :) eh, jangan terpedaya lak dengan tipu helah aku…exceli 2-3 jenis aku tak makan tapi 7-8 jenis aku ngap semua... Makanan semua, okey la.. berbaloi jugak dengan kadar bayaran RM15 per person (mostly bebudak ni cakap terlalu mahal utk BBQ). So, lepas makan.. ada sesi berkarok2, ucapan wakil2 section, dan yang paling last aktiviti bergambor.. uhu~ Oh ye, aku tak banyak dalam gambar sebab aku adalah jurugambar yang secara rasminya telah dilantik oleh aku sendirik. :P


Dan sepanjang malam tuh, kata2 Paktam masa dia bagi ucapan laa yang paling tersentuh, terharu, terkesima aku dengar…

Pak Tam : “Hello dan selamat malam.. Eh korang, diamlah… Okey2, Assalamualaikum kawan2 semua… Aku tanak cakap banyak.. Aku takde pape nak cakap, cuma… ada 3 benda ringkas aku nak sampaikan tuk korang semua malam nie… For the present, korang2 yang tengah lepak bawak khemah tuh… tolong2 laa plak bakar ayam kat sebelah sana tu. Kesian budak2 yang sama jek dari tadi duk bakar…

Pak Tam : “Dan terima kasih jugak sebab bagi aku pengalaman dan pengetahuan selama 4 tahun aku berada di sini… Aku rasa bangga dan happy-seronok gila laa dapat kenal n berkawan ngan korang semua… Tanpa korang, aku tak rasa aku dapat bertahan sampai malam ni kot kat UTM.. dan tuh tuk masa lepas2…

Pak Tam : “And for the future, semoga korang semua jadi ape yang korang impikan lah… aku doakan korang semua berjaya, dapat kerja yang best2… nanti kalau dah senang2, jangan laa lupe dekat aku, Tam.. Aku tanak korang semua ingat aku masa ni jek, panggil aku dengan “Tam… Paktam”, tapi bila korang dah senang2 dah tak kenal aku lak.... Bila kerja nanti2, ingat lah aku jugak… Mana tau kot2 kalau aku susah, senang sikit aku nak mintak tolong ker, pinjamkan duit korang ker… Tue jek lah… Salam..

Kata2 paktam kat atas tu, hampir separuh la betul (setakat yang aku ingat). Yang kedua tuh, memang terharu sikit la… Yang ketiga tu, ayat last2 tuh buat dua-dua section tergelak… hehe… Lepas 30 minit sesi bergambor, bebudak laki2 & pompaan pun pulang laa ke bilik bagi menyambung kerja2 thesis + study yang xberkesudahan, tapi aku balik terus tidur dengan kekenyangan…(bagus kan lepas makan tidur?) :D

Anyway, tahniah la kepada AJK2x yang bertungkus lumus dalam menjayakan program tuh, sejak dari petang semalam...

P/s : InsyaAllah gambar2 diupload nenati.. sbab tak copy masuk lappie lagi gambar2 tuh…

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |