Sunday, July 05, 2009

::~7~:: Electrical Team, KMSB

3 comments

Assalamualaikum w.b.t,

Kali ni nak cerita sikit pasal ‘electrical team’ yang di tempat saya menjalani latihan industri, Kay Marine Sendirian Berhad (KMSB). Haa, kalau dah nama sendirian berhad tue, maksudnya syarikat ini adalah syarikat swasta, tak berkroni-krono dengan government pun... Syarikat ini dimilikki penuh oleh Encik Kamaruddin bin Mansor selaku pengarah urusan. Beliau merupakan anak jati kelahiran Terengganu yang telah berjaya menubuhkan salah satu syarikat berprestij ini... Diharap, beliau dapat memberi A++ kepada para pelatih, terutamanya Ahmad Azhar yang begitu semangat membodek beliau pada masa ini.. *winK~

Ehhh... ape pulak crite bodek-membodek masa cengginie. Sebenarnya, nak crita sikit pasal team elektrikal yang sedang bernaung berkhidmat di bawah KMSB ini. Saya dipaksa rela (sebab syarikat ini aje yang luluskan permohonan praktikal tempoh hari) menjalani latihan praktikal di KMSB selama 9 minggu, bermula dari 11 Mei 2009, sehingga 17 Julai 2009 10 Julai 2009. Sayang pulak bila Jawatankuasa Eksekutif Latihan Industri (JELI) memendekkan tempoh latihan ini selama seminggu, elok-elok habis 17 Julai, jadi 10 Julai.... Kalau tidak, tak perlulah saya bersusah payah nak menyiapkan ‘practical report’ yang perlu disiapkan sebelum berakhirnya tempoh latihan tersebut.

**Terpaksa berhenti jap, sebab durian datang bergolek-golek ke rumah... Eh, tidak... ada orang datang menghantar durian fresh dari kebun, so duri-duri yang ada pada durian tue telah menggoda saya untuk menjamahnya... Meh-meh makan duri-durian tue dulu... **

Berbalik kepada topik di atas, saya telah diserahkan kepada Encik Mohd Rizal bin Taib, eksekutif elektrikal merangkap supervisor saya sepanjang tempoh praktikal saya di KMSB. Di bawah beliau, saya terpaksa menyesuaikan diri dengan manusia-manusia pelik yang masih wujud di zaman moden ini, antaranya ialah Pakcik Khamsul (leadinghand), Pakcik Hafiz, Saudara baru En. Ghazali, dan Hazuan. Walaupun mereka-mereka semua ini masih berumur dalam lingkungan 22 – 27, tapi saya lebih selesa memanggil mereka dengan nama yang pelik-pelik memandangkan mereka semua ni memang terlebih abnormal berbanding dengan manusia normal. J haha~ Nak tengok cam mane kepelikkan diorang ?

.:[Dari Kiri : Khamsul, Zali, Hazuan, dan Mark (Hafiz)]:.

Sebenarnya takde la pelik mane dorang semua ni, Cuma kekadang tu.. ayat-ayat yang diorang gunakan semasa nak berkata-kata tu macam lawak aje.. So kalau ada sesiapa yang nak berkenalan dengan diorang, boleh laa terus ke kaunter pertanyaan KMSB atau terus call ke operator KMSB menggunakan nombor yang tertera di dalam gambar di atas.. :)

Seronok betul dapat berkerja satu team dengan dorang ni. Tiap-tiap hari, mesti ade yang sponsor makan petang. Kekadang, makan pagi pun diorang support.. Uhum, enak betul dapat makan goreng pisang, nasi lemak @ nasi kuning percuma... dan dengan minuman yang dibuat oleh wanita penggoda kami : Tec~ [^-^]

.:[Kelihatan Tec sedang membuat cordeal sarsi menggunakan air tangan beliau... Nyewww, gheli plak nak minum... Neway, thanks ya teC...~]:.

Hohoho... begitulah kehidupan seharian sepanjang menjalani latihan praktikal di KMSB nie... Lain kali, saye update lagik yer... :D

p/s : Kalau nak usha-usha ape itu Kay Marine, bolehlaa terus ke sini er.... ;)


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, July 01, 2009

::~6~:: Nanas + Bawang = ?-?

9 comments

Assalamualaikum...

Dah lama tak update rasanya blog nie.. Agak-agak berapa lama ek ? 2 hari ? 3 hari ? Oh, semestinya tidak.. Mengikut perkiraan tuan tanah, 5 hari jugak la saya tak bermesra dengan blogging life ni... ? Maafkan daku ek kepada pembaca2 dan pengkomen2 (betul ke kata nama ni ?) yang selalu memunculkan diri dalam blog saya ini. By the way, mesti anda semua terkesima terharu ter-tak-faham dengan tajuk entri kali ini. Okay, malam ini saya taknaklah membebel aje kat ruangan ni. Just nak crita, ape yang menjadi penyebab ketidak’online’nan saya 2-3 hari ini. Bermula dengan tajuk di atas, apa yang anda tak faham dengan gabungan kombinasi dua makanan pelik tersebut ? Adakah soalan-soalan cepu berlian seperti ==>"Makanan berkhasiatkah itu ?, Formula diet baru pengambilan makanan secara seimbang yang takkan dihebahkan di tv seperti Jus MATE5 yang fames tu ke...?? "

Oh semestinya tidak untuk sekali lagi, sebenarnya gabungan kombinasi pelik buah-sayur tersebut adalah tak berkhasiat seperti yang anda fikirkan... Tak caya ? Ini buktinya....


Nanas + Bawang = Saya sakit perut selama 2 hari berturut-turut lamanya...

Ahaaa... itulah sebabnya mengape saya tak dapat nak meng'online'kan diri walaupun Encik Vodafone ni memberikan kerjasama yang gilang-gemilang kerana telah mengeluarkan cahaya biru ini dan ini semasa proses men’download’ anime-anime yang berkaitan. Tetapi, saya tak dapat meneruskan niat baik saya untuk menemani beliau menghabiskan proses downloading tersebut kerana kesibukan bertapa di dalam tandas berjam-jam lamanya. Okay, sebelum saya merapu lebih jauh... kite tutup cite download-mendownload nie..

Haih.. Nanah Nanas oh nenas, kenapa la kamu tak boleh sebati dalam pancreas daku ? Isk... isk.. sebab kamu, saya terpaksa meronta-ronta selama 2-3 hari ini... Dan bawang juga telah menyebabkan kemuntahan sebanyak 2 kali pada hari selepasnya. Ish, pasni taknak la makan gabungan nanas + bawang yang menjadi penyebab cirit-birit tersebut... Fuhh...
baru lega sikit bila dapat lepaskan perasaan kat nanas dan bawang ini. Apa yang boleh disimpulkan di sini, saya anti-nenas dan benci bawang... Heh~ Terima kasih kerana membace ye!

** Saya sekarang tengah mengasingkan bebawang yang timbul di celah2 daging+ayam tersebut.. ^-^ , so kalau tengok saya makan burger satu2 tue, jangan kepelikkan la yer.. da memang jadik tebiat sejak dlu lagik.. :P **


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, June 28, 2009

::~5~:: One Message Just Received!

2 comments

25/06/2009 @ 10.42pm


One message received. Hp Maxisku yang berada pada sudut kanan meja laptopku ini ‘vibrating’ menandakan satu message baru je memasuki inboxku. Dengas pantas, aku terus menggapai handphone tersebut yang jaraknya kira-kira setengah meter di atas 'mirror desk' di sebelahku ini. Sambil mata yang masih menghadap skrin laptop aku yang displaynya-rosak-berbelang2-tapi-tak-reti-lagi-nak-hantar-baiki, aku menekan butang unlock, dan terus menekan message yang baru di terima itu tadi....



- NH xcident, nak tahu cam mana...cuba try contact dia -

Ya Allah, betapa terkejutnya membaca sms yang dihantar oleh Abg Syuk, mengatakan yang bekas anak murid kesayangan beliau tue accident. Dengan perasaan yang seakan-akan tidak mahu mempercayai perkhabaran message tersebut, aku terus menggapai hp yang satu lagik (Celcom, it's in your hand) untuk mendapatkan perkhabaran yang benar lagi elok dari Cik NH yang ku kenali itu, merangkap kawan baik aku yang ke 5.5 juta. .. Call sekali, tak angkat.... Aku biarkan beberapa saat lepas panggilan pertama itu dibuat. Dan pada ketika itu juga, aku berfikir... patutkah aku menelefon die tanya hal yang tak elok di dengar ni. Ye, patut! Bisik hati kecilku... Aku terus menelefon beliau buat kali ke-2 berturut-turut, dan still jugak tak angkat. Mulalah dahiku yang licin ini berkerut-kerut, menandakan sekelumit kerisauan telah berlegar-legar dalam benak fikiranku. Cuba lagi, untuk kali ketiga.... Ku tunggu beberapa deringan, dan deringan ketiga... panggilan tersebut diangkat. Alhamdulillah.

Aku : Assalamualaikum, dengar kata cikgu cakap NH excident ? betul ke?

NH : Haah.... Petang tadi... Masa lepas ambil adik balik skolah.....

