Wednesday, January 04, 2012

::~108~:: Interface Blogger Baru


Assalamualaikum,

Aku menulis dalam ruangan "blogger-editor" yang baru. Sedang mencari mood untuk menyesuaikan diri dengan new interface ini. Kalau sebelumnya, bila create post boleh tulis panjang lebar, tapi dengan new editor tak rasa sama dengan sebelumnya. Kekok lagi mungkin.

Ah, aku taktau sama ada blogspot yang baru munculkan design sebegini ataupun aku yang lambat guna blogger-post-editor ni. Jom tengok-tengok apa bezanya Old & New Blogger Post Editor.

1. Layout Dashboard. 




Banyak kan beza dia ? Kalau dulu nak buat new post, klik aja kat tab yang ada NEW POST tu. Tapi yang baru ni, buat aku tercarik-cari dulu kat mana tab new post. Mula-mula memang taktahu, lepas main klik-klik baru jumpa, rupanya icon pencil tuh untuk create "new post".

Aku ni jenis suka edit-edit coding HTML. So for sure, everytime aku bukak dashboard, kalau tak create new post pun, aku akan cari tab design untuk taruk apa-apa widget yang sesuai kat blog. Biasa aku ambik widget ni secara random, mana yang menarik aku taruk. (widget boleh didapati di SINI.) So bila aje try change to new interface ni, semua tab-tab lama yang ada dalam gambar di atas aku cari. Serius tak jumpa. Memang blur mula-mula pakai interface ni. Macam interface lama FB tukar dengan version baru yang dipanggil Garis Masa tuh. Korang pun blur kan, aku pun macam tuh.  Biasanya kalau yang lama, kalau nak edit HTML kita kena klik "Design" dulu, pastu baru ada link edit HTML kan? Yang baru berbeza sikit, hang boleh terus klik Template untuk edit coding ataupun Layout untuk taruk widget-widget yang berkenan.

2. Post Editor

Haa.. yang ni aku lebih suka hok lama. Kalau hok lama tu, post editor dia lagi menarik yakni aku boleh taruk js script emoicon dalam post editor. Nak tau ape itu js script emoticons? Haa, ni dia..


Photobucket

Dengan emoticons tersebut, adalah sangat-amat-terlalu senang aku nak taruk emoticon yang comel-comel dalam setiap post aku. Hanya guna satu click, "keliiiik" terus ada gambar cute dalam post aku sebelum ini. Tapi once dah update post editor, js script untuk emoticon tersebut dah tak boleh pakai lagi. Die tak ngam dengan version baru editor ni. Alah, senang cakap macam nak main FIFA 2012 guna windows ME lah. 'Not compatible' orang terengganu cakap. 

Andainya yang baru tak mungkin sesuai dengan kita, kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan yang baru (Zaarz, 2012)
Eh, quote di atas juga boleh diaplikasi untuk mereka-mereka yang baru berkapel yer. Haha. =P

3. Coding-coding Lama
Ada certain coding yang lama tak compatible dengan interface baru ni. Tapi tak semua la, ada yang ok ada jugak yang tak ok. Contohnya, pasal read more. Coding read more aku memang tak compatible langsung. Kalau nak pakai lagi read more tu, aku kena re-edit balik coding tu berpandukan nota-nota yang aku dapat dari Professor aku. Prof aku sorang ni je, tapi nota dia tuh banyak. So kena pandai jugak memilih yang mana satu nak diadaptasikan dalam HTML blog kita.Tapi aku tahu, mostly blogger sekarang advanced, setakat coding read more tuh, selamber badak aje diorang alter. Kalau nak lagi senang, pakai aje yang jump break yang new editor ni punya, hanya dengan satu klik...takyah dah nak taip-taip span class = fullpost, pastu kena letak plak coding tuh kat tempat yang sesuai, kalau tak ada certain paragraph si blogger ni hidekan. haish.

3. Seiri, Seiton, Seikutsu, Shitsuke, Seiso

Susunan tab-tab yang baru ni pun agak menarik dan kemas. Setiap kali aku bukak dashboard, new post ker, aku rasa macam sejuk aje mata memandang dan boleh dikatakan agak bersih (or mungkin aku selalu sangat dengan kekotoran, sampai tengok kemas macam ni pun rasa teruja). Mungkin kat sini ada unsur 5S sepertimana yang di amalkan kilang Jepun untuk menarik para blogger menhupdate blog, kan?
Hmm.. anyway, yang atas ni aku cakap dari segi dalaman lah yang mana kita sendiri yang boleh access. Dari segi luaran (blogspot.com hang) takde pape perubahan pun. Sama aje. =) So terpulang nak pakai mana-mana interface, aku prefer yang lama. Tapi sampai masa tukar baru jugak, tanak lah jadi mundur dengan keadaan semasa. Kang nanti anak saudara umur 9 tahun reti pakai interface baru, aku ni terkapai-kapai mencari anak kapai pulak dengan interface baru ni. Kalau korang nak tengok lagi pasal interface baru ni, boleh la terus ke link INI. Aku cite pun yang aku teruja aje. =)


mininote : Ah. takde dah icon-icon comel tuh. =(

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |