Saturday, March 20, 2010

::~73~:: First Time Kene 'Tag'.


::~UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNAKAN SEKARANG::~


[~Destop Background aku...~]

::~CERITA PASAL GAMBAR~::

Eh, nape tak caye ke aku taruk gambor kad kawen jadi wallpaper lappie aku? Memang aku terdesak sungguh-sungguh nak kawen sekarang. Dua kad kahwin tuh la jadi sumber inspirasi malahan pemangkin yang mengatakan aku dah matang, dewasa serta boleh kahwin dengan mana-mana gadis bunian yang turun dari langit. :woooh:

Ekceli, gambar ni dah dijadikan wallpaper aku sejak sabtu minggu lepas... Actually, sabtu minggu lepas ada sorang kawan aku, Nadieya atau Nad atau Aya, da menamatkan zaman bujangnya bersama pasangannya.. So, at first aku ingat aku dapatlah balik gannu minggu lepas tuk pergi ke majlis kawennya tuh... Tapi disebabkan kekangan masa, dan sibuk dengan segala-bagai kerja yang kuar dari perut bumi.. tak dapat laa nak menjalankan kewajipan mendatangi undangan perkahwinan tuh.. Dan kalau korang lihat, ade satu lagi kad berwarna silver tuh... kad ni datangnya dari cik Nordiyana Syafiqah yang specially give it directly to me when i was visitting Bob dekat KL dulu. Tapi bukan lah cik NDS yang kawen, yang kawennya anak perempuan bongsu kepada anak datuknya yang nombor dua. Secara ringkasnya, adik mama die yang kahwin. :) But still, tak dapat nak memenuhi kedua2 undangan ni.. Sorang dekat terengganu, sorang dekat N9. Confuse nak pergi yang mana, last2 tak pergi dua2.. jahat sungguh kawan-mu yang bernama Azhar ZaaRz (Azhar baik, ZaarZ ni jahat skit) ni...



::~BILA KALI TERAKHIR ANDA MAKAN PIZZA~::
Aik, kenapa tiba2 soalan ni yang keluar ? Aku ni jenis tak suka sikit roti yang tak dibakar dengan toaster kesayangan aku, so pizza pun mengalami nasib yang sama la. Anyway, still cant remember bile kali terakhir aku makan pizza, but i guess it was around 2-3 months ago. Masa tu, Abg Yo yang belanja.. Beli pizza dekat shopping complex baru di kuantan, East Coast Mall. Satu kompleks ECM tuh kiteorang pusing just tuk cari Kedai Topi Merah tuh..


::~LAGU TERAKHIR YANG ANDA DENGAR~::
Lagu dangdut yang mubarak nyanyi dekat U-Mall semalam. First time aku tengok budak dean's list yang 24 hours bersama buku nyanyi lagu dangdut... duet dengan budak paling pendiam kat galaksi bima sakti plak tuh. Haha. Congrats mubarak, hanya-suaramu-yang-parau-tanpa-goyang-gerudi-inul dah cukup membuatkan aku cair meleleh2.. Tak caya ??


[~Mubarak + Hafiq = Pasangan Bahagia love ~]

::~APA YANG ANDA TENGAH BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI?~::
Err... Kene bagitau ke ? Hailo~ Baik.. Baik... Aku tgh balas msg my fake gf. T_T Alahai, kenape lah aku kene taruk fake tuh... takpe2, nanti aku cerita reasonsnye selepas mendapat kelulusan dari fake gF tuh. Hailoh~


::~SELAIN DARI NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APA?~::
1. Aya (family)
2. Ajex (Along panggil)
3. Azhar (utk sape2 yang baru kenal)
4. Abang (Arip, Dahlia)
5. Az (closed friends)
6. ZaaRz (Semua lapisan masyarakat, tua-muda, kecik-besor, pendek-panjang).
5. Honey Boney version list :

V1.0 - Honey Boney - Cik Aish (pencipta utama!)
V1.01- Mr. Honey Bunny & Arnab Madu - Bush. Paktam. Mubarak. Rusydi. Haziq.
V1.02 - HoBo (aku rase singkatan Honey Boney kot. Manelah ko belajar shortform gini jijo~)

Tapi tahniah lak kat cik aish, habis satu batalion kengkawan fb panggil aku honey boney. (Teringat dekat chiki ngan cimey dulu. T_T)

::~TAG LAGI 8 ORANG~::
1. Anis
2. Bob.
3. Madihah
4. Awin
5. Dahlia Johari (lia kene jawab b4 balik kolej)
6. Semua.
7. Kawan-Kawan
8. Bloggers. (bace 6,7,8 serentak).

::~SIAPAKAH ORANG NO 1 KEPADA ANDA?~::
Dia merupakan kawan baik saya yang tengah sibuk bermain-main dengan PSM. :)

::~NO 3 ADA HUBUNGAN DENGAN SAPA?~::
Madihah ? Er... mestilah die sentiasa ada hubungan dengan seorang lelaki dan perempuan sejak 23 tahun yang lalu. Ok2.. hubungan anak bersama ibu-bapa, tak salah kan ? :)

::~BAGAIMANA PULA DENGAN ORANG NO 4?~::
Orang nombor 4 ni adalah seorang gadis-kecil-molek-berkacamata-hitam yang selalu add-delete-add-pastu-delete balik id saya di facebook. Hehe... Kenal budak add-delete-add ni sejak bulan 12 tahun lepas, and quite closed dengan budak ni. Budak ni, mempunyai minat yang sama dengan saya tapi die tanak ngaku yang die minat hlovate gila2.. T_T. Memandangkan budak nie tengah blajar dekat UPM, Serdang dalam course MicroBiology @ Biologi Halus, saya bercadang untuk membuat satu segmen tv "Marilah Ber-"kuman" Bersama Ladies Kuman" untuk beliau (still dalam perancangan). Ho-ho. Anyway, rasenye tak boleh panggil die budak, sebab die tua setahun dari saya... :)


::~KATA-KATA CINTA UNTUK ORANG NO 2?~::
Okey... dengar sini Bob. Dah lama aku pendamkan perasaan ni kat ngko....

.....

....

Wooooitttt, aku tak pernah berlovey-dovey ngan bob la. Dan aku rasa bob pun tak ingin jatuh cinta ngan aku... sape la buat tag ni ? wthsdfsarkskasa... takbole

::~SIAPAKAH NO. 5 INI ?~::
Jap. Scroll ke atas balik. Oh, Dahlia Johari. Die ni seorang budak (and i really means it) yang talkative, seorang gadis yang cute-mute, seorang adik kepada seorang abg yang bernama Azhar, seorang pendengar masalah pastu pengkutuk masalah yang setia, selalu ceria bersama kawan-kawanya tapi jadi moody dengan abangnya, seorang yang sentiasa sengaja kenakan abg dia pastu mintak-maaf-balik-tapi-orang-tanak-maaf-die-tak-kesah dan seorang adik yang setia untuk abangnya yang selalu sayangkan dia nie... Lia, ni fakta.. bukan auta.. (lau die bace mesti die muntah2 terkangkang2 dengan abg die yang tergedik2 nie)

::~BERIKAN 5 YANG ANDA TAU MENGENAI ORANG YANG TAG ANDA.~::
Cik Najmah nama diberI,
Kenal die di Virtual FriendS,
Pada asalnya memakai luckysecretgurI,
Udah berkawan dengannya hampir 2 yearS..

Okay tak pantun sama-huruf-belakang aku, najmah ?

::~PERSAMAAN KAMBING DENGAN LEMBU.~::
Bagus orang yang buat tag nie. Tengah aku seronok reka pantun persahabatan, die tanye pasal kambing lembu lak. Ok, layan jek...

Kambing tu tukang buat tag ni, lembu pun tukang buat tag nie. Sama bukan?? Heh, gurau aje~ ihikhik

::~PERASAAN ANDA TAG INI?~::
Cuba menjawab dengan baik sebab ni kali pertama aku di'tag' dan kali pertama jugak aku menge'tag' orang. Thanks ye Najmah.

::~ADAKAH ANDA TAU SI RAZMAN ITU SENGAL?~::
Yeay.. Aku dah tau sape kambing-lembu kat atas. peace

::~GAY OR LESS?~::
Pernah nak jadi gay. Pernah nak jadi less. Tapi aku sedar diri aku ciptaan Allah yang normal dan straight. So aku straight jek. :)

Alhamdulillah, siap sudah selama satu jam menulis, upload gambor dan mengkaler-kalerkan posting ni. :) Okay. Back to PSM mode~ Daa~

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |