Thursday, September 17, 2009

::~23~:: Terengganu, Im Here..!!


Juadah berbuka hari ini : 17 September 2009 @ Home...

[~Bubur lambuk...!~]

*******************************************************************

Segala puji bagi Allah SWT, yang masih mengizinkan saya untuk terus bernafas pada malam ini... 17 September 2009, bersamaan 27 Ramadhan 1430H. Dan syukur alhamdulillah, saya telah pun selamat sampai ke destinasi yang dikunjung tiba, Kuala Terengganu tepat pukul 9.30 pagi tadi. Perjalanan yang telah memakan masa selama 11 jam 30 minit tue telah dapat dilalui dengan penuh sabar walaupun terdapatnya beberapa halangan yang berlaku sepanjang trip pulang beraya semalam.

So, sebelum saya bercakap banyak dan meneruskan lagi bebelan saya ke 23 ini, saya nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak. terutamanya sekali kat driver-drebar bas yang telah besengkang mata untuk memastikan perjalanan kami berjalan lancar mengikut perancangan..
celebratetepuktangan Kat mr faizal & eri, peng'handle' bas free tue.. terima kasih banyak-banyak jugak sebab 'masukkan' nama saya time last-last. tanpa korang, rasanya hari ini tak mungkin kot dapat jejak kaki kat negeri terengganu nie..tepuktangan


Trip semalam, best sangat... dan memang best... dan semuanye best. Seronok. Jumpa kawan-kawan senegeri, walaupun takde sorang pun saya kenal, tapi disebabkan mereka ni semua ramah tamah dan baik-baik belaka, so mudah lah untuk bergaul. Apetah lagi, semalam duduk satu seat dengan pompuan yang cung, single pulak tue.. lagi laa best bile dapat tahu die nak cari pakwe dalam mase terdekat nie..Kembang rasanya lubang hidung kejap~ ^_^ rindu Ooops, takdelah.. actually, saya double seat ngan budak laki.. satu fakulti, tapi die baru aje tahun 3. course SEP katenye, heh... serius, mula-mula memang tak tahu lah satu fakulti.. Bila die sebut SEp, baru lah leh teke-teke.. elektrik perhubungan ? die jawab... bukan...! elektrik pendawaian..?? pun bukan... then, elektrik percintaan ? perbomohan ? heh... seme die cakap bukan... rupe-rupenye elektrik perubatan, haih.. tak sangka pulak ade jugak kos elektrik dalam bidang perubatan kat Malaysia nie.. Tapi, tak berapa faham sangat kos tue ntuk ape sebenarnye.. T_T

Sepanjang malam tue, banyak kali jugak berhenti.. Tak salah, 5-8 kali kot... Yer lah, konvoy tiga buah bas. Bila 1st bas berhenti, dua bas kat belakangnya pun berhenti sekali. Bila time makan, berhenti. Nak solat isyak, berhenti. Subuh, berhenti. Even berhenti sahur pun, 2 kali.. Haih. Memang tak pernah lagik la naik bas suke berhenti-berhenti nie... tapi takpe, free punye pasal.. I tak kesahlah!
jelir

Haah, ade ura-ura orang kampung cakap... semalam malam lailatulqadr, betul ker erk ? Kalau betul, bguslah.. sebab semalamlaa malam pertama saya pergi solat isyak kat masjid, kul 3.30 pagi pulak tue.. berkat sungguh! hehe... :P Harap dapat la jugak tempias keberkatan malam seribu bulan tue.. huhu... insyaAllah. topi
Memandangkan dah sampai kat kampung halaman bersama mak ayah tersayang, so lepasnie.. kesibukkan sebagai sorang student tue kurang laa 20% kot.. time duk kampung nie, mesti la kene sibuk tolong mak ayah pulak kan ? tambahan lagi, nak raya... lagi la banyak tugas yang perlu dischedulekan... huhu.. pagi tadi, anak yang bagus dan baik ini sempat gak teman bondanya ke pasar, beli lauk2 nasi.... (sebab ma dah janji nak buat bubur lambuk ari nie...). Dan petang tadi pulak, flush pump kat bilik air yang dah rosak berbulan-bulan tue... dah berjaya ditukar ganti dengan yang baru, hasil kerja seorang student elektrik yang berkemahiran membaiki paip air neh... perlukan khidmat tukang paip ? hubungi saya di talian berikut..... 666 (toiletman) siul

Okeylah, kepada yang belum pulang beraya tue... selamat pulang beraya ekh... semoga perjalanan anda selamat dan dilindungi Allah selalu... dan untuk family abg yo, & kak za.. berhati-hatilah di jalan raya.. ntuk Abg Ri & anak-anak plak, berhati-hati lah di jalan udara... ihikhikcelebrate

*peluk*Saya menunggu kepulangan anda semua.... *peluk*


Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE
 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |