Wednesday, September 16, 2009

::~22~:: Selamat Hari Raya..


Assalamualaikum,

Disebabkan ini adalah hari terakhir saya berada di UTM, so macam orang islam yang lain, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada sesiapa yang terasa hati secara tidak langsung dengan ayat-ayat yang selalu digunakan di dalam blog ini. Mane tau kot-kot ade yang terasa dengan gaya penulisan saya yang banyak merapu ni kan... Maaf bebanyak ek! topi


Salam aidilfitri juga di ucapkan kepada ibu bapa tersayang, yang sentiasa menanti kepulangan anakandamu yang berada jauh di selatan tanah air.. Buat kakak-kakak, abang-abang, serta adik arif... kuharap kita dapat bertemu dan berkumpul seperti raya-raya lepas, yang telah menjadi tradisi kita. dan insyaAllah, raya tahun diharap lebih meriah dari raya tahun lepas, dengan pertambahan dua orang ahli baru, iaitu anak kedua abang syuk, TATAU & TAK ingat nama, serta anak ke3 kak jie, pun taktau name jugak... Untuk anak saudara yang berjumlah 18orang kesemuanya, ayah sue mintak maaf banyak-banyak sebab raya tahun nie, memang confirm dan nyata terang-terangan ayah sue tak dapat bagi duit raya lagik kat korang. InsyaAllah, tahun depan pun tak dapat jugak... tahun-tahun akan datang pun mungkin tak dapat, sebab pertambahan anak saudara ayah sue (korang semualah!), meningkat secara linearly proportional dengan masa... Soory yerP! sembah


[~Raya Tahun Lepas...~]


Untuk kengkawan sekelas, 4SEE seksyen 01, daku juga memohon maaf sekiranya ada
gurauan secara tak sengaja yang memakan hati korang. Untuk kawan se-UTM, Hanis & Nadia Shaira selamat hari raya dan semoga pulang ke kampung dengan selamat... Buat sahabat baikku, Noraishah binti Shablie & Hazwanie dak UIA tue, saya tak akan lupakan hubungan yang telah terbentuk anatara kita selama 6 tahun nie. Ukhwah fillah abadan abada... Tak lupa jugak untuk para sahabat maya, Najmah bt abd Majid, Farah Farhana yang masih lagi berhubungan dengan saya, semoga ikatan yang dibina atas dasar persahabatan ini diredhai dan diberkati olehNya. doa Salam aidilfitri ditujukan buat kak yatie dan bro rizwan, yang selalu memberi nasihat-nasihat serta dorongan dalam menempuh hidup yang makin mencabar ini. Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri untuk semua yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung... Terima kasih kalian.... Salam aidilfitri, maaf zahir & batin.



kenyit**Doakan perjalanan saya ke Terengganu malam ini selamat...**kenyit
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

::~21~:: Balik Raye...



Assalamualaikum w.b.t,

"Bahasanya saya, Datok Dr Ir Hj Ahmad Azhar bin Awang, penyimpan mohor besar raja-raja Melayu Malaysia sementara, mengumumkan bahawa, tarikh menyambut aidilfitri atau 1 syawal tahun ini tidakkan jatuh pada hari ahad, 20 September 2009. Ini kerana, anak bulan tersebut tidak kelihatan di ufuk fajar sinaran mentari kuning akibat daripada ibu bulan yang jatuh keguguran.... Terima Kasih.."

Erk, korang semua jangan terkecewa dan terkesima dengan kata-kata penyimpan mohor raja-raja sementara diatas tue ek...? Ayat diatas adalah rekaan penulis semata-mat, pakcik penyimpan mohor original takkan menggunakan frasa ayat Mr Bean cenggitue taw.... HoHo... ihikhik

*********


Hmmm...Lama sungguh tak mendengar mahupun melihat muka pakcik hensem yang selalu muncul dalam tv time-time nak raya tue... ingat tak korang ? saya tak berapa ingat sangat nama beliau, tapi beliau nie lah selalu membuatkan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah melompat-lompat kegirangan kerana esok-lusa, duit raya akan disamun dari ahli keluarga masing-masing. Ape ek name beliau ? penyimpan mohor besar raja-raja tue... heh, time kecik-kecik dulu pun mesti happy aje tengok die, sebab dah tau takyah tipu-tipu pose dalam periuk lagi dah... rindu



Okey, bercakap mengenai raya nie.. Apa yang sedang anda fikirkan mengenai raya ni? Balik kampung ? Dapat duit raya ? Beli baju baru ? Anyam ketupat lemang... ? Bagi saya, raya itu merupakan saat-saat di mana sesebuah keluarga bersatu untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara satu sama lain. Masa raya nie jelah semua adik-beradik yang duk jauh @ terpisah lama-lama tue semua balik berkumpul kan ? topi

Seriously, saya pun tak sabar nak beraya walaupun meja masih lagi dipenuhi dengan timbunan kertas-kertas dan buku-buku nie. Tak sabar nak jumpa mak ayah. Tak sabar nak peluk anak sedara. Tak sabar nak bertemu ngan sepupu-sepapat yang comel-comel dan tak keruan nak kutip duit raya ngan saudara-mara yang murah hati dikala raya nie. Heh.. Harap-harap tahun nie, dapat kutip banyaklah duit raya.. Erk, stop! Terkantoi terkangkang-kankangan pulak... jelir

By the way, esok dah nak balik raya. Seb baik dapat jugak naik bas PERMATA Terengganu. Rasa beruntung pulak jadi mahasiswa terengganu nie, dapat balik kampung naik bas free, pergi-balik pulak tue.. Heh, kepada orang-orang luar terengganu.. *sila jeles yer... sila jeles banyak2*. Hehe, sebenarnya gamble jugak nak dapatkan tiket bas permata nie. Kalau diikutkan, saya ni tak layak nak termasuk dalam golongan yang layak naik bas permata, tapi disebabkan ade 'kabel' sebesar tali pusat ibu gajah, so dapatlah jugak satu tiket free.. HoHo, rase seronok gilelah bila balik beraya tanpa keluarkan duit satu sen pun... Malah, dapat kutip duit raya pulak nanti kat rumah... ^_^

[~Belakang bangunan tinggi (wisma) tue, rumah lama saya...~]

Maka sesungguhnya, hari ini merupakan hari terakhir saya berada di UTM nie... So, makin menggunung dan melangit lah kerja yang perlu disiapkan.. Baju pun tak dibasuh lagi, adeh.. kan bagus kalau dikurniakan seorang maid perempuan khas untuk setiap student UTM nie.. confirm bertambah ramailah budak laki yang apply UTM nanti. Hohoho...gatai

Haah, baru teringat.. tahun nie, takde kad raya untuk sape-sape pun... so kepada name-name berikut, Nora, Diyana, Nadia, Nasa, CheQ, Aizol, Amir, Syahidah... Mintak maaf tak dapat nak hantar kad raya kat korang semua.. takde masa nak pos.. Kalau nak kad raya, datanglah ambil kat UTM nie ek... Hohoho... InsyaAllah, kalau ada kesempatan, saya wishkan kat blog ni ajelah ek... Selamat Balik Kampung Semua.. peluk


[~Haah, to my ex-gF, NS yang baru aje tampal status 'tak single' minggu lepas... Selamat berbahagia dengan orang tersayang yer.. Lepas nie, kena jaga si dia baik-baik. Jaga hati dan perasaan dia. Semoga berbahagia beraya dengan yang tersayang. Kawen ngan orang KL nanti, jemput-jemputlah orang kat ganu nie yer... Hehe~]
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, September 13, 2009

::~20~:: Saya Happy Gile!!


:hi:


Alhamdulillah, mengikut perkiraan kalendar islam 1430H.. hari ini merupakan hari ke 23 umat islam kat Malaysia ni berpuasa ? Bermakna, 23 hari jugaklah kita dah berada dalam bulan Ramadhan ini.. So, amacam ngan puasa korang ? terawih & amal ibadat semuanya maintain lagik ke ? Harap-harap, tak ada lah yang sengaja tinggal puasa.... kalau yang sengaja dan dibolehkan tue, lain cite la.. kan ? *blushing* Counting d days, now there are 7 days left to celebrate 'Hari Raya' kan ?? Saya gerenti gilelah korang dah tak-tenang-duduk nak balik kampung masing2 nie.... Macam saya jugak, fikiran nie dah tak boleh stop dari dilamun rindu kat keluarga, anak-anak sedara dan semuanya... topi Alahai, rindu betul kat diorang semua nie.. love

**Okey, stop jap untuk cite pasal raya nie...**

Minggu nie adalah minggu yang paling menhappykan saya... Semua ASSIGNMENTnesses, QUIZesses, TESTesses(alah, macam testis pulak bunyi..), LABnesses, PRESENTATIONesses dan MADNESSES dah berjaya dilepasi dengan jayanya.. Mari kita tepuk tangan secara berjemaah ntuk saya... tepuktangan tepuktangan Ok dah, thanks!

Sepanjang satu minggu lepas, saya dah bertungkus lumus menwakafkan waktu free saya dengan membuat benda-benda di bawah :



1. Experiment & Lab Presentation


Gambar ini diambil oleh saya, so don't expect me to be in dat picture lah!
Disebabkan saya nie malas gile nak bermain dengan alat-alat yang canggih nie, so saya dah dilantik untuk menjadi photographer terhormat je lah hari tue. peace So, sepanjang lab preparation tue, memang tangan duk snap situ-sini jeklah... Sebelum ada yang mengkritik tugas saya tu, saye nak gitaw... "My jobs as photographer just for this lab preparation only, lab betul-betul takde lah nak bermanje dengan camera sangat..." Heh, kenape ? ingat saya tak boleh harap sangat ker nak buat kerja eksperimen nie.. (walaupun selalulah tak-moleh harap, kan Ken & Afiq?) jelir

2. Presentation for Ethics.

Okey, for ethics i've done my part as d 1st presentater on Wednesday, 9 Sept ago, at 9.25 in the morning. We're in a group of three, consisting Haziq, Hafiq n me, Azhar.. Eh, tak2.. Susun balik, Haziq.. Azhar.. Hafiq.. So, terbentuklah group HaH yang pendiam!! Hehe, serius... nie merupakan group paling diam dan 'penyenyap' (Maka rosaklah bahasa ko, Melayu). Group ni dilabel cenggitu oleh seseorang (maaf, nama terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab kepopularitiean) Kalau bace balik ayat first, macam gempak aje bunyi 1st presentator tue.. Sebenarnya, first presentator tue bukanlah seperti PAKAR DEBAT, PRESENTOR TERBAIK @ PEGUAM MANTAP yang mampu menjawab soklan-soklan pelik.. Tapi istilah tue lebih ke arah presentator yang banyak cakap tapi orang yang mendengar mungkin berkate macam ni... "Wah, bapak pelik english azhar tue.." Heh, serius nie.. my english is so bad enough for me to mention..penat *rendah diri kepada mereka-mereka yang berkata sedemikian*. Anyway, lets by gone be by gone.. Lepas ni kalau ada sape2 yang nak mengofferkan dirik untuk jadi tutor english saya, cepat-cepatlah contact ke nombor yang tertera dikaca skrin anda~ ihikhik

3. Test 1, Engineering Economy.

3-4 minggu sebelum test ni diambil, rasanya dah rasa macam boleh jawab kot. Tapi, dua hari sebelum test di ambil, tibe-tibe mode "rasa dah boleh jawab tue" tue deactivated menyebabkan saya menggelabah tahap jin kene halau dari tandas awam. So, berbekalkan doa+tawakal dan diakhiri dengan usaha sehari suntuk, barulah ada rasa ready-tak-ready nak test tue. Time jawab pun, entahlah.. feeling nak menjawab tue cam tak nak wujud sangat. Hish, kan bagus kalau setiap test boleh minta tolong macam game dalam Mafia Wars kat facebook tue.. lol

4. Visual Basics, Degree++ Class.

Mesti ramai yang taktau visual basic tue ape kan ? Visual basic tue macam application web development yang canggih skit la dari guna programming, microP n seme-seme bahasa komputer yang lain. Kalau diikutkan kos electrical macam saya nie, takdelah penting sangat VB nie. Saya ambil pun sebab ianya dah menjadi salah satu subjek pilihan yang wajib diambil sebelum grad. At least kena ambil 3, sekarang tinggal dua lagiklah. Tapi agak bagus jugak lah VB nie, bermanfaat untuk sesape yang kene wat programming untuk PSM kan ? *saya tak termasuk....* sengihnampakgigi

Kalau nak tahu lebih pasal VB, klik ini!

5. Assignment Power Electronic & Communacation System

Dalam banyak-banyak assignment sekarang, assignment Power E lah yang paling stress.. soalannya simple, design! Tak sampat separuh kertas A4 dibahagi 8 pun.. Tapi solutionnya macam nak buat thesis, sampai >8 pages. Nasib baik kita orang dah dibahagikan secara group oleh DR Awang tersayang tue, so tugasan yang rumit nie dah berjaya kami buat on time. ;) Dan alhamdulillah, ntuk assignment tue kami dapat 7.5 dari 10. Takdelah tinggi sangat, tapi rasa puas hati sangatlah dengan usaha kita orang tue. Terima kasih Dr Awaang... dan kepada kami bertiga tue yer..



Kami = me, Irwan & Ghafar

[~Okey, sebab takut-takut ade permintaan gambar tuan tanah, maka molek benarlah kalau saya persembahkan dulu gambar dibawah...kenyit lepas nie jangan nak request2 lagi yer..senyumkenyit ~]



Memandangkan banyak kerja dah siap, so bolehlah hidup dengan tenang 3-4 jam nie. Sekarang, tengah ready untuk buat assignment power, Com. Sys dan kerja-kerja PSM yang takkan berkesudahan tue.. Okeylah, jom sambung buat kerja balik... :astig:
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Monday, September 07, 2009

::~19~:: Kejadahan Minggu Ini!!

8 comments
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang...

Sebelum anda mula membaca ruangan ini sehingga ke penghujungnya, saya rasa moleklah kalau anda beristighfar banyak-banyak dulu dengan tatabahasa yang bakal digunakan di dalam 'post' ini. Maybe kandungan 'post' ini akan menggunakan isi-isi yang boleh memeningkan serta menghuyung-hayangkan diri anda sekiranya kadar pemahaman BM anda berada di bawah paras medium (kurang dari C- SPM, takleh bace! Nanti pengsan~!). Sekian, selamat membaca celotehan yang telah dibuat secara mundar-mandir ZaarZ ini...~

Setelah beberapa hari tak menulis dan menyepikan diri dalam blog ini, akhirnya terdetik jugak rasa ingin meluahkan perasaan yang telah lama terpendam di dalam hati ini... Tiada apa yang boleh dirahsiakan apabila hati mahu berbicara dan berceloteh mengenai 'kehidupan-kerdilnya' di dunia yang penuh dengan dup-dap' nya itu... Begitu sajalah pembukaan ayat yang mantap yang telah diajar oleh Pn. Norma, Cikgu BM saye masa form 5 dulu... Many Thanks for beliau~ peluk

Pertama sekali, saya nak mintak maaf bulat-bulat kepada sesiapa yang pernah melawati blog saya yang seakan-akan padang terkukur ni tanpa update... Tak sempat sangat nak menulis, mengarang, mahupun berceloteh di ruangan nie. Hidup saya sekarang, terumbang ambing bagaikan seorang suami yang tak mendapat perhatian daripada gundik-gundik beliau lah! Heh, mintak maaflah kalau ada orang yang rasa macam tak puasa puas hati dengan penggunaan peribahasa hak-cipta-tersendiri yang tak sedap diserap oleh gegendang telinga tue.. Takde peribahasa yang sesuai untuk mendescribekan keadaan terumbang-ambing saya ketika ini..busuk


Hmmm... minggu nie merupakan minggu kebiziean yang telah menyebabkan ketensenan dan ketekanan serta keserabutan yang amat melampau-lampu untuk saya. Kejadahan ini berpunca daripada kerja yang tak boleh buat dengan berpeluk tubuh, eseimen yang ganas-ganas, ujian yang tak lepas tabung uji, serta projek sarjana muda (PSM) yang macam nak bina satu galaksi bima sakti mengunakan batang mancis... sungguh penat, dan amat memenatkan sangat.. penatsehinggakan, kepala ni rase macam terhantuk di tengah-tengah batang balak yang tersusun dicelahan timbunan konkrit-kontrit beberapa MegaTAN beratnya... Tambah lagi dengan keadaan kesihatan dalaman saya yang tak berapa betul selepas kes 30hb tue.. bahangnya masih terasa, walaupun dah seminggu berlalu.. Dan malam ni, rasa sakit bercampur sedih tue dirasai lagi biarpun tak sehebat sepertimana malam tue.... :sakit:

So, kepada message2 & call2 yang sempat masuk beberapa hari sebelum ni, saya mintak maaf sangat-sangatlah sebab tak dapat nak balas semua message2 anda yang panjang-pendek tue.. Saya tak ada masa sangat sekarang untuk menekan-nekan punat handpone.. Maaf ek!

Dan sekali lagi, saya mintak maaf sebab tak-tau bila boleh balas @ tidak msg-msg yang masuk pada masa akan datang...

Untuk hari ini dan semalam, alhamdulillah, perasaan kentensenan dengan kebusyan hidup ni dah dapat dikurang sikit sebab kelas Visual Basic telah dihabiskan dengan jayanya. Lepasnie, tinggal 1 lagi program yang perlu diambil, maybe OSHA atau Photoshop, taktaulah.. Semuanya terpulang pada masa yang free.... xpasti

Lastly, maybe dalam beberapa hari ini saya tak dapat nak update blog ini cam biasa... Kena settlekan kerja-kerja PSM dan test economy jumaat nanti... Huh~ By the way, Gud luck jugak untuk adik tersayang, Ariff yang tengah mendoakan syahid di medan TRIAL SPM tersebut. Pesanan untuk adik, "Buat yang terbaik ye... Nanti kalau FULL, i'LL give u my love.. hohoho" [Cheh, macam die nak baca aje.. takpe, bila die besar esok2, nak paksa dia baca laa kerajinan abang beliau menulis mende mengarut ni seme.. ] yondaime

**saya penat dipermainkan oleh kejadahan diatas... Dan untuk seseorang tu, janganlah buat saya hanyut dibuli perasaan lovehappy-tak-happyputuscinte lagi! please...:sorry: **
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Tuesday, September 01, 2009

::~18~:: Ponteng Kelas

2 comments
Assalamualaikum...

Buat pertama kalinye dalam sejarah Barack Obama, saya ponteng kelas ekonomi kejuruteraan.. Isy, teruk betul.. Dah tahun 4, still lagi ade kudrat nak ponteng kelas.. Apelah tanggapan budak-budak tahun satu macam budak SWB tue kat saya nanti kan ? T_T :sweaty:

Aduh, kecian pulak Mr-Lecturer tue, mesti die dah takde semangat sangat nak mengajar kat depan tanpa kehadiran budak pendiam, azhar nie.. (Heh, kenape jeling2? Tak percaye ker saya nie sorang pendiam ?) :ahaha:

"Ya Allah, ampunkanlah pelajar yang bernama Azhar ini... Semoga beliau mendapat hidayah untuk pergi ke kelas...doadoa "


Disebabkan ketidak-dapatan-hadiran ke kelas petang tadi, so... di sini, saya ingin memohon maaf kepada Mr-Lecturer. Berikut adalah sebab-sebab yang menyebabkan saya langgar lari daripada datang ke kelas Economi Kejuruteraan :

1. Hujan turun dengan lebatnya....

* Penjelasan : Disebabkan hujan yang turun dengan ketulan-ketulan ais berapi, saya bimbang jikalau terjadi apa-apa yang memudharatkan diri saya juga kenderaan kapchai saya; TAE*7*6 tersebut. Bagi mengelakkan keadaan yang tidak diingini itu, saya bertindak untuk menunggu hujan reda sehinggalah kes nombor 2 dibawah berlaku..

2. Tertidur...
* Penjelasan: Kes ini berkaitan dengan sifat seorang manusia normal, yang suke tidor dikala kesejukkan dan kedinginan renyaian hujan.. Oh, sungguh indah sekali perasaan dapat memeluk bantal yang seakan manusia tersebut.. :sleep: Eh-eh, nak stop dululah sebelum bahase-bahase pelik yang tak dapat dihindarkan muncul bertalu-talu nanti...tumbuk

3. Motorsikal..

* Penjelasan : Haa.. yang ni satu masalah. Sejak-dua-menjak nie, motorsikal ni ade problem sikit lah Mr Lecturer. Kekadang, die rase nak hidup.. die idup lah... kalau die rase die nak disepak teranjang, die tak hiduplah... Tengoklah, sehari dua nie nak hantar jugak motor TAE nie masuk workshop... Tapi kekurangan fulus pulak... Nie gara-gara kes dibawah... T_T

4. Perut Lapar....

* Penjelasan : *silence*. Tanak jelaskan ape-apelah.. Tak baik mengumpat dekat perut sendiri.. Nak-nak bulan puasa nie... Kan perut kan ? (mimik muka bercakap dengan perut~) gatai

Di bulan baik ni, harap-harap Mr Lecturer tersebut dapat memaafkan ketidak-dapatan-hadiran saye petang tadi.. Bile lagi nak tambah pahale free kan, mR lecturer ?? Hoho...

**Lepas ini, tanaklah saya ulangi ponteng kelas beliau lagik... (insyaAllah, tak janji)...**
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |