Sunday, December 25, 2011

::~105~:: Kantoi Dengan Dokter (Part 2)



Sambungan dari post sebelumnya..... : Kantoi Dengan Dokter (Part 1)

Part 2 :

Dalam pukul 10.30am, bertalu-talu mesej masuk inbox :

~Dari A.L 2 : "Salam bos, masuk x rinie.... baik masuk coz PIC xdo ri ni, so kalau bos tak datang ssh lak... bek dtg yoo..."~

Aku tau, budak aku ni saja nak suruh aku datang sebab kalau aku tak datang, maka dengan rasminya dia lah yang replace aku untuk menunjukkan muka yang tak mengantuk time meeting. So aku reply;

"Sorry laaa A.L 2. Aku tak dapat datang. Ingat nak menipu aje nak MC, sekali betul-betul sakit. Tak tahan dah sakitnya nie.... sampai panggil, omak...omak...".

~Dia jawab balik : "Yo laa tuh. Sakit betol baru padam ngo muko".


Yang Ke-2.
~Dari technician. "Boss, masuk 11rini. Sakit perut."

Maka aku yang slumbernye tak masuk satu hari pun reply,

"Ye. Takpe-takpe. Jangan tak masuk pulak kul 11 nanti...Orang takde ni".


~Yang ke-3 : Dari clerk. "Salam. Dapat MC tak? Akak dah apply MC ko. Esok ko bg MC dekat kak rozie jek"

Hah. Dengan clerk pun aku berpakat sekali nak MC. Suruh dia apply MC awal-awal. kalau tak dapat MC, Non Paid Leave pun jadiklah. Yang penting hari jumaat minggu kedua terakhir di tahun 2011, dapat cuti. Aku cepat-cepat reply, yelah rakan subahat kan mana boleh reply lambat-lambat.

"Dapat aje kak. saya kan jujur. Mesti dapat. Terima kasih akak. Memang terbaik dari kampung Laut lah..."

~ Clerk : "Poyo! Seb baik dari kg, tak dari ladang..."


Teettt teett...

Ada lagi mesej. Kali ni bukan dari clerk, tapi dari technician section lain. A.K.A kawan aku la.

~ "Hoi... Ko kat mana? Datang padang cempaka, re-match dengan bebudak minggu lepas"

Aisey. Masalah betul mamat ni. Aku taktau cam mana cepat aje berita aku dapat MC tersebar kat dia. Ajak re-match bola pun macam ajak gangster turun ber gaduh kampung Laut vs Kampung Ladang. Oh, rematch bola ni sebab minggu lepas kite orang kalah, 3-1. Tak puas hati sebab group above 24 vs under 17, kalah 3-1. Budak Sekolah tuh kot beb. Haha. Malu aja geng besor kalah ngan geng kecik. So aku reply,

"Aku MC ni. Baru balik klinik nie...."

Tettt.. Tett.. Hp vibrate sekali lagi.

~"Haa. aku tau ko MC. Tuh aku ajak ko datang. Cepatlah."


ceh. Konfirm. Kantoi lagi MC dek ada orang bagitau kat dia. Ampeh betul. Btw, ni ada gambor ubat yang aku taktau nak makan or tidak. Karang makan, berdosa sebab tipu. Tapi kalau tak ambik, rasa rugi pulak. 45 hinggit malaysia tuh kut. Rasa-rasa, patut tak aku habiskan ubat-ubat ni?


penseltekantekan : Lenkali nak menipu, takleh beritahu orang ramai-ramai. Nanti cepat aje penipuan tuh kantoi.


Zaarz.
251111~1230


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |