Wednesday, September 08, 2010

::~87~:: Selamat Pulang Perantau


Selamat Pulang Perantau!

Selamat pulang kepada adik Ariff.
Selamat pulang kepada Kak sal.
Selamat bakal pulang kepada Kak Jie dan sekeluarga.
dan,
Selamat bakal pulang kepada Abg Ri dan sekeluarga.

Dalam 10 adik beradik yang ada, 2 daripadanya telah selamat sampai. Alhamdulillah, semasa aku meng-update blog ni, ayah dalam perjalanan pulang dari menjemput kak sal yang baru aja tiba di stesen bas bandar KT tepat pukul 5.30 tadi. Diharapkan, Kak Jie dan tentera-tentera hyperaktifnya dari pahang tiba petang ni dengan selamatnya. Dan insyaAllah, flight dari Sarawak yang membawa Abg Ri sekeluarga dijangka landing malam ni...



Haah, untuk raya tahun ni.. hanya mereka-mereka di atas ja yang dijangka wujud dan dapat dilihat serta dapat dipau duit raya masa hari raya pertama. Lain-lain adik beradik, insyaAllah akan membanjiri rumah ni masa raya kedua & ketiga. Haih~ Ni mesti kes tak menang pilih kampung nak balik beraya, terpaksa balik lewat... kwang-kwang. =P So, list untuk mereka² yang akan balik selepas raya pertama berserta alasan diorang adalah,

Raya Kedua,

Kak Za
dari Kelantan - "Gagala lepas anak-anak memihak kepada abienya utk beraya di kelantan".
Kak Da dr Teregganu - "Tahun lepas terengganu dekat sana dah, tahun ni terengganu belah sini pulak.."

Raya Ketiga,

Abg Yo
dr Sembilan - "Ikut mana yang best. Kalau raya pertama dah bosan kat kedah, terus balik terengganu raya kedua".

Actually, aku tak kisah pun diorang nak balik hari ni, esok atau pun lepas raya, yang penting, dapat berkumpul bersama-sama sambil bercerita, bergelak-tawa mahupun bercakar-cakaran antara satu sama lain sampai puas..... He He He...

Haihh... sekejap ja rasa sebulan puasa, pejam-celik-pejam-dengkur, tau² esok dah nak raya. Dan rumah yang dulunya sunyi dengan kami 3 beranak (aku, ma, ayah), kini bakal kembali bising dengan ngauman-ngauman anak sedara yang 20 orang jumlahnya. Fuh, bila ingat angka 20 orang anak sedara tuh, rasa senget sebelah bahu.... bila nampak dedua puluh orang tu, rasa patah tulang belakang nak melayan ragam-ragam dorang... haih haih. Takpe, sekali setahun patah tulang belakang......
:ha?:
Rindu lak dekat anak² sedara.... >_<


[~Adakah aku akan mengerjakan mereka, or dikerjakan mereka?~]


[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Tuesday, August 31, 2010

::~86~:: Salam Ramadhan & Salam Merdeka




Salam ramadhan dan salam merdeka buat semua,


Bila dikira balik, lama jugak aku tak update blog yer.... hua..hua..hua.. sory, agak malas. Eh tak, lelaki tak boleh malas², kene rajin² nak jadi ketua keluarga plus sara anak dara orang nanti (devil)... macam mana nak tampung belanja harian sampai bulanan sampai tahunan sampai kuburan kalau malas² kan ?

Heh. Baru je melawati beberapa buah blog yang selalu melewati blog ni kat komen shoutmix tu. Alhamdulillah, walaupun tak da update sangat tapi rasa happy jugak lah sebab ada jugak orang nak berkunjung tiba.... Walaupun tak beberapa kenal hamba-hamba Allah ni dari mana, tapi tak salah kalau nak mentionkan nama dorang skit kat sini kan ? So, a token of appreciation (ayat acknowledgment thesis)for those visitor yang always do ask me to update my blog,

1. Cik Mimi (bukan nama sebenar)
2. Encik Kuhariash bin Madiaseh (bukan nama sebenar)
3. Pn Roslinadadiah binti Jusoh (rekaan semata-mata)
4. Ms. Nurujagezramu a/p Madarame Ikaku.

Tanpa desakan dan pujuk rayu orang-orang di atas, confirm la tak update lagi blog ni kot.... Hua-hua-hua... Korang percaya ke ada orang paksa aku update blog buruk.berhabuk.berdebu.dan kering kontang tanpa seurat pengunjung kat sini? Heh, nama-nama tersebut hanyalah mainan kata-kata (Awas, lelaki pandai berkata-kata). Nama yang ke-empat tu pun aku ambil dari watak sampingan komik Bleach. (Oh, macam mana keadaan Kurosaki Ichigo skarang ni yer, sihatkah beliau tanpa aku?). Alamak, dah putus kata nak cakap apa. Okey. Later dan selamat hari merdeka buat semua.



p/s : Selamat hari kemerdekaan untuk semua warga Malaysia, buat teman-teman di perantauan yang tak dapat balik kampung ber-kemerdekaan di sini, padam muka diucapkan... Sekian, terima kasih.

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Sunday, August 08, 2010

::~85~:: Bloody Finger


Sebelum bercerita, nak tiup2 dulu blog yang berhabuk-lama-gila-tak-update ni.... pppuhhh. pppuhhh.....

Kenapa tak update blog dah lama ?

Sebab....... Lihat gambar di bawah,



[~Bloody Finger~]

Euwwwww....... Sakit.....

Ekceli, jari utama yang digunakan untuk menari-nari di atas keyboard mengalami sindrom pendarahan yang kronik, akibat terkena parang@golok semasa mengopek@membelah durian. =P Ni kes sebab berlagak nak bukak durian depan mak-kakak-along konon-konon aku lah yang paling cepat membuke durian tu. Mula-mula dah berhati-hati dengan duri-duri-durian tu, last-last, terkena jugak parang.. Kuang ajo punye parang, menyesal asah tajam 45.3 degree, makan tuan pulak.... Adeh~


So, eden nak mintak maaf dekat penghuni-penghuni blog ini yang kian beransur menghilangkan diri disebabkan ketiadaaan post-post yang updated (ye la, sape nak singgah kalau update blog sebulan sekali kan....). So, insyaAllah lepas ni........ aku selalu bertapa dekat blog ni [selagi tak dapat keje, well im still jobless =( ], harap-harap lepas ni.... posting ku selalu matang, rasional dan tak mereng macam dulu lagi dah. Amin~ Ok, sambung besok-besok pulak.... :D

[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

Friday, July 02, 2010

::~84~:: Untuk Bob & Hanis


Salam,

Entry ini ditujukan untuk BoB dan Hanis, dua pasangan bahagia di blog aku ni. ^_^

Nak mintak maaf, sebab post di bawah menggunakan tulisan kecik. Aku dah ubah ke tulisan times, post, kecik lagik. So, aku re-edit balik menggunakan kuasa-kuasa jemari aku untuk tukarkan font tersebut kepada Trebuchet, dan font Times tersebut masih berdegil untuk tidak bertukar ke Trebuchet. Tapi tidak mengapa, dengan kudrat yang ada... aku pun terus tukarkan size font tersebut, seperti apa yang kau dan bobbbie comel tuuh maksudkan, klik dekat simbol font size, pilih the LARGE one, then...... Oh my gosh, "You are not connected to any register network, please register your network or contact your internet service provider first". Iklan kejap,

"CELCOM BODO, LEMBAB, DAN CEKAP MEMUTUSKAN CONNECTION ORANG"

LOL, maafkan aku hanis....bob comel, tenet putus dan slow pulak... T_T


Maka, selepas menyedari peristiwa tersebut berlaku berulang-ulang dengan connection yang agak perlahan, aku pun bertekad nak gunakan tulisan font macam post sebelum ni. Aku tukarkan ia kepada Lucida Grande, and repost balik thread di bawah. Tapi, TIMES masih berdegil dan mengatakan bahawa dialah tulisan yang paling berhak diguna untuk post tuh. Biarlah TIMES mengaturkan segalanya, harap-harap satu hari nanti dia akan berubah post dibawah dengan sendiriknya kepada tulisan Lucida Grande nie... So, mintak maaf ek hanis dan bob. kalau senang2, ajarlah aku cenggane scripting/coding/html nak besarkan font..... huhu~

Re : Post ni aku guna font Verdana. Ok dan besar tak? Kalau mata korang masih bolat2 lagik, aku mintak maaf awal2....sembah
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]

::~83~:: My Mafia Family.


Oh deng. Lame gile tak update blog..... Haha.... :D

Mula-mula sekali, nak sound dekat si tulisan. Woi tulisan, BESAR skit!! (Monolog sendirian : Oho, Hanis dan Mr Bobbie Kun, aku harap ko faham.... Tulisan ni aku tak reti nak adjust)~

Sekarang hidup aku makin happy. Banyak bende happy yang telah menconteng-contangkan keadaan yang berlaku di sekeliling aku. Nak2, dengan kemunculan si botak de licin menyilau nie.... Mr Amirul Afiq, anak kepada pasangan Abg Yo + Kak Nisak....


[~Minta tolong jangan buli Ayah Sue bila besar nanti macam 2 orang kakak kamu tuh~]

So, sejak dari 3 minggu lepas... Maka aku telah mempunyai anak sedara yang 20 orang jumlahnya. Anak sendirik, belum ada lagik. Ada sape2 nak jadi ibu kepada anak aku tak ? (chuckle!) Oh, keje tak dapat lagi. Tapi peratusan nak keluar duit untuk anak-anak sedara ni makin bertambah. Isy! Semoga tak mendapat anak sedara lagi dalam mase terdekat ni, amin!



Heh, tukar topik. Sekarang aku nak cerita pasal kehidupan aku bersama facebook ZaaRz Awang. :D Rupenye, seronok jugak ada dua akaun facebook nie. Memang sebelum ni aku dah deactivatekan facebook Ahmad Azhar, tapi Zaarz Awang still ku gunakan lagik. Dan dalam sebulan ni, demi melupakan segala-benda post kat bawah tuh, aku dah tambah beratus-ratus orang kawan.... ^_^ (Tahniah azhar kerna telah mendapat pink slip blocked dari facebook. Kang da takleh online 2 hari). Semuannya dari mafia wars. Heh, ramai orang aku kenal dari MW's. Sebelum ni, memang agak gila-gila dengan mafia wars. Tapi sekarang ni, bukan stakat gila-gila, da memang gila sakan super-mario-hantuk-hantuk-batu-bata-sampai-pecah-sebab-nak-dapatkan-level-up! Heh, sungguh happy bermafias sekarang.... Terutamanya lepas berkeluarga dengan clan My Guardian & UMWC, yang semestinya strangers bila tak sapa, dan terus jadi murai-galak bila ditegur sapa! So, nak ucapkan terima kasih dekat member-member mafia saya, terutamanya seluruh clan My Guardian (if any of you read this, please donate me some loot like rhinocheros, zeus or devastator, even tho its ungiftable. =P) dan Madam Chipsmore, El Costra de Nostra, pemain mafia wars tegar yang tak boleh berpisah dengan mafia wars tapi still main MW walaupun connection selalu gak putus2x... Dan terima kasih kerana selalu buzz-buzz untuk hilangkan tensen bermain MW. :) Anyway, thanks to all who are being a part of my mafia family!

Oit, jangan ingat aku sanjung sangat MW nie...... Keje nanti aku berhenti lah, tapi during daytime jek kot... hahak~ Dan satu lagi, berkenaan dengan tajuk kat atas.... KELUARGA AKU BUKAN MAFIA SEBENAR, OKAY! KAMI TAK PERNAH SENTUH SENJATA APA LAGI PEGANG MENDE ALAH TUH. So, jangan takut, aku tak bunuh orang pun....

Akhir sekali (macam essay daa),
:okay:
Ѭ [~My Guardian Best!~] Ѭ
!!~UMWC~!! Ѭ ZaaRz Ѭ
First Division of My-Guardian Fighter
War General of !!~UMWC~!! Clan

Ola, samba de mamba meblamba... aku tipu aje rank aku tuh... Sorry! BOW3x~!
[~Teruskan Membaca Bebelan Ini ->>~]
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |