Tuesday, January 17, 2012

::~111~:: Engineer Muda Berasa Tertekan #1



Salam,

Penat baru balik kerja. Makan tak lagi ni... Malas nak gi cari makanan, tapi aku tahu kemalasan mencari makanan hanya satu perbuatan yang sia-sia. Perut sendiri jugak yang merana nanti.

Hmm... Banyak sangat-sungguh-gila kerja dekat kilang hari ini. Tension, stress, dan pening semua dah bercampur aduk menjadi satu. Macam-macam masalah timbul, kekadang rasa tak tahu nak buat cam mana... nak luah kat siapa pun taktahu. Yang tahu, rasa nak lempang muka orang jeee sekarang. Ade siapa-siapa tak yang nak hulurkan pipi gebu 2 inchi kiri-kanan untuk dijadikan medium pe-lempangan ataupun objek untuk ditampar?? Kalau adeee, bak sini... nak pinjaaammm pipi......!!


Haha. Tajuk Tertekan #1 sebab aku rasa ni pertama kali masalah kerja yang buat aku tertekan-tekan ke dalam perut bumi.. Lepas ni, InsyaAllah akan ada lagi rasa tersebut di dalam diri.... SERIUS, tak TIPU!

p/s : Menjadi jurutera muda di kalangan jurutera yang berpengalaman dan berkemahiran amatlah menyusahkan, memenatkan dan menyerabutkan hidup kerna terpaksa bersaing sambil menimba pengalaman dengan mereka semua.


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Thursday, January 12, 2012

::~110~:: Kerja Aku.


Sebelum aku tidur, aku rasa ada mual-mual nak muntah kalau tak update blog....
Dengan sebab itu, aku terpaksa mengupdate blog ini dulu walaupun daya tarikan empukan katil yang membuak di belakangku ini sudah mula memanggil-mangil, "Zaarz. Zaarz. Datanglah padaku... Ku hangatkan badan mu sampai terlajak suboh besok. jom lah. jom lah". Sebelum aku membalas panggilan tersebut dengan "Tanak, babap karang kang", aku menyemburnya dengan Ambi Pur perisa Fresh and Floral untuk membuatkan dia diam seribu bahasa dan menambah keselesaan tidurku kemudian nanti.. 

Err. ok blur nak tulis ape kejap.
refresh.
refresh..
refresh lagi.... Gotta!

Hari ni aku nak cerita serba sedikit pasal kerja aku. Nak kata mengutuk tuh, takda lah. Nak cakap bangga-bangakan diri dengan kerja sekarang ni, pun tak jugak. Kerja aku biasa-biasa aje. Kerja kilang, mana pernah luar biasa, kan? Tugas aku pun, sebijik macam apa yang diwar-warkan oleh company aku a.k.a RECRON dalam advertisement Jobstreet 5 bulan lepas, 
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, January 09, 2012

::~109~:: Sombongkah Saya?


Dengan lafaz Assalamualaikum.... 
(Ustaz Azhar cakap wajib jawab kalau dengan lafaz, perkataan takpe tak jawab pun~)

Got a new facebook with name Facebookis. Ive registered on Facebookis since last 3 days. Macam biasa, bila baru create akaun laman sosial baru, masing-masing sibuk nak update 'Profile'. Ada yang semangat tulis panjang-panjang dekat about me section, ada jugak buat ala-ala surat kiriman rasmi melebihi  3600 patah perkataan kat Who I Want To Meet tuh, tak kurang juga yang kejap-kejap adjust relationship status, yelah.. mana taknya, asal ada awek cantik baru join>usha>dapat, ada yang lain join, cancel relationship>usha>dapat dan seterusnya. Kebiasaanya lelaki... macam akulah.

Ok. Back to the topic. im not going to tell long x width about "Is Lebah F" or Facebookis baru ni, cuma based on the topic given, i was asking myself and start wondering, "Am i that sombong" when got a message from someone there,

"Salam, sye bce awk punye info... tpi mcm sombg je awk ni... nak knal boleh"?

.......
..........
..............

Ya Allah, if you would like to add me, go ahead... So i did reply her message back,



[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, January 04, 2012

::~108~:: Interface Blogger Baru


Assalamualaikum,

Aku menulis dalam ruangan "blogger-editor" yang baru. Sedang mencari mood untuk menyesuaikan diri dengan new interface ini. Kalau sebelumnya, bila create post boleh tulis panjang lebar, tapi dengan new editor tak rasa sama dengan sebelumnya. Kekok lagi mungkin.

Ah, aku taktau sama ada blogspot yang baru munculkan design sebegini ataupun aku yang lambat guna blogger-post-editor ni. Jom tengok-tengok apa bezanya Old & New Blogger Post Editor.

1. Layout Dashboard. 



[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, January 02, 2012

::~107~:: Pelik ke Rambut Petak?



Apesal asal nak buat into ade aku dah mula 3Bs; blank, blur, blackout.
Aposal asal klik create new post, aku akan terfikir banyak kali sama ada nak buat tajuk dulu ker ataupun nak tulis entry dulu baru buat tajuk ?

2 soalan ni selalu bermain di minda sekarang. Memang dari awal-awal blogging dulu (iklan : aku mula blogging tahun 2009 kut), mesti benda ni selalu kacau setiap kali berhasrat untuk buat entry baru. Haish! Takpelah, abaikan dulu 2 menda tuh. Tulis dulu. Tulis dulu. Tekad! Tapi nak tulis ape yerr..... ? (eh, poyonye!)

Haa.. ada satu benda yang aku nak sharekan kat sini sejak dari minggu lepas. Kemuncak nak tulis post ni 2 malam lepas, dengan segalai-bagai idea masuk mencurah-curah dalam kepala, tapi dek sibuk dengan urusan pencarian nafkah diri, ditangguhkan dulu sampai malam ni. Dan sekarang baru nak start me'refresh'kan balik idea lalu, tapi error 606 aje yang selalu kuar "Error 606 - Idea Not Found". Takpe, aku cuba jugak siapkan post ni. (oh, malasnya nak berjanji!)

Minggu lepas, hari khamis bersamaan beberapa haribulan ntah aku tak hafal pulak, aku ada tukar fashion rambut aku. Yang peliknya, a DAY after gunting rambut tuh, masuk office, jalan-jalan kat kawasan kerja (production area), dealing dengan supplier, pergi pasar malam dan lain-lain situation yang menonjolkan diri aku dengan public atau orang ramai, aku rasa macam pelik. janggal. dan curiouuusss monopaous gegila dengan mata-mata yang pandang bahagian atas kepala aku ni. Ok. Ok. Aku admit yang aku pakai fashion rambut terkini, PETAK. Tapi, teruk sangat ke potong rambut petak sampai kesemua mata-mata yang memandang bagai nak juling nih?Yeye, aku admit rambut petak aku lain la dari yang normal. Cuma tambah jambulaje kat depan. Dengan kata lain, "Rambut Petak Dengan Jambul". Comel apa nama tu? Tapi yang hairanssnya, technians aku, si vietnam tuh asal jumpa aje.....


"Boss. Toink-toink...New hair huh, nice..nice.." (sambil angkat tangan kanan, letak kat dahi buat gaya tabik spring)

Mungkin pada dia, tabik spring itu adalah satu jenis tabik tanda hormat khas untuk para pembesar di vietnam sana. Who knows, kan? Tapi tidak sama sekali bagi aku...Huh!
Yang tech ni pulak, tua pada aku. tapi gaya loya buruknya macam lagi childish + muda pada aku...

"Tuan, berkhidmat tuan. lawa rambut. Mana dapat?"

Si local ni aku rasa nak lempang bertubi-tubi aje.Tapi apakan daya, sudah termaktub dalam peraturan company under bahagian salah-laku dalam company handbook,

"Sebarang kekasaran yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap mangsa boleh dikenakan tindakan surat amaran ataupun dibuang kerja".

*noted* sabar itu separuh daripada iman.

Ada lagi... Clerk yang kaki-mulut-tangan naik balik ke kepala buli tuh memang takyah crita la,


"Azharrrr... mana kau gunting rambut ko tuh. Yang tak tahan ada jambul kat depan tu. Jambul tuah ke jambul rezeki?"
[~Petak is square oh petak is square.. oh oh... (nyanyi rentak trouble is friend, Lenka)~]

Aku pun taktau nak jawab ape. Cuma aku bagi alasan..

"Saya tertido time abang indian tuh potong. Dia potong ikut design hero indian terkini kut, sedar-sedar dah siap. bayar aje la. nak suruh potong lagi, mahu tertidor second round gamaknya. lambat".

Soalan aku, "Agaknya alasan macam tuh boleh diterima pakai tak?" (Geleng 2 kali ke kanan, 2 kali ke kiri).

Dua malam lepas kemusykilan ni melayang-layang dalam minda, aku pun cuba lah dapatkan kepastian dari seseorang yang belum pernah tengok muka aku, sebab kalau tunjuk kat yang selalu tengok muka aku mesti die dapat bezakan ok ke tidak fashion rambut aku kan. So, tanya la pendapat die menerusi webcam, padahal kiteorang duduk satu kampung aje, Nilai. A few seconds after aku on webcam,

OC : "Tak tahan laa aku nak tengok".

ZA : "Kenapa? Teruk sangat ker muka aku. Baru first time tengok, ko dah gelak kan.."

OC : "Takde laa.. aku tengok ok aje. yang tak ok nye, rambut ko tuh... kat mana gunting tuh?"

ZA : "Aduh ko ni, tang rambut lak. Nanti aku wc, aku pakai tudung laaaa kaan.. ."

OC : "hikhik... pergila pakai tudung. nak sangat kan.. "

Tadaa....

[~Maaf, identiti sebenar gambar tersebut terpaksa dirahsiakan bagi mengelak kejatuhan saham beliau~]

ZA : "Ingat nak pakai tudung tapi karang kan dosa plak menyamai perempuan.."

OC : "Haha.... ko ni buat aku gelak ajee...... buanggg laa.. senak perut tengok ni"

Mula-mula aku ingat nak betulkan ayat senak perut tengok dia tuh. Mana ada orang tengok wc pakai perut. Tapi tak jadi, sebab dia duk gelak-gelak lagi kat hujung sana.Serius, die gelak non stop. Aku rasa macam nak taruk traffic light, pastu tambah lagi satu lampu merah besar-besar soh die behenti gelak. isk.

ZA : "Yer. Dah"

tutup webcam. pastu kiteorang terus-menerus gelak sampai... er, bengkak rahang.. mungkin! Wahahaha lagik sekali. Aku ni nak WC dengan orang, agak la susah. Nak buat sengal sampai berkeadaan dalam gambar tu, lagi la payah. Aku taktau sungguh macam mana boleh timbul idea macam tuh. Lepas ni tak boleh buat lagi, jatuh 5% ego nanti. Haish!

So, after talk-talk & tukar-tukar idea malam tu... aku rasa dengan wajah aku yang super tampan ni, adalah sangat tak sesuai bagiku untuk mengenakan rambut petak dengan 2 bijik jambul di depan. Kalau rambut petak aje, mungkin sesuai kut! Ahaa.. Anyway, kalau my Along a.k.a cikgu disiplin penggunting rambut student tegar tuh tengok rambut aku, mesti dia cakap "Macam ni lah adik kesayangan along....... ♥", kan ? love

Zaarz Awang,
020112-1040pm

p/s : lepas ni kalau wc, mesti aku sallotape dulu jambul kiri-kanan tuh kat rambut atas. Kasi tak nampak. Kalau dengan OC, kene tanya dulu, "nak aku sorokkan dulu tak jambul aku ni...?". [T_T]

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |