Sebelum anda mula membaca ruangan ini sehingga ke penghujungnya, saya rasa moleklah kalau anda beristighfar banyak-banyak dulu dengan tatabahasa yang bakal digunakan di dalam 'post' ini. Maybe kandungan 'post' ini akan menggunakan isi-isi yang boleh memeningkan serta menghuyung-hayangkan diri anda sekiranya kadar pemahaman BM anda berada di bawah paras medium (kurang dari C- SPM, takleh bace! Nanti pengsan~!). Sekian, selamat membaca celotehan yang telah dibuat secara mundar-mandir ZaarZ ini...~
Setelah beberapa hari tak menulis dan menyepikan diri dalam blog ini, akhirnya terdetik jugak rasa ingin meluahkan perasaan yang telah lama terpendam di dalam hati ini... Tiada apa yang boleh dirahsiakan apabila hati mahu berbicara dan berceloteh mengenai 'kehidupan-kerdilnya' di dunia yang penuh dengan dup-dap' nya itu... Begitu sajalah pembukaan ayat yang mantap yang telah diajar oleh Pn. Norma, Cikgu BM saye masa form 5 dulu... Many Thanks for beliau~
Pertama sekali, saya nak mintak maaf bulat-bulat kepada sesiapa yang pernah melawati blog saya yang seakan-akan padang terkukur ni tanpa update... Tak sempat sangat nak menulis, mengarang, mahupun berceloteh di ruangan nie. Hidup saya sekarang, terumbang ambing bagaikan seorang suami yang tak mendapat perhatian daripada gundik-gundik beliau lah! Heh, mintak maaflah kalau ada orang yang rasa macam tak
Hmmm... minggu nie merupakan minggu kebiziean yang telah menyebabkan ketensenan dan ketekanan serta keserabutan yang amat melampau-lampu untuk saya. Kejadahan ini berpunca daripada kerja yang tak boleh buat dengan berpeluk tubuh, eseimen yang ganas-ganas, ujian yang tak lepas tabung uji, serta projek sarjana muda (PSM) yang macam nak bina satu galaksi bima sakti mengunakan batang mancis... sungguh penat, dan amat memenatkan sangat.. sehinggakan, kepala ni rase macam terhantuk di tengah-tengah batang balak yang tersusun dicelahan timbunan konkrit-kontrit beberapa MegaTAN beratnya... Tambah lagi dengan keadaan kesihatan dalaman saya yang tak berapa betul selepas kes 30hb tue.. bahangnya masih terasa, walaupun dah seminggu berlalu.. Dan malam ni, rasa sakit bercampur sedih tue dirasai lagi biarpun tak sehebat sepertimana malam tue....
So, kepada message2 & call2 yang sempat masuk beberapa hari sebelum ni, saya mintak maaf sangat-sangatlah sebab tak dapat nak balas semua message2 anda yang panjang-pendek tue.. Saya tak ada masa sangat sekarang untuk menekan-nekan punat handpone.. Maaf ek!
Dan sekali lagi, saya mintak maaf sebab tak-tau bila boleh balas @ tidak msg-msg yang masuk pada masa akan datang...
Untuk hari ini dan semalam, alhamdulillah, perasaan kentensenan dengan kebusyan hidup ni dah dapat dikurang sikit sebab kelas Visual Basic telah dihabiskan dengan jayanya. Lepasnie, tinggal 1 lagi program yang perlu diambil, maybe OSHA atau Photoshop, taktaulah.. Semuanya terpulang pada masa yang free....
Lastly, maybe dalam beberapa hari ini saya tak dapat nak update blog ini cam biasa... Kena settlekan kerja-kerja PSM dan test economy jumaat nanti... Huh~ By the way, Gud luck jugak untuk adik tersayang, Ariff yang tengah mendoakan syahid di medan TRIAL SPM tersebut. Pesanan untuk adik, "Buat yang terbaik ye... Nanti kalau FULL, i'LL give u my love.. hohoho" [Cheh, macam die nak baca aje.. takpe, bila die besar esok2, nak paksa dia baca laa kerajinan abang beliau menulis mende mengarut ni seme.. ]
**saya penat dipermainkan oleh kejadahan diatas... Dan untuk seseorang tu, janganlah buat saya hanyut dibuli perasaan happy-tak-happy lagi! please... **
8 comments:
Wow. Bizinye hidup kau. Iskk~
Ko pun same, kan ?
HAHAHAHA macam bz tahap cipan. Alaaa biase r tuuu, nama pun student U, mst r bizi. Bro kat sini pun mcm tuu gak, dengan sakit's, assignments, tests, presentations, working's (hahah nampak x, sumer tuu plural, xde yang singular)hahahahha..... ape pun ken banyakkan sabar dan banyakkan doa. insyallah sumer masalah akan selesai dengan jaya nyer :) gud luck my bro :)
Hohoo.. Thanks yer bro... Sekarang da masuk mid of the weeks, should be ok dah... Tinggal test, psm, n presentation je satu lagi... :) pastu boleh la rehat skit pas presentation tue.. hehe...
bro kerja jugak ke ? isk.. part time ek ? taktau pulak...
uikhh... da ade awek xbgtau akak... hehehhh~~~
erk.. awek mane pulak nie ? :P mane ade.. lalala~
tolong carikan leh ? student akak yang form 5 comel2 pun takpe.. ;) hehe
tuu ayat tu semacam je kn... heheh
amboi.. mslhnye akak xajar pom 5, ajar pom 2 je.. nak?? hehehhh~~
form 2 ? tanak la.. makan pun kene bersuap lagik.. T_T
Post a Comment