Thursday, November 17, 2011

::~98~:: 24 Years Old, sudey!



Selamat Hari Lahir.
Selamat Hari Lahir.
Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri.
Selamat Hari Lahirr........ (4 harokat & berdengung)


Alhamdulillah, genap sudah umurku 24 tahun dua hari lepas. Hehe. Sangat suka. Walaupun angka makin bertambah, tapi bentuk fizikal still maintain, perangai pun belum berubah ke peringkat kedewasaan.... sepenuhnya lagi. Angka 24 tu kalau dibundarkan, jadik 20. So thats means i stilllll young lah. Ahaa, blogger lain biasanya post tang hari jadi diorang 2-3 hari sebelum, kunun nak tuntut hadiah dari visitor a.k.a blog hopper a.k.a blog walker anak lelaki kepada blogger sekelian, tapi aku heboh-heboh sini 2 hari lepas hari jadik. Aneh sungguh blogger spesies ini.

Hah. Sebut aje pasal birthday, mesti ade dapat present atau gift atau hadiah atau nawal. So tahun ni, hadiah pertama dapat 2 hari sebelum birthday. Dapat time working hour, so tak expect pun dapat hadiah memandangkan takda mahluk kat opis tuh tau birthday aku.. kalau ada yang tahu pun, rasanya diorang tak alert... kan ? ok, here it goes..... tadaaa~


[~A white box written with "Azhar". Curios, could it be 415V electrical socket? The shape kinda similar though~]


Curious jugak nak tahu. Mula-mula tak perasan pun kotak ni atas meja aku.. Sekali tengok, ada iras-iras kotak 32Amps / 415V socket yang hari-hari aku duk pasang time buat OT pon ade jugek. Pulak tak dibalut dengan gift wrapper, yang nampak kat situ kad birthday wish jek. Tapi aku tak pentingkan pun siapa yang bagi, tak kisah la datang dari minah bangla ker, awek vietnam ker, cewek indon ker, yang penting isi kat dalam tuh. So dalam masa 5 saat, terus grab dan koyak-koyak kotak tuh dengan rakusnya sambil baling cebisan-cebisan kertas dalam kotak tuh ke atas sehingga terlekat dibilah-bilah kipas yang tengah berpusing dengan ligatnya disedut pula oleh aircond jenama Hitachi (oit, aku bukan superhiper excited heppi sangat kut..), aku pun bukak la kotak tuh sampai terkeluar laa tali pusat die (erk, bila Kak Nisak nak bersalin nie. T_T, lama sangat tunggu kemunculan anak sedara ke 21 sampai dah terkena tempias sindrom keanaksedaraan-ketungguan). Ok-ok, enough with those lame jokes, ni dia isi kotak tuh...


[~"Hi, Chaaaak! Meow Meow... Nama saya tuceeengg! A/s/l plzzzz....(lambai)"~]

eRk.... mana ada orang sumbat kucing debok camtuh dalam kotak segi empat tepat 5cm x 25cm. Kang terberak lak kucing tuh kat dalam kotak segi empat tuh... isk~ Ok... ok... ni hadiah dari kotak tuh,


[~Seketul Botol Air Perak 32 karat dengan seulas bag hitam cantik weehhh!~]

Ahahaha... meleset betul sangkaan aku, ingat dapat socket 32amps /415 v ke apa tadik, rupanya seekor botol air perak 32 karat rupanya. Kalau korang perasan dekat kaki seekor botol air tu, ada tulis nama company aku. So pemberi dia mestilah "Recron Sdn Bhd". Terima kasih Recron for the cute and lovely gift, auw!

Heh, mula-mula ingat orang merangkap makhluk-makhluk kat office tak tahu birthday aku, rupanye satu Recron tahu. Sebabnya,

[~Nama dah termasuk dekat birthday wish dalam web Recron. Haih~]

Walaupon takde yang wish (kecuali Kak Rozie & Kak Mar kat opis tuh), tapi rasa bangga jugak lah sebab nama kuar dalam web. Bukan senang tuhh nak ada nama dalam web company, pulak budak baru macam aku nih. Ahaa~ Okeh, tuh cerita kat Opis... ni cite virtual pulak, got besday wishes on both account, Ahmad Azhar & Zaarz Awang. For those yang wishes tuh, terima kasih daun keladi bunting lah. Tak sempat nak reply semua kekomen & wall post, nak2 kat akaun Zaarz Awang. Mostly da wishes comes from foreign friend (except sorang budak Russia yang minat kat aku), and some local friend yang play game dekat akaun zaarz awang. Yang Ahmad Azhar, almost 150 friends yang wish (count from 12am - 12 am, giler semangaaat naaaaa kire). Ahaha.. Btw, selama 24 tahun aku hidup kat muka bumi Allah ni, baru aku tahu "Selamat Hari Lahir" dalam bahasa arab, "Sanah Helwa". Dapat benda baru dari Cik AH. Bagus sungguh berkawan dengan ramai orang ni. Lepas ni cari dalam bahasa bangla, nepal ngan vietnam pulak.. =p Oklah, sampai sini dulu. 12.32 am sudey... next post aku karang lagik dengan gelagat-gelagat orang wish kat FB 15 November lepas.... InsyaAllah.

=TBC=

p/s : Ahmad Azhar bin Awang was born on 15/11/1987 at Hospital Besar Kuala Terengganu. Kini menjadi anak celup kepada Negeri Sembilan sejak 4 bulan lepas. Saya bangga dengan kecelup-celupan N9. Hip hip Hoorey!
celebrate

Zaarz
171111


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |