[~Gambar sekadar hiasan....Tapi jangan ikut pulak cerita budak nie...~]
Minggu exam sudah bermula, maka sudah tentu semua manusia yang bergelar pelajar sibuk mengulangkaji + membuat latihan past year, dan tak kurang bagi mereka yang masih berusaha memaksa diri-sendirik untuk stadi last-last nie... Macam aku nie, stadi last seminit..Pagi tadi, lepas satu dah paper... sekarang tinggal 4 paper lagik, yang secara averagenya gap satu hari-satu hari. Hish. Kenapa laa FKE aturkan exam sem nie dengan gap yang dekat-dekat sangat ? Tak dapat langsung nak berfoya-foya sehari dua... Tapi takpelah, mende dah dibuat.. so, kene follow aje. Tak baik nak salahkan orang lain, kan ? (Exam -mode nie, tak baik nak ngumpat2..). Sape suruh dirik-sendirik tak stadi awal-awal, kan Azhar?
So, kepada kawan-kawan aku yang tengah memegang status pelajar universiti, matrikulasi, sekolah menengah mahupun sekolah rendah.... selagi ada masa ni, saya nak ucap,
"Selamat menduduki peperiksaan...Semoga berjaya menjawab soalan-soalan yang ditanya, semoga yakin dan tenang semasa menjawab soalan tersebut. Minggu-minggu exam nie, selalu-selalulah buat solat hajat dan solat tahajud, agar kita diberi kefahaman dan kecerdasan akal fikiran yang kekal....Dan sebelum tu, baca doa banyak2 dulu sebelum masuk dewan n jawab exam tue..."
Ya Allah, terangkanlah kami dengan cahaya kefahaman-Mu, kurniakanlah kami ilmu pengetahuan-Mu, dan tenangkanlah hati kami dalam menghadapi soalan peperiksaan yang bakal kami tempuhi ini. Ya Rahman, Tuhanku yang maha pemurah, kami memohon agar Engkau dapat memberi kejayaan yang cemerlang terhadap kami supaya kami boleh menjadi insan yang menggembirakan kedua ibu-bapa kami, kaum keluarga kami, dan guru-guru kami...Ya Allah, kami mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang Engkau ajarkan, maka kembalikanlah akan dia kepada kami ketika kami memerlukan kepadanya dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya wahai Tuhanku yang mentadbir sekalian alam. Dan hanya kepada Engkaulah kami berserah dan bertawakal...
Special Good luck & All da best dedicated to all of my friends below :
UTM Skudai :
Hanis, Abu (rumate), Jijo, Hafiq, Nadia, Hidayah dan bebudak section 1 & 2.
UKM :
Nur Nadirah.
Jue
UUM :
Najmah
UIA & IIC:
Aishah, najwa, Nordiyana Syafiqah
UPSI
Alia...
UiTM :
Sya, Bro Ridzwan, Anis Atifah, Nisa, Dylls
&
Yang Tengah Bertebaran Around d Worlds : Abdul Salam, Ayu Najat, Syazana, Asyraf
P/s : Mereka-mereka yang ada fb tue, udah-udahlah face-booking ek... tukarlah kepada academic-booking pulak untuk seminggu-dua nie...ok?
Hanis, Abu (rumate), Jijo, Hafiq, Nadia, Hidayah dan bebudak section 1 & 2.
UKM :
Nur Nadirah.
Jue
UUM :
Najmah
UIA & IIC:
Aishah, najwa, Nordiyana Syafiqah
UPSI
Alia...
UiTM :
Sya, Bro Ridzwan, Anis Atifah, Nisa, Dylls
&
Yang Tengah Bertebaran Around d Worlds : Abdul Salam, Ayu Najat, Syazana, Asyraf
P/s : Mereka-mereka yang ada fb tue, udah-udahlah face-booking ek... tukarlah kepada academic-booking pulak untuk seminggu-dua nie...ok?