Wednesday, November 17, 2010

::~92~:: Meeting


First of all, nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban, Haji, Aidulfitri kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam..

Di pagi 10 Zulhijah, saya merasa sangat bosan. Maka, saya pun ingin menpublishkan sedikit cerita semalam bertajuk meeting pagi2 di tempat kerja....


Hari-hari saya meeting. Tajuk meeting saya sangatlah bosan. Untuk pagi ini, meeting dimulakan dengan kata-kata aluan yang bosan dari En. Bos. Beliau berkata, beliau dapat merasakan satu kebanggaan yang menggunung tinggi kerana dapat berkumpul seperti hari-hari lepas untuk meneruskan kebosanan seperti biasa bagi hari ini. Tapi, beliau bercadang untuk tidak bercakap lama-lama, kerna hanya 3 perkara yang mahu dibincangkan dalam mesyuarat ini. Sejam selepas itu, hanya 2/3 point baru sahaja disentuh, dan menyebabkan kebosanan makin dirasai di kalangan ahli yang hadir. So, lepas ketiga2 perkara dah diusulkan, Mr Bos tadi pun bertanya (macam round table) untuk setiap ahli lembaga raksasa mesyuarat, dan masa itu Mr Supervisor 1 yang berketurunan chinese berkata,

"Saya tidak mahu jadi ahli meeting ajaa.... Saya mahu jadi manager macam awak juga..."

Berhadapan si Mr Supervisor 1, suara Mr Engineer 1 kedengaran,

"Mana boleh itu macam macha, saya pun nak jadi manager....", dan 2 orang budak praktikal pun terus berkata serentak,

"Saya nak jugek!", sambil buat muka ^_^ (cute) macam dalam skype tuh. Pastu, supervisor 2 pula menambah,

"Boss A, saya dah kerja more than 6 years, how come you guys trying to forget my position here. I strictly want to be a....." Dengan tiba2, kak Engineer yang tengah pregnant 6 bulan tuh berkata perlahan2, tapi masih boleh didengari oleh dua orang di sebelahnya..



"(perghh, speaking siot....)", sambil menggosok2 kandungan dia.

Untuk tidak mengeruhkan keadaan masa tuh, boss A mula berkata "Kenapa kamu semua ini?", Tegas. Menyebabkan semua ahli mesyuarat diam seketika, barangkali menghormati boss A yang bakal naik angin itu. Dia berkata lagi,

"Kenapa semua nak jadi manager, kamu tak suka di bawah seliaan saya ke?".

Satu pertanyaan yang menimbulkan tanda tanya bagi supervisor-supervisor dan engineer2 yang ada. Sekali lagi, suasana bilik mesyuarat tanpa kerusi itu diam, sepi dan sunyi.. Suasana sepi tersebut dihilangkan setelah satu-satunya kerani di department itu berbual2 dengan supervisor B.....

Kerani : Tak masuk akal la kalau semua nak jadi bos, abis tu kita nak campak kat mana?

Supervisor B : Campak je kita ke laut. Susah sangat.

Kerani : Ko suhla boss campak ko ke laut. aku nak dicampak ke mekah. dapat title haji terus.

Supervisor B : Diamlah. Bagi boss A cakap sampai lebam2 dulu...

Sementara itu, boss A mengeluarkan sesuatu dari poket beliau dan berkata,

"Hadirin yang dimuliakan, sekarang tiba jualah masa untuk saya tunjukkan slip gaji saya. Di sini, tertera gaji saya ialah 5.1k, saya xkesah pun kamu semua jadi manager, asalkan gaji saya sedikit tak berganjak atau berkurang dari apa yang saya dapat sekarang. Saya jugak menggalakkan kamu semua jadi manager, sebab saya berasa sungguh boring kerna bersendirian dan tidak mempunyai teman-teman se-position dengan saya. Dan saya amatlah excited dengan keputusan anda semua untuk jadi manager. Maka dengan ini, sebelum masa makin banyak dibazirkan, saya sebulat suara melantik anda semua menjadi manager." Majlis bersurai.

Semua yang ada dekat meeting tersebut termasuk inspector2 terpinga2......merajuk

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |