Tuesday, January 26, 2010

::~63~:: First Week of January (PART 2)



Sebelum tirai januari 2010 sampai penghujungnya, saya nak sambung posting sebelum ini... Jom kita flashback 24 hari yang lepas... Kalau yang belum baca tuh, baca laa
posting nie dulu yer...

Memandangkan 1 januari dah cerita, 2 januari pun dah bagitau... so, sekang kita sambung ngan 3 Januari la ek.. Ehh... Sebelum cerita, kena bukak diari dulu... tengok2 balik aktiviti 20 hari yang lepas...


** This post kinda boring because it was directly taken from my dear-rie, those who still insists to read... go on. Tapi yang macam malas dah nak baca dan jenis tak suka baca diari orang, okay je nak stop sekarang pun. kenyit Anyway, enjoy d reading.



3 Januari 2010

Hari ahad, 3 Januari tak banyak benda yang berlaku. Tapi untuk hari nie, persiapan untuk menempuh hari-hari kebusyan akan bermula. So, untuk minggu ini... banyak benda yang kena buat, amik barang PSM, terkejar sana-sini jugaklah untuk cari barang PSM tuh, siapkan overall circuit sebelum presenting to the Mr Supervisor... So, pendek cerita hari ahad tuh.. memang takde benda tak menarik yang berlaku pun, yang menarik lagi laa takkan berlaku..


6 Januari 2010

Kuliah High Voltage Technology (IVAT) yang memboringkan berjalan seperti biasa. Dan semasa berada dalam kuliah tersebut, tepat pukul 12.30 tengahari, terima call dari seorang operator perempuan yang memang dah terkenal tahap keseksian-nya, iaitu Cik _ _ _ _ dari Nokia Care Centre Johor mengatakan handphone saya dah siap repair. So, Cik 4-huruf tuh pun meminta sambil merayu2 saya untuk mengambil handphone berjenama nokia sebelum pukul 7 petang hari yang sama. Dan dalam masa itu, terus agreed nak pergi ambil hari ini before pukul 5.

Masuk aja pukul 3.00 petang, terus bertolak ke Nokia Care Centre JB dekat bangunan Landmark Johor tuh untuk bertemu dengan Cik 4-Huruf yang secara tidak langsungnya, apabila memandang dia maka terasa terseksa jugak laa nak alihkan pandangan kat tempat lain selain dia.. Hailoh... Sebelum sampai ke City Square, memang sibuk dan sesak sangat jalan di tengah2 bandaraya johor hari tu.. Dengan timbunan kereta yang berpusu2, motor-motor yang mencelah2 di antara kereta, dan puluhan taxi yang melepak kat tepi jalan secara berleluasa menambahkan lagi ke-jamn-nan jalan tersebut ke-damn-an yang sedia ada dalam diri nie.. Nak tak nak, terpaksalah mencelah-celah di antara kereta-kereta tersebut. Dan semasa perbuatan mencelah2 dengan bergaya tuh berlangsung, tiba-tiba kejadian yang memang dinanti2kan sebelum nie terjadi... accident... Kereta depan brek secara tiba2, dek tak sempat nak brek... terlanggar laa jugak bontot kereta itu yang berkilat2... Memandangkan si pembawa kereta tu buat dek jek (maybe die tak sedar) dan kesan perlanggaran tersebut takde ketara sangat, so saya terus laaa bergerak ke depan kereta tersebut... Dan satu perasaan muncul setelah melihat wajah kereta tersebut dari depan, logo bintang tiga (bukan komunis) dan terus berkata,

"YES!!! Aku langgar Mercedes Benz.... Lampu bulat pulak tuh.... Happy giler!!!"

Then, setelah sampai dekat nokia centre tuh... perasaan happy accident dengan mercedes benz lampu bulat tuh bertukar dengan perasaan kecewa yang amat sangat setelah berjumpa dengan Cik 4-Huruf tersebut... Dan sekali lagi hati mula berkata2,

"Kenape pulak Cik ni pakai sopan semacam hari ni... Takde belah sana belah sini lagik... Ala.. Frustnye...".

So, hari tuh pasrah jek lah dengan apa yang berlaku.. dan handphone yang dibaiki semula tuh pun, dah okay balik... dah boleh guna.. dah boleh nak wifi-ing dan 3G-ing smula dah..
adacall


8 Januari 2010

Jeez, selipar kesayangan yang telah dipakai selama satu dua semester, putus secara tiba2... selipar tu putus, bukan satu, tapi dua pulak tue... Yang satu tu putus masa pergi solat jumaat... Elok2 jek nak turun motor, sempat melangkah 2-3 tapak... pap... putus! Hailoh.... Terpaksa laa jalan sambil menjijing menggalas memegang selipar yang sebelah lagi tue...

Dan yang takleh blah, backup selipar merangkap selipar kedua putus jugak masa balik dari beli bebarang elektrik untuk projek tadi.. Agaknya tengah hujan, then licin... selipar pun putus.. bila selipar putus ? Maka si pemakainya jatuh terjelopong laaa.... Tapi cepat2 bangun dalam kesakitan, sebab nak selamatkan komponen2 elektrik dari mati lemas dalam longkang yang ber'arus' deras tue.. T_T Dan disebabkan selipar tuh si A (maaf, nama terpaksa dirahsiakan) jatuh kejedebok, maka selipar tuh pun telah dicampakkan ke dalam tong sampah bulat K10 kaler hitam..

Sebenarnya, sebelum selipar ni putus.. beliau dah menunjukkan tanda-tanda akhir sebelum pemergian beliau ke dalam tong sampah tuh.. Pertamanya, selipar ni agak-agak longgar semasa diguna pakai untuk ke kelas, malahan beberapa kali tercabut di dalam bilik air.. Dan semalam (7 Januari), selipar tuh juga putus semasa pergi ke arked K9... Putus dihadapan pandangan2 wanita yang comel-domel, ni semua gara-gara seorang lelaki hidung belang yang pijak selipar tuh secara tak sengaja.. Olo... Malu gila sungguh-sungguh masa tu... tapi, macam biasalah.. penulis blog ni kan seorang yang macho, maka dia dapat mencontrolkan dirinya memasang semula tali selipar tersebut dengan dahi yang berkerut2... Anyway, kepada sesiapa yang masih berhajat mahupun berminat nak tengok selipar tersebut, bolehlah datang ke sini... atau terus ke pusat pelupusan sampah negeri johor yang terletak di guantanamo.. angkatkening

Sampai sekarang, hanya tinggal back-up selipar yang dihadiahkan oleh budak tahun satu tuh diguna-pakai untuk ke kelas, tandas, dan dating...topi

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |