Thursday, December 17, 2009

::~53~:: Mom. Ibu. Mak. Ummi.


This article was read-attracted-copy-paste for this blog.. Enjoy the reading.. ;)

Kepada semua insan yang mempunyai mak...


Ibu. Emak. Mama. Ummi. Amma. Bonda. Mummy. Mom. Mother.

Semuanya merujuk kepada satu, iaitu insan yang melahirkan kita di muka bumi. Ada manusia dilahirkan tanpa bapa, tetapi tidak mungkin manusia itu dilahirkan tanpa ibu.

Menjadi ibu merupakan tanda kehormatan tertinggi kepada seorang wanita. Kedudukan seorang yang bergelar ibu, martabatnya jauh melampaui martabat seorang gadis dan seorang isteri.

Hadis Rasulullah,

"Syurga itu di bawah tapak kaki ibu."

Manakala dalam satu hadis yang lain, mafhumnya membawa maksud darjat seorang ibu itu 3 kali lebih tinggi dari darjat seorang ayah.



Siapakah yang layak dianugerahkan penghormatan sebegitu rupa sekiranya bukan kepada mereka yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan 10 hari?


Mereka lah yang menanggung beban dan karenah kita sepanjang mengandungkan kita seperti menghadapi loya pening, tendangan kita, sakit sebab kita tersalah duduk di dalam perut ibu dan sebagainya.

Mereka juga yang menderita di saat melahirkan kita di muka bumi ini. Mereka menyabung nyawa demi meneruskan zuriat tercinta. Segala kesakitan itu seolah-olah hilang bila mendengar tangisan sulung kita.

Tiada siapa yang boleh merasakan ini semua melainkan dia adalah seorang ibu.

Gadis yang tidak bercita-cita menjadi seorang ibu, sesungguhnya dia telah kehilangan satu anugerah dari Ilahi.

Isteri yang tidak mahu mendapat zuriat, sesungguhnya dia telah menolak rezeki Allah yang tidak ternilai harganya.

Ibu yang kita kenal merupakan mereka yang lemah lembut dan mudah mengeluarkan air mata. Tetapi disebalik kelembutan itu terdapat kekentalan semangat yang tidak tentu ada pada si bapa.

Tanyalah kepada kaum bapa, berapa ramai yang sanggup melihat saat isteri mereka melahirkan anak? Baru melihat pun ada yang tidak sanggup, inikan pula kalau ditanya berapa ramai yang sanggup menggantikan tempat isteri di saat melahirkan anak?

Secara fitrahnya, seorang anak itu akan lebih rapat kepada ibu berbanding bapa. Si anak lebih mudah berbicara bersama ibu berbanding bapa. Masakan tidak, semua daripada kita pernah berkongsi hidup selama 9 bulan bersama ibu. Berkongsi sakit, emosi dan makanan yang sama. Malah tempoh itu dipanjangkan pula semasa tempoh susuan selama 2 tahun.

Kebiasaannya, ibu merupakan guru pertama kita. Dialah yang menyebabkan kita mengenal dunia. Tahu mengira serta membaca. Ibu juga merupakan artis idola kita, kerana alunan suaranya begitu mengasyikkan ketika mendodoikan kita tidur.

Jika ditanya kepada umum, masakan ibu merupakan masakan terhebat di dunia. Kehebatan resipi-resipi Chef Wan belum tentu menyamai resipi ikan goreng ibu, kerana ibu telah mengadunkan ramuan kasih sayang di dalamnya. Chef Wan memasak kerana dia tahu betapa mahal bayaran yang bakal beliau dapat, tetapi bila ibu memasak, dia tahu betapa seronoknya hatinya melihat anak-anak kekenyangan.

Berkat dan kasih sayang yang mengalir dari bekas air tangan ibu dalam masakan merupakan sesuatu yang mulai hilang di dunia moden ini. Wanita hari ini sudah mula mengutamakan kerjaya dari keluarga. Tugas memasak, menjaga anak sudah diserahkan kepada pembantu rumah. Maka jangan dikesal, sekiranya anak-anak lebih rapat kepada pembantu rumah berbanding ibu sendiri.

Ibu yang terbaik adalah ibu yang mengajar anaknya mengenal Allah dan Rasul sehingga anaknya mengenal apa itu erti jihad dan perjuangan Islam. Tetapi malang, kalau ibu itu merupakan insan pertama yang mengajar anaknya mengenal para artis dan hiburan yang melalaikan.

Seorang anak yang hebat itu, ibunya sudah pasti seorang yang hebat juga. Ibu seperti ibu kepada Muhamad bin Idris as-Syafi'i sudah semakin kurang di dunia ini.

Ibunya sanggup keseorangan untuk melepaskan anaknya merantau jauh mencari ilmu mengenal Allah dan menyerahkan keselamatan anaknya kepadaNya semata-mata. Akhirnya, bila anaknya sudah bergelar ulama' mujtahid dan pulang bersamanya harta, ibunya enggan menerimanya kembali kerana besama Muhammad bin Idris itu adalah harta.

Baginya, niat menghantar anaknya merantau jauh menuntut ilmu adalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukan untuk mengumpulkan harta. Akhirnya, si ibu menerima kepulangan anaknya setelah semua harta yang dibawanya diagih-agihkan kepada masyarakat setempat. Itulah ketulusan hati ibu kepada Imam Syafi'i Rahimahullah.

Tetapi hari ini, ungkapan biasa seorang ibu itu adalah, "Belajarlah rajin-rajin, nanti dah besar boleh jadi orang kaya, pemimpin negara."

Dan jarang kita mendengar,"Nak, belajarlah, semoga engkau akan mengenal Allah dan Rasul dan mendapat keredhaanNya."

Barangkali inilah antara sebab kenapa Imam Syafi'i mampu menghafaz kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dalam satu malam sahaja kerana ilmu yang dicari bukan untuk harta dan pangkat, tetapi untuk keredhaan Allah.

Kepada anak-anak, bisikkanlah di telinga ibumu sementara dia masih hidup, "Mak, maafkan dosa-dosa anakmu ini dan halalkanlah setiap titis susu yang engkau berikan ketika aku masih kecil dahulu."
~~~~~~~~~~~~

"Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan dosa ibu bapa kami, dan kasihilah mereka seperti mana mereka kasihkan kami sewaktu kami kecil dahulu. Amin."

~~~~~~~~~~~~

Selamat hari jadi, mak.. semoga mak dapat melihat seorang lagi anak yang bakal bergelar engineer yang akan grad pada tahun depan.. InsyaAllah....

PS : diambil dari blog I stalking... Mintak Maaf yer. (I takleh nak link'kan u, again... double-sorry).doa


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |