Sunday, February 28, 2010

::~69~: Banjir dan Pukulan-Rotan-Cara-Perempuan


Pernah tak korang terperangkap dalam banjir ?

Saya memang tak pernah langsung-langsung teperangkap dalam banjir nie, apatah lagi merasai pengalaman terperangkap dalam banjir tuh. Tapi, nak dijadikan cerita... masa cuti semester lepas, kejadian yang tak pernah dialami tuh melanda diri, menjadikan ianya satu sejarah yang bakal saya ingat untuk 10-20 tahun akan datang.

Kejadian tu berlaku dalam penghujung bulan November tahun lepas, bila seorang kenalan sangat-rapat saya merangkap guru disiplin di SMK Padang Kemunting mengajak saya untuk ke sekolah beliau bagi membuang bebarang yang dirampas dari budak-budak sekolah tersebut sepanjang sesi persekolahan tahun lepas. So, si cikgu displin ataupun lebih tepat dipanggil "Cikgu Bermisauuu Tebal" oleh pelajarnya ni pun suruh lah saya membonceng motorsikal Honda beliau yang dikatakan amat digeruni oleh pelajar SMKPK dengan ke'gah'an dan ke'ngeri'an motorsikal tersebut mengejar pelajar-pelajar yang ponteng sekolah mahupun turut merempit bersama-sama mat rempit yang masih memegang title "budak-sekolah" tuh.

Seperti yang sudah termaktub dalam buku geografi form 2, bulan 11 nie merupakan permulaan bagi musim banjir di Pantai timur. Dan begitulah jugak dengan keadaan di sekitar SMKPK tu, jalan-jalan masuk ke sekolah memang dinaiki air. Nak cakap dalam tu, takde la sangat. Tapi bagi budak-budak kampung kat situ, air setinggi 0.3-0.5 meter tuh cukup la untuk membuat putaran-terjun-bebas-ala-dolphin diorang...




So, disebabkan kebanyakkan jalan utama ke sekolah dinaikki air, memang dah nak batalkan usaha buang bebarang rampasan hari tuh. Ketika 'stuck' dihadapan jalan bebanjir tersebut, tiba-tiba datanglah seorang budak sekolah yang masih lengkap berpakaian baju sekolah menegur kami berdua pada hari tu,

Budak Sekolah : Oit cikguu... Cikgu nak ke mana.. ? (sambil memerhatikan saya pembawa motor cikgu displin tersebut)


Cikgu Displin : Cikgu nak ke sekolah, ada kerja skit. Tapi jalan ni naik air dah.. Tak lepas ngan motor nie kot. Mat tahu tak jalan mana yang agak-agak boleh ke sekolah ?

Saya terus berdiam dan dalam hati saya masa tu, "slumber je budak ni panggil abang aku 'oit', kalau aku panggil camtu mesti kene baling dengan penampar double-swing dah.."

Pastu, budak sekolah yang digelar dengan panggilan Mat tu pun berkata....

Budak Sekolah : Jalan nie le-pass laa cikgu, tuh.. budak2 tu slumber jek harung air ngan motor (sambil menunjukkan 2-3 orang budak yang naik motor sedang 'harung' air).


Cikgu Displin : Tue pun macam tak le-pass je.. cikgu bawak adik cikgu, berdua lagi tak lepas kot. Takut mampus dalam air, rosak lak motor ni..


Budak Sekolah : Kalau cikgu nak selamat, cikgu try lalu ikut jalan kampung belah atas sana lah.. Tadi saya lalu le-pass jek..


Cikgu Displin : Jalan tu le-pass ke nak lalu ngan motor ? Kalau gitu cikgu tryla..

Lepas tu, Along pun menyuruhlah saya bawak motor ikut jalan yang
disuggestkan oleh budak Mat yang dikatakan antara pelajar harapan SPM 2009 sekolah SMKPK tu... dan alhamdullilah, tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka idea budak Mat tadi tuh.. memang jalan kampung tu, satu-satunya jalan yang selamat dilalui...

Sampai kat sekolah, saya pun ikut la cikgu displin tuh ke "Bilik Displin Peribadi" beliau. Bila masuk, kosong. Sekolah baru, bilik pun baru.. kosong tanpa sebarang hiasan dalaman lagipun (serius nak tergelak bila tengok bilik guru displin macam Gua Bertapa yang bergema bila ada bunyi). Bila usha-usha kat satu sudut tuh, ngaaaaa~ terlopong terus mulut bila tengok penuh ngan barang2 rampasan... Then, usha-usha laa plak rak yang tertulis "Semakan Displin Pelajar".. Pastu curi-curi baca jap, tengoklah rekod displin sekolah tuh.. Alhamdulillah, takdelah teruk sangat.. Tapi boleh menyayat hati gak bila tengok kadar kesalahan pelajar yang dilakukan tuh. Makin lama baca.. makin teruja bila tengok student perempuan (sekali lagi, PEREMPUAN) byk lagik buat salah dari lelaki, then tiba2 kena sergah...


Cikgu Displin : Azex, jangan tengok rekod tuh.. tu rekod skolah, sulit... pengetua dengan cikgu displin je boleh tengok..


ZaaRz : Oh, ye ke ? Sorry2... Tapi hebat lah pompuan sekolah ni, kalah laki.


Cikgu tu berdiam, sambil terus buat kerja-kerja beliau...
Saya pun usha la kerja-kerja yang sedang beliau buat tuh, sekali lagi mulut terbuka luas.. ngaaa~ ni barang2 rampasan semua ke ?

Cikgu Displin : Haah, ni yang along rampas dari student2 ntuk 2-3bulan lepas jek.. yang sebelum nie, banyak lagik... dalam seguni lebih...


ZaaRz : banyak gile.. Ape yang ade dalam tu ?


Cikgu Displin : Tali pinggang, gunting, pisau ramboo, pewarna, gincu, bla bla bla..


[~Along sibuk meneliti bebarang rampasan~]

ZaaRz : Tali pinggang pun kene rampas ke ? kan bagus kalau bagi kat arif tali pinggang camnie, mesti die suka...

Cikgu Displin : Tak leh, ni harta sekolah... tak boleh guna untuk kegunaan diri sendirik. Tapi sayang jugak, semua elok2 tapi kena buang.


ZaaRz : tue lah.. baik bagi kat Aya ker, arif ke.. dapat gak pahala.


Cikgu Displin : Dapat pahala koroks kering mu, ni harte-bende koloh.. hok sekolah lah...
(Translation : Dapat pahala *^*&%@#%#@ engkau, ni barang kepunyaan sekolah)


[~Dalam tempoh 2-3 bulan di akhir persekolahan da boleh generate barang rampasan banyak ni..~]

Saya pun terdiam dan terus duduk kat kerusi cikgu disiplin tu, konon2 berlagak macam cikgu displin la kejap.... pandang bawah, whooaaaa~ teruja buat kali ketiga lepas tengok 3 batang rotan yang berlainan saiz, warna, serta balutannya (rotan berbeza mengikut tahap kesalahan dan gender student). Lepas Along tengok saya macam teruja dan semangat bermain2 ngan rotan yang paling tebal antara 3 tuh, Along pun panggil;

"Azex, wat mari sini rotan tu.. bukan gitu cara2 merotan...
marisini"

Dengan penuh sopannya, saya pun bagi rotan kat Along bila dimintak berbuat demikian.


Along pun bagi laa 2 das pukulan rotan kat punggung saya sambil berkata,
"Nie pukulan untuk perempuan.. dekat punggung. Angkat setengah badan macam nie"

sambil pukul lagi 1 das kat saya..


Dengan penuh tergamam dan ketidakpercayaan menguasai diri
busuk, saya pun berkata..

ZaaRz : Aduh, bakpee Aya jadi mangsa nye...
:sorry:

Along : Doh azex maing nge rotang ngat tadi...
(translation : Habis tu Azhar main2 sangat dengan rotan tadi)

ZaaRz : Okay lee, kalau gitu aya keluar tengok2 kawasan sekolah je laa...

Saya pun keluar la dari bilik displin tersebut, sambil menggosok2 punggung yang tak berdosa akibat dari 3 das pukulan-rotan-cara-perempuan tadi tuh...
:puppyeyes:

bersambung......
****

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |