Saturday, November 14, 2009

::~46~:: Turun JB


Salam,

Lamenye tak update blog nie, ya Allah... rindu pulak rasanya. Nie semua gara-gara paper economy-lah, sampai blog ditinggalkan shari, dua, tiga, tujuh hari barangkali.

Takpe, hari ni nak cerita sikit mengenai ke'musibah'an yang dah melanda diri ini.

Alamak, dah azan plak.. Solat dulu.... ~

Okay, sambung balik.. sebenarnya, saya baru balik dari Landmark-City Square-Giant nie. Masih penat lagik, tapi takpelah... blog tetap kena update malam nie, sebab 2-3 malam sebelum paper economy dah simpan hajat-bulat-bulat sekali dengan tekad-keazaman yang menggunung melanggit tinggi haa..

Tadi, pergi ke Johor Baru (eh, ker johor bahru... Johor Baharu kot... Tak sedap, jobor babu jek lah..) sebab nak settlekan masalah yang melanda handphone adik nie. Sejak dua tiga hari lalu, handpone nie bermasalah sikit. Tak boleh nak tukar theme, asal tukar aje.. mesti keluar garis-garis senja nan merah kat skrin. Bila tanya kat kedai, diorang cakap pasal software, so kalau nak berubat cepat-cepat, hantar sendirik kat Nokia Care Centre dekat bangunan Landmark JB. Haih, first time masuk bandaraya JB dengan motor kapchai yang berkuasa unta tadi, terhegeh-hegeh cari parking. Tupun, seb baik lah diguidekan oleh dua jejaka tak-idaman-semulajadi iaitu Jijo & Mapet tadi, kalau tidak taktau lah sampai ker tidak bangunan Landmark tue. Then, after sampai kat bangunan landmark, terus tanya dekat security guard....



ZaaRz : Sorry Pak Guard, may i ask you one questions...

Pak Guard : Go on.

ZaarZ : Thanks. topi

Sebenarnya, ingat ker pak guard tu cakap. Go ON = Pergilah. So, saya pun berlalu pergi meninggalkan pak guard tersebut dengan kayu belatinya. jelir

Eh, takdelah. Sebenarnya saya tanya pak guard tue level berapa Nokia Service Centre tue, then Pak Guard tue cakap level 2, tapi sekarang dah tutup sebab diorang bukak sampai kul 3 aje. Hish, hampa jugak bila pak guard tue berkata sedemikian, sebab masa sampai kat sana dah pukul 5.15. Memang confirm tutup dah lah... Nokia pun satu hal, benak jugak geng-geng nokia nie, kot yer pun... Tonjolkan lah awal-awal masalah tue, sebelum saya balik kampung baru die nak mencapub ngan per'problem'an nye tuh. Nak tak nak, terpaksa lah jalan kaki semula dari landmark-city square coz nak tengok movie 2012.

Pastu, tak jadi pulak tengok movie tue kat CS sebab tiket semuanya dah habis. (Haa, tue lah... turun JB hari minggu, mestilah cinema penuh..). Nak tak nak, terpaksa lah decide tengok cerita 2012 kat giant. Tue pun, nasib baik ade cerita 2012 kat Giant. Kalau tidak, sia-sia lah kebasahan dek hujan semasa pulang dari CS-UTM tadi....

Dan sekarang, nak gi giant.. tengok crita... :) hehe, ntah best ke tidak. wallahualam, hanya Tuhan yang tahu...


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |