Monday, June 07, 2010

::~79~:: Kehidupan di Rumah


Maka bermula laa post kedua aku di rumah.......

**Disclaimer**

Photobucket Post kedua aku ni, aku rasa amatlah bosan bagi korang-korang yang tak minat membaca.. so aku galakkan jangan baca... Sebab memang wajib bosan nieh. :) But for those yang still insists nak baca, go on.. aku tak halang, apa yang aku share kat blog nie... memang untuk korang baca jugak.. Dan post ni, adalah post peribadi aku sendirik dan takde kaitan ngan post2 sape kat blog sape2...Quote Right

So, dekat rumah nie.. memang ternyatalah bosan yang amat. Nak cakap takde keje, tipu la kot. 2/5 masa aku kat rumah adalah tertumpu kat bahagian dapur, halaman rumah, kebun2 belakang rumah, dan di mana-mana kawasan selagi ianya tak melangkaui pintu pagar rumah aku.. dan 3/5 lagi, masa aku dibahagikan dekat laptop tersayang aku untuk bini ketiga aku yang bernama M-W (Mingguan Wanita? tumbuk)



Sekarang, dah 1 bulan 7 hari aku kat rumah melakukan rutin harian yang tak terkira banyaknya. Tak dibayar gaji, takde limit masa (malam pun buat keje), dan tarak tempoh-tempoh spesific bila masuk-keluar kerja tu.... Dan majikan aku, mak ayah aku.... bila diorang perlukan aku, aku on... PERGI pasar, jadi driver. MASUK pasar, tolong bawak barang. BALIK pasar, tolong mak masak2 pulak. Walaupun aku memang tak pernah dan tak minat masuk dapur, tapi bila mak request buat tuh, buat nie.. aku tolong setakat aku mampu.. Dan bila time makan, aku lah pelayan untuk ayah aku... jadi pelayan, jadi pencuci pinggan mangkuk, buat itu, ini... walaupun tak selalu, tapi aku buat bila mak aku mintak tolong. Memang, penat tak terkata kalau jadi suri rumah nie.. pulak aku ni laki, mana pandai dan memang haram tak minat kerja2 rumah nie. PEMALAS. Nak tanak, tengok aje bilik aku, serius bersepah (sejak malam tuh) dan tak kemas2 lagi.. Tapi, bila mak suruh bersihkan lantai dapur + basuh peti sejuk, aku buat 4 jam non stop dan sorang2. Mengeluh bukan main lah, sebab buat sorang2.. tengah pagi buta pulak tuh. Tukang angkut air, aku. Tukang gonyok2 (berus2), aku jugak. tukang bilas, pun aku. Hmm... bukan nak mengeluh, tapi memang ni tugas aku masa aku free kat rumah nie... dan tak pernah pulak aku rasa menyesal, bosan, benci dengan tugas-tugas yang disuruh tuh. Sebab tuh dah menjadi tanggungjawab aku dekat mak-ayah aku masa aku tak dapat kerja lagik nie.. bila dah kerja, taktau la...
xpasti

Sebenarnya segan jugak nak cerita apa yang aku buat dekat rumah nie, kalau nak dibandingkan dengan cerita kawan2 yang lain.... ada yang seronok monok dgn kawan2 baru se-office, ade jugak yang dapat keje pastu Hu-Ha-Hu-Ha satu dunia, dan ada jugak tak dapat kerje tapi dah pergi sana-sini untuk interview. Aku ni, dapat interview 1-2 bijik... dah tak pergi, sebabnya jauh dari rumah. Haih...T_T Heh, kalau laa ada kerje sebelah rumah ni kan best... T_T

Dan beberapa hari selepas aku balik dari UTM, Along pun ada pesan yang aku ni dah mengambil tugas anak sulung dekat rumah. So, better gunakan peluang ni ntuk berbakti kat mak ayah aku. Dia cakap,

"Aya anak sulung dekat rumah sekarang. Abang2, kakak2 semua duk jauh.. takde orang nak tengok2kan ma, bat. Tolong la gunakan peluang nie ntuk jaga ma baik2... nanti bila dah kerja, nak berbakti dekat orang tua bukannya senang... so gunalah peluang ni baik2....Aya sorang jek yang boleh buat masa nie..."

Dan abg yo, ade jugak berpesan macam along cakap.... Heh, sebenarnya diorang pesan macam tuh sebab aku hidup dengan mafia wars 24 jam. So, selepas dari hari tu... MW tak main sangat walaupun selalu on FB gamer ZaaRz Awang tuh. Dan masa aku main game/bukak laptop pun, dah dihadkan dari pukul 3 pagi ke 11.30 malam. Bagus kan ? :D Lepas pukul 11.30 malam tuh, jangan mimpilah nak tengok nickname aku on dekat YM, FB or mana2... Memang takde. :) Kalau ada jugak, anggap jelah korang bermimpi... lololololo~
angkatkening

Bercakap pasal FB, aku nak maklumkan bahawa FB insan comel yang bernama Ahmad Azhar dah tak wujud lagi dah untuk 2-3 minggu ni. Jangan tanya kenapa, sebab aku tanak sangat cerita. putuscinte Hmm, mesti ada yang tak percaya kan ? so ni ade screenshot die (eles, deactivate FB pun nak tunjuk...garupale )





Tapi yang takleh blah nye, tengok kat 4 gambar kat atas tuh... Ade tulis, "Hasrul Hanis, Nurul Hanani, Azizul, Muhammmad will miss you". Sumpah aku cakap, diorang ni takkan rindu pun kat aku... Ntah kenal ke x dah.. hahak, rasa sedih pulak deactivate bila tengok cara farewell FB buat nie. Tapi, aku janji.. Bila aku da okay, aku activate balik FB nie.. :)

Btw, in case korang yang selalu sibuk2 nak tahu kenapa, mengapa, sebab apa aku buat keputusan deactivate ni, ckup la aku cakap. Hati aku tak tenang, tak tenang dengan keadaan sekeliling. okay ? Dah, tutup cerita.


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |