Selamat Hari Bapa;
&
Happy Father’s Day*
Kepada semua bapa, ayah, abah, abi, daddy mahupun mana-mana suami kepada si isterinya(atau isteri-isterinya) yang dalam masa setahun akan juga bergelar ayah, dan khas sekali buat En. Awang bin Abdullah merangkap ayahanda tercinta kami yang telah banyak berjasa dan berkorban membesarkan kami 11 beradik.
*Sebab dua bahasa itu aje yang saya tahu, so dua ungkapan itu aje laah yang muncul kat sini..
Buat Ayahandaku,
Di awal kemunculan ku ke dunia ini,
Ku terlihat telibat ayah di hadapan ibu,
Memberi kata-kata peransang untuk ibu,
Supaya tekun, sabar dan ingatkan-Nya slalu,
Dalam melahirkanku itu...
Setelah ku menginjak pasir-pasir dunia,
Ayahlah yang banyak membantuku,
Tika ku ingin bertatih,
Kau memimpinku...
Tika ku terjatuh,
Kau mendukungku...
Dan,
Tika ku menangis,
Kau hilangkan tangisan itu,
Dengan segenap pelukanmu yang dingin
Terus menyamankan diriku di ribaanmu..
Dan kini,
Telah banyak kulakukan,
Kesalahan dan kesilapan,
Yang berpunca dari kelemahanku sendiri,
Oh Ayahku, maafkan anakmu ini...
Selama ku hidup di dunia yang fana ini,
Ku sedar bahawa,
Hanya engkau dan ibulah lah yang banyak berkorban untukku,
Yang telah bersusah payah menghantarku ke menara gading,
Sehingga anakmu ini dapat bergelar manusia berpelajaran.
Doaku,
Peliharakanlah kedua-dua ibu bapaku,
Titipkan kebahagian untuk kami sekeluarga untuk hari2 yang mendatang... Amin~
::~ZaarZ::~
21 Jun 2009 @ 11.30p.m
~~Terima kasih, ayah dan ibu... ^_^ ku Sayang Ibu3x... dan ayah...~~
4 comments:
hehe bro lg 5 tahun kot... tgu.... wawawaa gedix sungguh :)
5 tahun ? eh....
lambatnye...
TERPAKSA laa az kawen dlu yer... :P haha~
*ayah kau bace tak blog ni?*
kalau ye,
Hye Encik Awang bin Abdullah..!
Tahniah kerana berjaya membesarkan anak second last encik ni dgn jayanya.. ^_^
kalau tak,
kau kirimkan salam je lah ye kepada beliau.. :)
Hanis..
Thanks..
Agaknye die tak bace, sebab die tak nak amek kesah sangat dengan tenet2 nie... :P
okIes... salam tue, anggap jek dah ditunaikan! :)
Post a Comment