Monday, October 04, 2010

::~89~:: YGRACT, IMREC, Iskandar Malaysia


Entry kali ini dimulakan dengan kalimah,

Assamualaikum…


Hari ini adalah hari cuti bagi seluruh warga IMREC. So, sebagai salah seorang homosapien yang termasuk dalam warga IMREC, saya merasa sangatlah bosan dan tak-tau-nak-buat-apa dah.

Nak,


Tidur ?
Tak mengantuk.
Makan ? Tak lapar. Café tutup. Transport pun takde.
Joging ? Bukan masa tengah hari nie.
Tengok movie/drama ?
Baru je lepas tengok movie ke 4 berturut2 sejak pagi tadi.
Membaca novel ?
Dah, masuk page ke 47, sindrom mata kuyu datang..
Bergayut ? Awek takde. Dengan parents? No thanks, nanti kena marah call masa prayer zuhur nih. Maybe lain masa insyaAllah.



So, apa nak buat sekarang ek? Adeh, kalau minggu lepas, masa dan ketika convocation tuh, takpe la nak gi memana sebab parents ada sekali. Nak makan, tak susah n order jek. Nak gi shopping, driver ada. Tapi sekarang, hidup sorang2 sambil tengok monyet2 yang setia menunggu di luar tingkap bilik untuk mendapatkan secebis makanan bergelar roti dari aku. Heh, sungguh kasihan monyet2 tersebut, dari pagi tadi duk menjerit “rrrkk…rrrkkk….mieeeet wiiiiete eeeiiiik…” yang seerti dengan, “bread…bread..we want mighty white's bread”. Hoh, sebungkus roti dah pun habis di pass-pass untuk golongan monyet2 tersebut. Chait, sebelum contents dipenuhi dengan cerita monyet, aku stop sini dulu la yer…


Dua-tiga minggu yang lepas, ramai yang bertanya aku…. Tengah buat ape? Stadi ke keje? Keje ape? Best blajar? Dan agak penat + shy2 cats nak menjawab soalan sebegitu rupa, so dengan sendirinya hati aku tergerak la nak join satu program yang dipanggil IMREC. BTW, mesti ramai lagi taktau IMREC tu ape kan ? Senang je, lepas aku explain mesti semuanya faham dan tau ape itu IMREC. Okey anak-anak sekalian, duk dekat2.. rapat2… Lutut tu kasi sentuh satu sama lain, tak dapat nak sentuh2 lutut, kasi sentuh dengan laptop pun takpe… Ok, sebenarnya IMREC ni… “pergi google, taip IMREC, baca da faham sendirik”. Ok settle bab explanation tuh.


Hari ini, tak salah aku… genap la 2 minggu aku hidup bergelumang dengan IMREC. Program IMREC ni actually ditaja oleh Iskandar Malaysia, skali dengan Tajma Consulting. Contents program sama dengan program soft skill yang sebelum ni, macam IMGLAD, GEMs, BEST, INSTEP dan memacam lagi. Objektif utama program ni, adalah untuk menerapkan soft skill ke dalam diri unemployed graduates nih. Haih. Di sebalik itu, sebenarnya program ini adalah bertujuan untuk mengambil graduan-tak-malu-takde-keje-lagi tu untuk bekerja di wilayah Iskandar Malaysia. Iskandar tu adalah satu kawasan di Johor, yang telah dirangka menjadi salah satu bandar satelit yang paling membangun dan maju di Malaysia dalam masa 20 tahun akan datang. Huh, macam banyak plak nak kene explain.

Di pendekkan cerita, aku kene menjalani latihan ini selama 3 bulan, di mana 1 bulan untuk classroom training, 2 bulan untuk internship. If and only if my performance goes well plus there are vacancies, then I will be absorbed to the company in iskandar region to work with them forever and ever after. Hoh, macam tu la serba sikit fasal training ni.
Dan dalam masa 1 month classroom training tuh, agak-sungguh-sangat-bagus la jugak. Banyak jumpa kawan2 baru. Banyak benda baru dipelajari. Banyak kenal ngan orang2 yang berjaya. Dan banyak makan makanan best2. Heh, tipu jek untuk last part tuh. =P Dan alhamdulillah, kawan-kawan baru aku tuh semuanya okey2 jugak la, sangat friendly, sungguh baik, dan mempunyai semangat assabiah yang menebal di dalam diri masing2. Hehe… And, paling penting. Ada la sorang aku minat dalam kelas tuh. Shh, actually dua, eh bukan2… tiga….. Eh, tak kot… Maybe 4. Hmm, Entah. Mungkin semua yang berada dalam kelas tu aku minat. ^-^ Hoho, last but not very least.. aku harapkan persahabatan yang baru je terjalin 2 minggu ni dengan dorang, tetap berkekalan untuk 200tahun akan datang. InsyaAllah.


[~Half of us, excluded me as the photographer~]

p/s : Photographer ni selalu rugi kan, sebab selalu tak termasuk dalam gambar... gigil

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |