Tuesday, November 02, 2010

::~90~:: Berjauhan dengan kampung halaman, tinggal di tempat pelarian...


Andainya kita belum mengantuk, belum tentu kita mahu tidur.....

Helo..

Helo...

Helo......


Tetiba rasa kedatangan mood nak update blog yang nyata.. Fuh, tercungap2 berlari untuk balik ke bilik sebab pintu bilik tak dapat dikunci dek tertinggal kat seremban hari tuh.... Nafas pun masih lebat lagik, belum reda ke tahap2 normal.... Tapi tidak mengapa, di mana ada rasa nak update blog, di situ lah ada kemahuan untuk memerah idea2 mengarut serba sedikit... Hih~


[~Ini dipanggil VS Industry~]

Ekceli da masuk 2 bulan aku berjauhan dengan kampung halaman, dan ini adelah minggu ketiga di tempat perlarian yang dipanggil VS Industry.... Sebagai...... ~ T_T Walaupun berlainan dengan kos aku, tapi okeh la kerja kat sini. Memuaskan banyak pihak, termasuk family, anak2 sedara, dan diri sendiri. Kenapa aku berkata sedemikian ? Ini kerana.... kepuasan kepada siblings tuh termasuk mak + ayah sebab anaknya ini bakal mendapat pekerjaan tetap. Untuk anak sedara, diorang sudahpun berasa selamat sebab dah confirm duit raya tahun depan akan bertambah, dan untuk dirik sendirik memang sangat puas sebab buleh tengok cewek-cewek indon tetiap hari dalam VS tersebut, nak2 cik Ika Yunita, Rina, Evi Wahdiyatus, dan Aekish, jejaka dari nepal... muka sebijik macam shah rukh khan macam aku, siot!~!Haha~ Takde lah, takdelah... semua mereka2 ni adelah pekerja2 yang berpengalaman yang selalu berborak2 dengan aku lah..... hua2.. =)



Walaupun dah masuk minggu ketiga ini... masih-tak-berapa-banyak yang dipelajari. Bak kata pepatah, mengumpul pengalaman biar la sampai ke planet pluto. kan ? Hehe. So, so, so... selama 3 minggu berprektikal kat sini, so far so so good lah. sebab so far so so good tuh lah menyebabkan aku reject satu offer as MT Elec. Engineer baru2 ni.... Biarlah, kumpul pengalaman kat company nie dulu. Then lepas 1-2 tahun baru tukar compeni len... (Isk, ni kalau boss baca mampus!). Hik, satu lagik nak cakap..... kat department aku nie, ada 6 orang makhluk yang selalu membantu kami berdua (Sobri - Age 25, Single, Still looking) dalam hal2 berkaitan management dan leading people nie.... Dan terima kasih lah buat supervisor2; Kak Ejud, Kak Roy, Kak Atie & Mr Chin yang selalu suh masuk line tengok2 bebudak buat keje, engineer2, Kak Iza & En. Din yang selalu ajar2 pasal QSI2x yang berpinar2 bijik mata bila tengok drawing2 halus benang tersebut...

Dan last skali, boleh dikatakan setakat ini saya berasa 58% satisfied dengan job sedia ada skang nie....Jangan bimbang, peratusan dia takkan menaik tinggi2 sangat.... maybe makin turun lepas ketinggian die dah melampau dari had-had yang dibenarkan, dan bila keturunan peratusan berlaku, maka readylah untuk bertukar bahagian..hoho~ =) Tapi lepas nie, mintak2 ditukar ke bahagian production pulak... hohoo~ =p


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |