Saturday, December 24, 2011

::~104~:: Kantoi Dengan Dokter (Part 1)



Dulu kalau masa belajar, semangat fikir panjang-panjang nak kerja apa, dekat mana, gaji berapa kan... Tapi sekarang bila dah kerja, dalam kepala tak lain tak bukan... mesti benda ni aje yang dok muncul-muncul dalam mentol 30Watt kaler kuning tambah dengan tanda seru sekeliling mentol tuh...

  • bila laaa nak cuti panjang ni.. Nak balik kampung pun lak, rinduuu sangat dekat ayah, mak, bini, bakal tunang, ayam kampung pisang, pulut panggang segala bagai..
  • lambatnya pukul 6. Lepas pukul 6 nak gerak ke McD la, ajak geng-geng serumah reramai..
  • mengantuknya, kang best dapat tidor kat bilik sambil pelok bantal bulat getel.
  • port mana nak mengulor-ngulor dulu sebelum asar ni ek..

Pernah tak rasa macam malas nak pergi kerja sampai nak ambik AL/NPL/MC or dengan kata lainnya, cuti-bukannya-datang-bulan? Aku pernah. Baru semalam... Tak caya, nengok!


Oho....

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun, sebab tech. aku cakap kalau pergi awal pagi, Dr tak banyak masalah... so nak dapat MC pon sonang. Aku nak carik MC pon buat meeting khas dulu dengan tech-tech aku (yang menyokong lah).

sehari sebelum...

Di Maintenance Workshop-Meja Mesyuarat Masuk Kanan Keluar Kiri
Masa : 3.45pm

Aku : Aku nak cuti esok. MC. Korang ada idea tak klinik mana senang dapat MC?

Senyap. Masing-masing macam tak percaya makhluk yang tak pernah cuti MC nak MC. Buang karan ker ape dia nie.

A. Leader aku jawab...

A.L 2 : Nak MC betul ke main-main ni?

Aku : Betul la. Tak larat nak kerja besok. rasa macam nak sakit jek ni.

A.L 1 : Cish. malas datang lah tuh. Kalau nak senang MC, pergi Klinik Ravi la... Hari tu aku pergi klinik die.. muka senyum-senyum macam orang lulus jawab akad-nikah dengan sekali lafaz, Dr tu tanya "sakit apa?", terus aku jawab "tension. stress. emotional disorder". Tak saja-saja dapat 1 hari MC. Ko cuba lah..

Aku : Erk. Stress dapat MC? Takkan aku nak guna alasan 'stress' kot. Keje hari-hari takde keje. Toolbox nak berdamping ngan aku pun segan, tak layak dengan dia katanya. *eksyen*. Pukul berapa ehh klinik buke?

A.L 2 : Pergi je pukul 7 bos. Lagi pagi pergi, lagi senang dapat MC. Lagipun kalau buat alasan sakit pepagi tuh, macam kukuh sikit. Kalau pergi malam, Dr bagi ubat besok dah baik boleh pergi kerja. Susah nak MC.

Aku : ooh. biasa korang cari alasan ape nak MC tuh?

A.L 2 : Tanya dia ni bos. "Tok Bomoh MC Weaving Plant". Orang lain MC 14 hari setahun abis 2-3 hari, die sampai terlajak MC. Mengalahkan orang tuo nak mati pakai Hantu Raya sakitnya.

A.L 1 : Buat jek alasan stress tadi. Takpun sakit dalam... (sambil letak jari telunjuk dekat tepi dahi~pusing2 arah jam)

ZzzzZ....

So, lepas semalam pikir alasan apa nak guna tuh, pagi dapat jugak idea yang bernas yang memang mana-mana Dr absolutely confimately definitely tertipu...

2. Kaunter Pendaftaran Klinik Ravi.

Masa : 7.13 am


Elok-elok pukul 7.15 pagi, aku orang ketiga sampai kat klinik Ravi. Lagi dua orang terawal tuh, kakak-kakak jururawat klinik. (So berapa orang kakak jururawat klinik kat sini? Cuba teka. cuba-teka.)

Aku : Hi, saya nak daftar.. first timer.

Jururawat Wanita 1 : Maaf dik. Dr takde. Pukul 9 baru boleh jumpa..

Muka aku blur. pastu Blank, then reply dengan nada slow...

"Aku bukannye nak jumpe Dr. Aku nak MC je.... "

Aku pun angkat kaki. Start motor dan berlalu pergi. Klinik Ravi (click utk tengok maps) yang letaknnya di Taman Semarak 2, deretan CIMB bank tu ditinggalkan. Tapi......dalam hati, tak puas hati lagi dengan klinik tu. Kalau tau Dr masuk pukul 9, yang depa p bukak klinik pukul 7 pagi tuh buat apa. Tembak arrow-blazing-fireball tertera 'Bongek' dua kali dekat nurse-nurse tuh.

Cuba carik klinik lain, tapi semua tutup. Yang ada nya klinik Salak, tapi macam susah nak dapat MC walaupun 24hours. Perkena breakfast nasi lemak lauk ayam masak merah + peparu masak pedas. Mahal. Ringgit Malaysia 5.50 sahaja. Menyesal bangun cari MC pagi tuh. Kalau terus pergi kerja, breakfast ngan biskut Julie's pun dah cukup. Serius!

Agak-agak dekat ngan pukul 9am, aku pun gerak sekali lagi ke klinik tadi. Klinik Ravi. Alhamdulillah (oi, nak menipu pun kena bersyukur ke?), aku antara patient-to-be ke 2 terawal kat klinik tuh. So cepat-cepat serah kad medical checkup Recron kat kaunter,

Aku : Saya nak jumpa Dr.

Jururawat Wanita 1 : Eh awak. Datang lagi.

Aku : Haah. Tak tahan Cik. Sakit sangat dah ni.

Jururawat Wanita 1 : Mintak IC.. Awak duduklah dulu.

Aku : Ok.


So duduk la kat kerusi panjang yang biasa terdapat kat mana-mana rumah tok bomoh tuh. Tunggu Dr. Punya la lambat Dr tuh masuk kerja, sampai aku sempat mengelamun.

"Menyesalnya jadi engineer. Kang seronok kalau jadi Dokter. Datang kerja pukul-suka-hati. Balik kerja ikut-rasa-hati. Gaji besar. Nurse cantik-cantik walaupun India mari. Haish!"

******

Jururawat Wanita 1 : Ahmad Azhar. Masuk...

Tak dengar. Panggil lagi. Pandang aku-lah. Manja sikit please!

Jururawat Wanita 1 : Ahmaaddd Azhaar Laaa!!!!

Ayoyo. Slang keling dia tuh boleh buat mak ayah aku yang duk terengganu tuh terkejut sekali. So aku berjalan masuk, jumpa Dr India...

Dr : Ya Encik Azhar... Duduk sini. (sambil tepuk-tepuk kerusi alas getah) Sakit apa ya?

Memang akan jadi satu rutin kat mana-mana klinik, hospital, rumah obat, mahupon rumah urut, pesakit masuk bilik doktor, dan doktor mula bertanya sakit apa. So, part aku berlakon di luar kawalan pun bermulalah..

Aku duduk. Senyap. Tapi tangan mula pegang perut.

Aku : Sakit perut Dr. Dari semalam lagi ni.. (dua-dua tangan pegang perut).

Dr :
Ye ka? salah makan ke? ada cirit-birit ?

Dr tuh ambik strerosrekop sokilopsposetskop setresoesakop ke amende mende alah tuh, check perut aku.

Aku : Tak aaa Dr. Semalam saya ada makan ayam penyet je. Tak salah makan rasanya. Tapi memang ada cirit birit la semalam. Kentut pun busuk aje.
Dr : Kentut busuk tuh sebab awak makan telur ayam penyet. Ni saya check semuanya ok jek. (Macam perli bunyinye...)

Perghh Dr ni. Sampai kentut aku yang belum dilepaskan lagi pun dia dah tahu sebab telur. Tahan perut. Tahan Perut. Berlakon lagi.

Aku : Eh takde la Dr. Memang saya cirit dari pagi tadi. Ni pun rasa lagi sakit perut.

Aku tahu Dr ni memang tak tahan lama-lama dengan pesakit, ye lah berapa ratus orang pesakit dalam sehari kan, macam-macam perangai pesakit ada. Takkan dia nak layan semua perangai pesakit dia kan? Dr tuh pun mula mengalah. Gagal detect sakit yang betul bermakna macam parti yang kalah undi dengan majoriti 44 undi.

Dr : Ok kalau macam tuh, takpa lah. Saya bagi awak ubat sakit perut, cirit birit, muntah2 dan angin..

Tapi aku ni jenis yang "selagi tak capai matlamat, selagi tuh tak patah balik".

Aku : Satu lagi Dr. Rahang saya ni sakit. Taktau kenapa, nak makan pun susah. Sy ni ada gastrik, bila tak makan datang menjelma la gastrik tuh dalam bentuk kesakitan. Dulu pernah kena inject gak.

Dr :
Kat mana sakitnya? Dan kat mana kena inject tuh.. ?

Aku :
Rahang sakit kat sini...Belakang gigi bongsu. Pastu jadi gastrik kalau tak makan. Kena inject kat sini... (sambil tunjuk dekat bontot belah kanan).

Dr : Bukan. Maksud saya inject kat klinik mana? Sini or lain ?

Lahabau Dr ni. Semangat aku anggkat punggung tunjuk tempat injection tuh. Lainkali ayat tuh kasi lengkap sikit bila berbicara dengan patient yang betul-lurus-straight ni.

Aku : Oh. Kena dekat gov hospital when i was working there few months back.

Dr :
Takpelah. Saya bagi ubat gastrik kat awak. Pasal rahang tuh awak kena consult dengan Dr gigi lah. Ada apa-apa lagi ?



YES! Soalan ni aku tunggu lepas 15 minit yang penuh dengan kepura-puraan dalam bilik Dr tuh.

Aku : Aku : Eh. takde la baru. Lama dah. Tapi segan nak pergi klinik jumpa Dr.
Ada Dr. Hari ni saya kerja. Nak mintak MC lah kalau boleh. Agak lewat kalau pergi kerja sekarang.

Dr :
Sure. Nanti saya bagi..

****

So matlamat dah tercapai. Hip Hip Hoorey! celebrate
Tapi kantoi jugak dengan Nurse time ambik ubat kat farmasi klinik tuh.
Ni sebab dia dah tengok semua maklumat medical card aku tuh... adeh!

Jururawat 2 : Baru kerja kat Recron yer... Nak habiskan MC ngan medical expenses ea?


Aha. Alasan budak tadika aku bagi untuk nurse yang banyak bertanya. Haiseh. Malu jugak kantoi dengan Nurse. Lepas ni kalau nak pergi klinik, kena pergi klinik yang ada nurse tak cakap banyak lah. Nak communicate pun, guna bahasa isyarat. Lagi bagus.

So mission successful. Tapi ada lagi... peristiwa lepas dapat MC. Tanak la cerita kat sini terus, kang panjang-panjang aku storey morey, ada lak terleleh sini.

******

***BERSAMBUNG PART 2!~




Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |