Friday, November 11, 2011

::~97~:: Ter......lambat Naik Bas.


Saya-Sangat-Malu!

Iskkkhh.. how am i going to tell this kind of story ? Malaun sungguh-sungguh rasanya bila terlewat bas ni. Going with the flow, semalam tiket bas pukul 9 malam. Naik di hentian kajang. And that was my first time naik kat sana. T-T.

Ceritannya bermula cam nie... ada 2 technician nak berhenti kerja (1 local, 1 foreign), aku bercadang lah nak buat sikit makan-makan bagi meraikan kedua-dua orang tu. Right after balik kerja, pergi KFC. Dengan motor Honda Wave Kaler Hijau 110CC tu, bawak lah 11 set KFC ke kilang. Sekali pandang, macam mat despacth pulak bawak 11 set KFC naik motor dengan raga kecik. Tak logik langsungggg okay? Lepas ni kena taruk raga saiz XXL plak dekat motor tuh. Sebenarnya ingat boleh sampai kat kilang around 6.30pm, tapi dek sebab kena tunggu ayam siap digoreng, 6.50pm baru balik apartment. Mandi, solat, kemas-kemas barang semua, dekat pukul 7.45mlm baru gerak ke KTM komuter. Masa tuh sangatlah jamn. Tak expect langsung jalan Nilai-Mantin jamn mengalahkan semut-semut hitam beratur nak masuk pintu-lubang-yang-muat-muat-untuk-seekor-semut-yang-makan-pil-pelangsing.

Pukul 8.00pm, sampai KTM. Sebenarnya kalau naik taxi, 5-10 minit pun boleh sampai ke KTM dari apartment aku. Kalau taxi tuh pasang sayap a.k.a bawak cakduh-cakduh (bwk laju-laju dengan mengabaikan undang-undang jalan raya), maybe kurang 5 minit dah sampai. Tapi jamn punya pasal, so lambat jugak. Then kat KTM, beli la tiket ke UKM Bangi. Ingat sampai sana, naik taxi lagi untuk ke hentian kajang. Tapi, tunggu punya tunggu, KTM tak sampai-sampai sampaaailah pukul 8.30pm. Dengan muka yang poyo, pergi lah tanya brother cashier KTM tu, dia cakap KTM batal. Next train pukul 9pm. Itu pun kalau ada. wajib tak sempat kalau tunggu KTM. Nak tak nak, terpaksa amik teksi. Mau 2-3 teksi jugak aku tanya, boleh hantar ke Kajang dalam 30minit tak, dan hanya seorang jek yang sanggup nak hantar masa tu. Tuh pun sebab die kesian bila aku buat muka comel nak naik taxi die... hau3.



Dalam perjalanan ke Hentian Kajang tuh, borak-borak lah dengan driver taxi tuh. Macam-macam jenis lawak die keluarkan untuk hilangkan kerisauan takot terlepas bas, terhibur lah jugak walaupon tengah rungsing. haih! Bila pak cik tuh tengok aku makin kalut bila jam dah melepasi pukul 8.50pm, dia sarankan aku call counter tuh mintak hold dulu bas dari bertolak. Ahaaa, bagus-bagus! Idea yang sangat bagus. Tapi pakcik, takdeeeerrr no counter basss tuh lah.
=(

Then, teringat yang hari tuh naik sekali dengan kawan. Student UKM. So, mintak tolong dia ambik no counter BAS SANI EKSPRESS tuh. Dapat! Terus call, tapi engage sebab minah tuh dok layan FB/Youtube (tak baik fitnah~hohoho.insaf). Tapi memang tak dapat call time tuh, sebab ada tune 'net net net net' a.k.a connection tune streamyx tuh. So, i calls my friends. Mintak dia pass hp kat akak counter & masa tuh almost 9pm lah :

Me : Hello...

Sani : Hello. Awak kat mana ni ?

Me : Saya kat Bangi. Kejap lagi sampai. Boleh tunggu tak ?

Sani : Maaf dik. Adik sorang jek yang belum sampai ni. Penumpang lain dah ada....

Me : Alaa kak. baru pukul 9pm. Tak boleh ker tunggu kejap lagik? Saya pun on the way dah ni...

Sani : Akak taktau. Driver pun mahu jalan dah ni... (sambil diiringi dengan alunan suara pot-pet-pot-pet dari driver)

Me : Pass jap kat driver.

------ Batteri habis!-----

Waaaaaaahhh... jamn, bateri pulak buat hal...

So, pakcik taxi tuh pun terus speeding.. habis undang-undang jalan raya dia redah. Potong line kiri. Potong double line. Bawak lebih halaju. Memang terasa melompat-lompat naik taxi malam tu. Dan alhamdulillah, berkat usaha dan kesungguhan pak cik taxi tuh, selamat sampai lah kat hentian Kajang tepat pukul 9.08pm. Sebelum turun dari taxi,

Me : Pakcik. Tadi pakcik cakap RM40 kan. Tapi saya bagi 50 laa.Lagi 10 tuh saya halalkan.

Pak cik Taxi : Eh dik. Terima kasih...

Ahaa... jemn. Aku ingat die cakap, "Eh dik, takpeee.. tak perlu susah-susah. naaah, ambik balik baki tambang". Okey-okey, tak kisah die tak bagi sebab memang die dah tolong malam tuh. kalau die tak drive langgar undang-undang, rasa tak balik raya haji lah tahun ni. =(

Turun dari taxi, nampak kelibat akak counter tuh kat depan pintu bas.

Me : Alaaamak akak. Mintaaaaaaakkk maaaff.

Akak Sani : Oh awak yang tadi tu ek.... Haa, lambat sampai.

Me : Haah, saya dari nilai. Naik taxi. Lambat sikit.

Akak Sani : Takpe dik... Tapi lain kali cepat sikit. Bukan lambat sikit... tau! (sambil gelak2 comel dengan kepala senget ke kiri sikit).

Driver plak mencelah...

Driver : Kalau dah tau lambat, nape tak turun awal2... ??

Me : Dah turun awal tadi bang. Gerak kul 7pm dari nilai. Tunggu KTM. Delayed. Delayed. tanya driver taxi, memang KTM ada masalah dari petang tadi. Tadi pun ramai lagi orang kat stesen.. Tuh ambik taxi. Jalan plak jemn.. Mintak maaf lah bang..

Eerrrr... penipuan sunat berlaku di atas. Cuba match balik, time aku gerak dari bilik & time aku bagitau kat driver taxi tuh. Ahaaa... Ok, tak banyak pun tipu. Awal 45minitt ajeek..

Driver : Ye ker jamn? tengok sini ok jek. takpelah, naiklah...

Me : Oki. terima kasih.

Selang beberapa jam, semasa bas melalui kawasan gombak....Aku terdengar driver bising-bising...

Driver : Cilaka. Jemn pulak kat sini... Tak pernah jamn macam ni...

Aku pun gelak lah dalam hatii.. wahahahahahaha! Padan mukaaa... Rasaaaaiin looo!

Alhamdulillah, selamat sampai di Terengganu pukul 6.45am hari Sabtu together with Kak Sal, from KL. Fetched by a sweet gurl, Kak Rosni. And thank you for fetching & sending us to our home, Sista Rosni (if you ever read this).!

End.

p/s : Kunun tanak naik kat seremban, jimat masa. Tapi bila naik kat kajang, lagi banyak masa dibazirkan & wang dihabiskan. haih. Yang dibawa terjatuh tergolek-golek, yang dikejar melayang-layang.

Zaarz,
11.11.11

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |