Tuesday, January 17, 2012

::~111~:: Engineer Muda Berasa Tertekan #1



Salam,

Penat baru balik kerja. Makan tak lagi ni... Malas nak gi cari makanan, tapi aku tahu kemalasan mencari makanan hanya satu perbuatan yang sia-sia. Perut sendiri jugak yang merana nanti.

Hmm... Banyak sangat-sungguh-gila kerja dekat kilang hari ini. Tension, stress, dan pening semua dah bercampur aduk menjadi satu. Macam-macam masalah timbul, kekadang rasa tak tahu nak buat cam mana... nak luah kat siapa pun taktahu. Yang tahu, rasa nak lempang muka orang jeee sekarang. Ade siapa-siapa tak yang nak hulurkan pipi gebu 2 inchi kiri-kanan untuk dijadikan medium pe-lempangan ataupun objek untuk ditampar?? Kalau adeee, bak sini... nak pinjaaammm pipi......!!


Haha. Tajuk Tertekan #1 sebab aku rasa ni pertama kali masalah kerja yang buat aku tertekan-tekan ke dalam perut bumi.. Lepas ni, InsyaAllah akan ada lagi rasa tersebut di dalam diri.... SERIUS, tak TIPU!

p/s : Menjadi jurutera muda di kalangan jurutera yang berpengalaman dan berkemahiran amatlah menyusahkan, memenatkan dan menyerabutkan hidup kerna terpaksa bersaing sambil menimba pengalaman dengan mereka semua.



Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |