Friday, January 08, 2010

::~59~:: First Week of January



Baru je seminggu berada di dalam tahun baru, dah macam-macam perkara yang berlaku... Semua perasaan sedih, gembira, kelakar, kecewa, putus asa dah bercampur-maur menjadi permulaan yang seakan mencabar bagi melengkapkan acuan hidup di tahun 2010 nie....


Kita start dari 1hb, apa yang berlaku ?


1hb Januari 2010 :

Hampir accident dengan mat-rempit-UTM dekat selekoh Kolej Tun Hussein Onn... Masa tu tengah bonceng Azizul, so sayalah yang bawak motor... nak kata laju, dugong berenang dalam tasik UTM boleh potong lagi kot.. nak kata slow, tenuk species tapir air menjalar atas Lebuhraya Karak pun tak dapat lagi nak overtake, *rasanya-lah*. Tapi alhamdulillah, dek kerana berhemahnya (sila baca : cekap, mantap, hebat encem) menunggang malam tue.. sempat mengelak dan membrek dari dilanggar mamat tue. Jijo pun sempat berpaling dan sound, "WooooooooiiiIiiii....lahanat ". Haihlo, ramai sungguh penunggang motorsikal mahupun pemandu kereta yang tak lepas undang2 kat UTM ni. Diorang nie kalau nak belok, main pakai niat jek. Bajek orang belakang, depan, kiri, kanan boleh tahu pakai niat jugak arah mana dorang nak belok tue.. Hailooo... Lepas ni ingat nak je suruh Sarjan Misai kat UTM ni bukak kursus undang2 free kat mereka-mereka semuanya ni (perempuan dan foreigner, amnya).


2hb Januari 2010 :

2hb Januari ni jatuh pada hari sabtu, dan kalau ikut kalendar hijrah... 16 Muharam 1431H. So, untuk hari tue berlangsungkawa-lah majlis anak-anak terengganu bersama Menteri Besar Terengganu, Ahmad Azhar bin Awang (yang ni bakal je) Idris Jusoh(runtuh habis stadium terengganu) Datuk Ahmad Said. Dengan ditemani oleh si faiz (alaa... yang selalu kat facebook tu, die akan cakap cam nie kat wall saya. "Azhar, miss u". takpun, "rindula...".. takpun, "awak buat apa tue" takpun.... okay, sudah2... serius, saya rasa jelek-melek dah ngan ayat2 faiz poyo tue.. Hehe~ ^_^. Kes malam tu berlaku camni, bila faiz yang berada di luar dewan sms saya yang berada dalam dewan ajak balik...

Faiz : Weih azhar, mu tanak balik lagi ke ?

ZaaRz : Tanak lagi. Aku dapat hadiah nie....

2 saat selepas tue,

Faiz : Eh... mu dapat hadiah ke ? Hadiah pe ?

ZaaRz : Haah... dapat! Hamper jek... (actually faiz kena tipu bulat2 heksagon2 masa ni gelakguling)

1 minit kemudian,

Announcer : 382, 786.... bla bla bla... (bold tu, nombor azimat saya. dah jampi bagi ayat pengasih sekali pon).

Sebenarnya, masa saya reply tu tengah tunggu lucky draw, arround 10 prizes left.. dan tahap2 akhir la kan, mesti laa yang tinggal hadiah yang best2 kan ? Orang terengganu kate, "ge-reng pe-rehs" yang seerti dengan "grand prizes".

So, berkat menipu faiz tue... hadiah hamper bertukarlah menjadi mende alah di bawah...


[~Hye kawan2, saya toaster. Tuan baru saya adalah ZaaRz. Saya bersedia berbakti untuknya peace~]

Ucapan dalam hati masa dapat hadiah :
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi di atas hadiah yang bermakna buat saya, keluarga saya, rakan2 terutamanya teman sebilik kerana dianugerahi toaster. Saya berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, dan Datuk A Samad Said (xingat nama lol) kerana memberi peluang untuk berada di dalam majlis ini serta diganjarkan dengan toaster. Selama ini, hidup saya sungguh susah dan syahdu tanpa toaster.. tanpa toaster, saya terpaksa... diboldkan sekali lagi... terpaksa, makan-roti-cicah-air-kosong-sampai-lembik. InsyaAllah, lepas ni saya dan rumate saya boleh makan-roti-bakar-sapu-jem-kaya-aji-Mighty White gitu....
rindu


**akan bersambung**

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |