Wednesday, December 21, 2011

::~103~:: Awas Dengan Penyeluk Saku!


Assalamualaikum,

Dah pukul 10.22pm. Awalnya untuk tidur, tapi mata dah layu semacam. Edi & Edina pun dah tidur gamaknya tuh. Senyap aje dalam bekas aquarium bersaiz 15" x 10" tuh.

Hmm... sesambil menunggu anime naruto ni abis di download, nak share la satu cerita 2-3 hari lepas. Kisah si mangsa penyeluk saku. Haish, sekarang memang berleluasa betul kes penyeluk saku dan kes ragut kan? dalam train, dalam bas, walkaway, even tengah bawak motor pun sempat lagi buat kerja tak bermoral tuh.

Kisahnya, aku ade la kuar jejalan ke midvalley. Nak jumpa Kak Sal, sibuk. Nak jumpa kawan lain, semuanya 'on holiday'. Time naik KTM, ada lah seorang pakcik ni duk bising & kecoh-kecoh. Orang pun penuh mengadap dia time die dok bising-bising dalam tren tuh. Aku ingatkan ape, nak jugak tahu whats going on in the train kan. So aku memang berdiri di sebelah pakcik tu, tanyalaa macam ni...



Aku : Kenapa Pak Cik?

Pak Cik : wallet kene curi. tadi ada sekarang bila dah check dah takde..

Aku : Laa... bila lak kena tuh? stesen mana ?

Pak Cik : Baru aje tadi, time bersesak-sesak dengan orang nak kuar tadi.

Aku : Pakcik tak rasa ker kene seluk tadi ? tak perasan langsung ?

Pak Cik : Masa pakcik mula-mula naik kat KL sentral tadi ade lagi, rasa jugak ada org sentuh belakang masa nak kuar. tapi tak expect pulak wallet kene seluk.

Aku : Memang pakcik. Biasa diorang buat keje ni, cepat. Sedar-sedar dah takde. Saya pun pernah kena jugak, tapi nasib baik sempat tepis. Orang ramai, berasak-asak.... lagi senang la diorang nak buat kerja ni. Diorang ni dah dapat, terus blah la.

Pak Cik : Yelah... pak cik pun kalut tadi, ngan anak2 tadi. Nak bawak diorang pergi balik PD, tiket diorang ngan pakcik ada simpan dalam wallet tu. Ni susahla, nak kuar cam mana kalau takde tiket... IC, kad bank pun ada kat dalam wallet tuh.

Sambil tengok-tengok anak-anak pakcik tu, sorang lelaki dan sorang lagi perempuan. Yang laki tuh dalam baya anak sedara aku yang umur 5 tahun kot, pompuan lak dalam darjah 3/4. Pandangan pun beralih kat mamat belakang pakcik tuh,

Aku : Ko tak perasan ke siapa belakang pakcik ni tadi ?

Mamat : Tak perasan plak. aku menghadap ke lain, memang ada orang belakang aku tadi.

Pak Cik : Ade tadi orang. Pakcik menghadap lain, dia ni menghadap lain. Yang duk tengah2 antara kiteorang tadi tuh la... takde orang lain lagi.

Mamat : Aku rasa die jugak... tapi tak tau la, sebab sesak sangat kat Kl sentral tadi. Biase kes seluk2 ni kat KL Sentral, Mid jek...

Aku : Haah. memang sebab situ la ramai orang naik-turun. nak2 time balik keje. penuh. Tuh aku beringat simpan wallet awal-awal kat poket depan. Serik kena sekali dulu. Nasib baik tersedar dulu. Cam ni la pakcik... cube pakcik buat repot dompet hilang dulu kat balai polis. Ape2 pun kene ada repot dulu, at least bila ade urusan rasmi nak buat, boleh tunjuk repot tuh sementara waktu.

Sambil bawak wallet dari poket belakang, letak dalam poket depan belah kiri... Aku pun cubit-cubit pipi anak perempuan dia sambil senyum kat anak laki die. Cuba borak, tanya nama, umur ngan skulah kat mana ngan anak perempuan dia bila tengok dia tengah sedih dengar kesusahan-hati-bapak dia tu.

Pak Cik : Kene buat report polis gak ke ? adus, habislah. IC takde. Kad bank takde. Kad OKU anak pun dalam wallet tu. Anak pak cik ni OKU, kena buat balik la kad tuh nanti.

Dan tibe-tibe anak perempuan pakcik tu sentuh belakangaku & bersuara,

Anak P : Abang, dompet abg pun takde jugak kerr... ? (mata dia tengok kat poket belakang aku)

Aku : Takla dik, abg dah letak kat depan ni ha.... (pusing badan). Hehe. aku cubit lagi pp die. pandaii.. thanks.

Pastu orang-orang y duk berhampiran & tgh mendengar perbualan budak perempuan tadi, semua ketawa. Haha!

Sebelum aku turun dari tren tu, aku nasihat pakcik tuh tuk terus pergi Balai Polis Seremban utk buat repot. Btw, sempat jugak aku sedekahkan duit RM10 (ingat nak bagi lebih,tapi serius dalam wallet ade RM10 aje) kat budak perempuan tu. Kasi buat tambang untuk ke PD, tapi rasanya tak lepas kut dengan RM10 tuh. Aku just cakap,

"ni aje yang mampu saya bagi pakcik. Ikhlas. Ambik la, buat tambang anak2 p PD nanti".

Heh. Bila difikirkan balik, rasa haru jugak seorang engineer tak cukup umur bawak duit RM20 jek pergi Midvalley. Rm10 tuh pun dah digunakan sebagai duit tambang pergi-balik. Balance ada RM10, aku taktau pulak ape yang mampu dibeli dengan duit RM10 tuh di midvalley, aisey. Sengal sungguh-sungguh rasanya.

p/s : Dalam kes lain, kak sal pun pernah kena ragut time die bawak motor dekat KT dulu. Kalau aku ada, memang aku kejar balik si peragut tu. Nasib baik kak sal takder pape, kalau tidak.. fuuhh..aku carik si penyeluk saku tuh sampai liang lahad la. Sampai sekarang kak sal fobia naik motor bawak hand bag. Cilakak betul peragut tuh. So korang kalau pergi mana-mana, berhati2 lah selalu. Duit tuh jangan taruk banyak sangat dalam wallet/purse/handbag. Nak keluarkan duit pun, jangan tunjuk2 sangat yang kita ni banyak duit (melainkan aku yang selalu bawak duit tak cecah RM100) dalam wallet tuh, tapi keluar la setakat yang perlu. Elakkan la diri sebelum menjadi mangsa ragut kan.



Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |