Monday, November 16, 2009

::~47~:: Happy 22th Besday


Adalah saya, dirik-sendirik kepada Ahmad Azhar bin Awang mengucapkan

menaricelebrateSelamat Hari Jadi yang ke-22 celebratemenari

untuk encik dirik-sendirik. Haah, dah lebar-panjang dah azhar nie, mesti makin bertambah-tambah kecomelan kematangan beliau kan, kawan2 ? Opss... Jangan ade yang tertolak halkum sampai jatuh ke pankreas pulak bila terbaca ayat diatas tue ekh... ihikhik

Memandangkan saya dah bertambah matang dari segi rohani dan mentaliti (sila abaikan fizikal buat sementara waktu, ek!), saya ingin erk.... err.... Y_Y ehh.... idea, tolonglah bantu... Help~ Help~ T_T
:tsk:

Alamak, idea matang tanak menyumbang pulak. Adekah kata-kata di atas bercanggah dengan fakta ? Okay, saya mintak maaf. Sebenarnya, saya pada dasarnya ialah seorang remaja lelaki yang sudahpun berumur 22 tahun, tapi masih mengalami masalah ketidak-matangan. Ok. Cukup. Takyah nak mengada-ngada nak baca post pasal ketidak-matangan dirik tuan umah ekh... jelir


By the way, nak ucapkan terima kasih daun semalu dekat kengkawan, adik-adik, kenalan-kenalan maya dari VF, FB, Tagged, dan blogging nie sendirik sebab wish besday saya 15 November lepas. Tak ramai yang wish, tapi hang jugak lah henpone saya dengan msg yang tak reti nak putus bila masuk pukul 12 tue. Tak sempat nak reply semua, sebab masa tu dalam cinema tengok crita 2012. Dek kekhusyukkan dengan crita tue, sampai terlupa yang semalam tarikh dah naik satu anak tangga menjadi 15 November... Tue pun selepas budak itu call, n cakap happy besday sweet 22. Kalau tak, rasanya tak sedar jugak gegaran-gegaran kecil berskala 0.2 richter kat dalam poket seluar masa tue.

Bagi sesiapa yang terlupa nak wish, ataupun memang sengaja nak tambah BELATED word dekat tengah Happy Birthday tue, kalau korang semua nak wish... wish korang semua kenalah berserta hadiah, ek! Tak kisahlah hadiah tersebut berbentuk wang tunai ker, cekedis ker, gule-gule ker, yang penting kene bergelar hadiah! hehe.... Demanded pulak si budak lebar-panjang tak sedar diri nie.... Huhu. Neway, thank you guys..

Kata-kata peransang bagi menjauhkan diri dari FB :
Even ade laki-wanita mat salleh yang aku taktau dari mane munculnye diorang wish aku dekat FB. Bahaye FB nie... Tak selamat. Berhentilah main fb, azhar...

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |