Syukur, alhamdulillah... minggu yang memenatkan dapat dilalui dengan jayanya... Presentation, semuanya OK. Kerja yang sebelum ni bertangguh2 dan dibuat 'last-seminit', pun dah hantar. Sekarang yang tinggal, report lab & report ethics. Dan semestinya, report PSM yang bakal dipungut minggu depan.. Oh, ketensenan mula kembali bila sebut pasal PSM.. Takpe2, abaikan pasal tue dulu....
Memandangkan adik saya, Tuan Ariffuddin tue bakal melalui zaman kegemilangan SPMnya beberapa minggu lagi, so... sebagai abang yang sentiasa menjalankan tugas-tugas seorang abang yang penuh berkaliber sebagai seorang abang, so abang nak ucapkan selamat menempuh SPM lah untuk Ariff. Abang harap adik dapat menggunakan masa yang ada nie untuk mengulangkaji subjek-subjek yang agak senang bagi abang, tapi "susah nak mampus" bagi adik tue... Tingkatkan segala usaha membuat latihan add-maths tue, insyaAllah... Berkat kesungguhan dan keinginan mendapatkan sebuah laptop second-hand berjenama ACER 5553 Made in Thailand, tercapai nanti..." Okey, dan ini adalah hadiah seorang abang untuk adiknya sempena hari jadinya 4 Jan lepas....
Spec : Symbian OS v9.4, Series 60 rel. 5, 3.2 Mx camera, ade Radio, ade jugek wifi, ade jugek-jugek GPS, touchscreen, 8G Memory card dan macam-macam agi lah~
Alamak, tak sanggup pulak nak menipu lame-lame...



Haiish, seronoknya jadi anak bongsu... nak ape2, semua dapat.. isy, kejelesan sebagai anak kedua bongsu mulai mengganggu benak fikiran lagik... Oh, sadisnya bila takhtaku selama 6 tahun tue dirampas olehmu, Adikku~
p/s : Untuk adik-adik tidak-dikandung-cuma-diangkat di luar sane pun, selamat mendudukki SPM & final Exam yer..






