Assalamualaikum w.b.t,
"Bahasanya saya, Datok Dr Ir Hj Ahmad Azhar bin Awang, penyimpan mohor besar raja-raja Melayu Malaysia sementara, mengumumkan bahawa, tarikh menyambut aidilfitri atau 1 syawal tahun ini tidakkan jatuh pada hari ahad, 20 September 2009. Ini kerana, anak bulan tersebut tidak kelihatan di ufuk fajar sinaran mentari kuning akibat daripada ibu bulan yang jatuh keguguran.... Terima Kasih.."
Erk, korang semua jangan terkecewa dan terkesima dengan kata-kata penyimpan mohor raja-raja sementara diatas tue ek...? Ayat diatas adalah rekaan penulis semata-mat, pakcik penyimpan mohor original takkan menggunakan frasa ayat Mr Bean cenggitue taw.... HoHo...
*********
Hmmm...Lama sungguh tak mendengar mahupun melihat muka pakcik hensem yang selalu muncul dalam tv time-time nak raya tue... ingat tak korang ? saya tak berapa ingat sangat nama beliau, tapi beliau nie lah selalu membuatkan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah melompat-lompat kegirangan kerana esok-lusa, duit raya akan disamun dari ahli keluarga masing-masing. Ape ek name beliau ? penyimpan mohor besar raja-raja tue... heh, time kecik-kecik dulu pun mesti happy aje tengok die, sebab dah tau takyah tipu-tipu pose dalam periuk lagi dah...
Okey, bercakap mengenai raya nie.. Apa yang sedang anda fikirkan mengenai raya ni? Balik kampung ? Dapat duit raya ? Beli baju baru ? Anyam ketupat lemang... ? Bagi saya, raya itu merupakan saat-saat di mana sesebuah keluarga bersatu untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara satu sama lain. Masa raya nie jelah semua adik-beradik yang duk jauh @ terpisah lama-lama tue semua balik berkumpul kan ?
Seriously, saya pun tak sabar nak beraya walaupun meja masih lagi dipenuhi dengan timbunan kertas-kertas dan buku-buku nie. Tak sabar nak jumpa mak ayah. Tak sabar nak peluk anak sedara. Tak sabar nak bertemu ngan sepupu-sepapat yang comel-comel dan tak keruan nak kutip duit raya ngan saudara-mara yang murah hati dikala raya nie. Heh.. Harap-harap tahun nie, dapat kutip banyaklah duit raya.. Erk, stop! Terkantoi terkangkang-kankangan pulak...
By the way, esok dah nak balik raya. Seb baik dapat jugak naik bas PERMATA Terengganu. Rasa beruntung pulak jadi mahasiswa terengganu nie, dapat balik kampung naik bas free, pergi-balik pulak tue.. Heh, kepada orang-orang luar terengganu.. *sila jeles yer... sila jeles banyak2*. Hehe, sebenarnya gamble jugak nak dapatkan tiket bas permata nie. Kalau diikutkan, saya ni tak layak nak termasuk dalam golongan yang layak naik bas permata, tapi disebabkan ade 'kabel' sebesar tali pusat ibu gajah, so dapatlah jugak satu tiket free.. HoHo, rase seronok gilelah bila balik beraya tanpa keluarkan duit satu sen pun... Malah, dapat kutip duit raya pulak nanti kat rumah... ^_^
Maka sesungguhnya, hari ini merupakan hari terakhir saya berada di UTM nie... So, makin menggunung dan melangit lah kerja yang perlu disiapkan.. Baju pun tak dibasuh lagi, adeh.. kan bagus kalau dikurniakan seorang maid perempuan khas untuk setiap student UTM nie.. confirm bertambah ramailah budak laki yang apply UTM nanti. Hohoho...
Haah, baru teringat.. tahun nie, takde kad raya untuk sape-sape pun... so kepada name-name berikut, Nora, Diyana, Nadia, Nasa, CheQ, Aizol, Amir, Syahidah... Mintak maaf tak dapat nak hantar kad raya kat korang semua.. takde masa nak pos.. Kalau nak kad raya, datanglah ambil kat UTM nie ek... Hohoho... InsyaAllah, kalau ada kesempatan, saya wishkan kat blog ni ajelah ek... Selamat Balik Kampung Semua..
[~Haah, to my ex-gF, NS yang baru aje tampal status 'tak single' minggu lepas... Selamat berbahagia dengan orang tersayang yer.. Lepas nie, kena jaga si dia baik-baik. Jaga hati dan perasaan dia. Semoga berbahagia beraya dengan yang tersayang. Kawen ngan orang KL nanti, jemput-jemputlah orang kat ganu nie yer... Hehe~]