***

Talian diputuskan setelah aku ajukan beberapa soalan detektif kepada dia. Agak terkejut mendengar apa yang diceritakannya tue. Menurut NH, kejadian tue berlaku dalam sekelip mata ketika dia sedang memboncengkan adiknya. Hanya beberapa ketika selepas itu, sebuah kereta (tak dapat nak mention no plate, jenis, dan warna) yang di pandu oleh seorang perempuan (nie la antara salah satu sebab aku tak caye sangat pompuan yang baru dapat lesen P bawak kereta) telah melanggar dia dan adiknya itu dari belakang.. menyebabkan dia tergesel di bahu jalan dan adiknya terjatuh dari motorsikal tersebut. Syukurlah, dia dan adiknya tue tak mengalami kecederaan yang serius sangat. Cuma luka dan calar ringan2... Alhamdulillah, kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada dia dan adiknya hari itu.....

**-End-**


Di sini, saya nak mendoakan agar beliau (dia dan adiknya) bersabar dalam menghadapi ujian dari Allah. Semoga beliau dapat mengharungi segala keperitan dan kesakitan yang dialami dengan sebaik mungkin. Sapu ubat di tempat yang sepatutnya tebal2, makan pil yang diberikan doktor dalam kuantiti yang telah ditetapkan (jangan kurang, jangan terlebih, nati overdose pulak...) Berehat laa cukup2, jangan terlebih rajin nak buat keje2 umah tue lagik.. okay ? :)

Ya Allah, sembuhkanlah kesakitan yang dia alami.. ringkankanlah bebannya dalam menghadapi kesulitan di dalam mengerjakan ibadat kepadaMu. Jernihkanlah setiap air mata yang bercucuran dari tangisan kedukaannya dengan nikmat yang Engkau berikan kepadanya di kemudian hari. Amin~ :)


[notakaki : Sebenarnya entry ni di post 2 hari lepas, tp sebab terlalu busy dengan kerja+kelajuan internet yang tak memuaskan, so malam ni baru dapat post.. Harap maklum. :) ]
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Friday, June 26, 2009

::~4~:: Tidor Petang...??

9 comments
Hai semua,


~oh...seronoknya tidow petang!~

Mari kita mulakan kerajinan kita hari ini dengan mencari makna tidor petang ? Cuba bukak browser anda, then taip tidor tidur petang... apa yang anda dapat lihat yer ? :P Di sini saya mahu bertanya kepada anda, pernah tak anda tidor petang ? Aha... cuba ingat dan imbas semula dalam 40 hari sebelumnya, ada ke tak anda mengamalkan konsep tidor petang nie ? Kalau ada, tahniah. Anda BAKAL mewarisi penyakit seperti :



- pening2 lalat,
- kurang daya ingatan,

- lesu

- lemah tubuh badan

- hilang tumpuan bila berbuat sesuatu


Saya juga telah bertanyakan masalah yang sama kepada seorang doktor yang saya kenali, dan menurut pendapat beliau,

“tidur petang boleh menyebabkan seseorang menjadi majnun, yakni fikiran menjadi serabut, tidak berfikir sesuatu dengan rasional dan muka menjadi sembab”.


Pheww... dengan kekejaman yang telah difakta oleh statement di atas, timbullah rasa cuak di dalam diri saya dengan penyakit2 yang tak boleh di duga kesahihannya tu. Fyi, semalam saya tertidur jugak dalam kul 3 sampai 6.40 petang.. Bila bangun dengan kepala yang beratnya mengalahkan nobita nak angkat si giant itu, saya cepat2 pergi amek wudhuk ntuk sembahyang... Hamparkan sejadah, then baca lafaz niatnya :



Angkat takbirrahtul ihram, niat... “Sahaja aku solat fardu subuh....2 rakaat......” Sampai situ, terus stop seolah-olah ade emergency break di tekan seseorang .... saya pun tertanya, subuh ke ni ?Cepat2 pergi ke tepi tingkap, tengok ramai lagi kanak2 yang berkeliaran di kawasan rumah bermain2 di bawah cahaya matahari yang semakin suram itu. Ya Allah, tersilap niat... petang lagi rupanya. Isk, masa tue barulah tersedar yang waktu itu adalah petang... bukan pagi. Nasib baik tersedar, kalau tak... sembahyang subuh la jadinya.

Btw, saya pun ada jugak mengamalkan tidur petang nie, tapi tak selalulah. Rasanya, dalam minggu ni dah 3x tertidur petang. Bukan sengaja nak tidur petang nie.... Betul, saya memang tak suka tidur petang, selalu nasihat kat adik. Tapi bila diri sendirik terkena, barulah dapat merasa bertapa bongeknya diri semasa bangun tue. Ye la, bila bangun aje, ade la jugak rasa pening2 dan malas nak berfikir sesuatu yang rumit, kalau fikir jugak, makin pening la jadinya.







~Awak, bangun2... dah petang nie....~








~Awak...tidolah selama-lamanya...~





So, pengajaran untuk cerita ini.. Janganlah tidur petang, amalkan tidur yang sihat dan cukup seperti tidur selama 6-8 jam pada waktu malam, dan 15-30minit sebelum zohor untuk memudahkan diri bangun malam melaksanakan ibadah kepadaNya
epertimana yang telah disarankan Nabi dan para sahabatnya..
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Wednesday, June 24, 2009

::~3~:: My Happy Family

6 comments
Assalamualaikum w.b.t,

Disebabkan terdapatnya beberapa teman yang selalu bertanyakan mengenai keluarga saya, so untuk entry yang ke-3 nie saya ingin berkongsi cerita mengenai keluarga saya bermula dari huruf A untuk Ayahanda saya, iaitu Tn. Hj Awang bin Abdullah sampai laa ke huruf Z untuk Zariff Hakimi... (Oh ye, sebenarnya saya takda la bagus sangat sampai nak memanggil beliau dengan panggilan tuan haji nie).. Di sini, akan diceritakan serba sedikit mengenai keluarga besar saya yang dianggarkan hampir 37 orang termasuk ayah,mak, adik beradik, akak serta abang2 ipar, dan anak2 sedare yang disayangi semua....

Ayahanda saya, Tn. Hj Awang yang telah diberi nama oleh Allahyarham Abdullah bin Mat Zain (my atuK loL) telah dilahirkan pada hari Sabtu, 27 Mei 1944 manakala bonda saya, Pn. Hasmah binti Awang pada hari Isnin, 13 Disember 1943. Saya memanggil kedua-duanya dengan panggilan yang lebih mengada, iaitu Bat.... untuk ayah... dan Ma (singkatan untuk mama)....untuk mak saye...

Heh.... Rasa macam panjang plak kalau nak menceritakan satu-satu dari 37 orang tue... boleh tak kalau diringkaskan menjadi Family Tree Diagram aje? :P takpun dalam point form cam nie...




1. Hasni + Kamsiah

2. Haslina

3. Azri + Salwani
- Athira, 16thn

- Ekhmal, 13thn

- Alissa, 6thn

4. Aida + Khalid
- Noraishah Syukriani, 19thn

- Hafiz, 16thn

- Nor Suhada, 13thn

- Asyraf, 7thn
- Atiqah Najihah, 3thn

5. Nor Aziza + Wan Azid
- Aiman Solehin, 8thn
- Fatin Syahira, 7thn

- Aleya Maisarah, 3thn

6. Khairul Sazli + Khairunnissa’
- Syafiqah, 6thn
- Natasha Farhana, 4thn

7. Nor Fazidah + Saifulnizam
- Ainul Mardiah, 5thn
- Amir, 3thn

8. Shukri + Rahayu
- Zafri Hakimi, 1thn

9. Saleha

10. Ahmad Azhar
- Rara, 8bln stgh
- Bibi, 8bln stgh

11. M. Ariffuddin, 17thn
- Kitty, 1thn 9bln
- Kuning, 1thn 9bln

*penjelasan untuk warna : Merah = Married, Hijau = Blum berkawen, available! Purple = Blum berkawen, tp dah mempunyai anak... ^-^


Dengan tersenarainya nama-nama di atas, maka cukuplah gabungan manusia yang menghasilkan keluarga besar saya dengan jayanya... Tapi, akak kesayangan saya yang kedua, Allahyarhamah Nor Haslina sebenarnya telah meninggal dunia ketika saya berumur setahun dan belum sempat nak ‘save’kan wajah arwah dalam ingatan saya ketika itu. So, saya tak dapat laa nak uploadkan gambar arwah, walau cammane pun yang pasti hati seorang adik yang memendamkan perasaan rindu untuk bertemu dengan kakak kandung keduanya di sana kelak tetap menjadi harapan di kemudian hari.. Al-fatihah untuk arwah, semoga Allah memberi keampunan dan mencucuri rahmatnya... InsyaAllah.


.:[Gambar tersebut adalah mengikut susunan adik bradik yang sewajarnya....]:.


.:[Ah, posing y menawan- K. Nisa', K. Za, K. Sal, Abg Yo n K. Wanie]:.


.:[version anak2 sedare....-Aiman, skip!, atin, tika, e-cha, tasha, suhada, dan iqa- gambar nie diambil time gi menyelam2 kat Sekayu]:.
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |