Monday, September 07, 2009

::~19~:: Kejadahan Minggu Ini!!


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih & Penyayang...

Sebelum anda mula membaca ruangan ini sehingga ke penghujungnya, saya rasa moleklah kalau anda beristighfar banyak-banyak dulu dengan tatabahasa yang bakal digunakan di dalam 'post' ini. Maybe kandungan 'post' ini akan menggunakan isi-isi yang boleh memeningkan serta menghuyung-hayangkan diri anda sekiranya kadar pemahaman BM anda berada di bawah paras medium (kurang dari C- SPM, takleh bace! Nanti pengsan~!). Sekian, selamat membaca celotehan yang telah dibuat secara mundar-mandir ZaarZ ini...~

Setelah beberapa hari tak menulis dan menyepikan diri dalam blog ini, akhirnya terdetik jugak rasa ingin meluahkan perasaan yang telah lama terpendam di dalam hati ini... Tiada apa yang boleh dirahsiakan apabila hati mahu berbicara dan berceloteh mengenai 'kehidupan-kerdilnya' di dunia yang penuh dengan dup-dap' nya itu... Begitu sajalah pembukaan ayat yang mantap yang telah diajar oleh Pn. Norma, Cikgu BM saye masa form 5 dulu... Many Thanks for beliau~ peluk

Pertama sekali, saya nak mintak maaf bulat-bulat kepada sesiapa yang pernah melawati blog saya yang seakan-akan padang terkukur ni tanpa update... Tak sempat sangat nak menulis, mengarang, mahupun berceloteh di ruangan nie. Hidup saya sekarang, terumbang ambing bagaikan seorang suami yang tak mendapat perhatian daripada gundik-gundik beliau lah! Heh, mintak maaflah kalau ada orang yang rasa macam tak puasa puas hati dengan penggunaan peribahasa hak-cipta-tersendiri yang tak sedap diserap oleh gegendang telinga tue.. Takde peribahasa yang sesuai untuk mendescribekan keadaan terumbang-ambing saya ketika ini..busuk


Hmmm... minggu nie merupakan minggu kebiziean yang telah menyebabkan ketensenan dan ketekanan serta keserabutan yang amat melampau-lampu untuk saya. Kejadahan ini berpunca daripada kerja yang tak boleh buat dengan berpeluk tubuh, eseimen yang ganas-ganas, ujian yang tak lepas tabung uji, serta projek sarjana muda (PSM) yang macam nak bina satu galaksi bima sakti mengunakan batang mancis... sungguh penat, dan amat memenatkan sangat.. penatsehinggakan, kepala ni rase macam terhantuk di tengah-tengah batang balak yang tersusun dicelahan timbunan konkrit-kontrit beberapa MegaTAN beratnya... Tambah lagi dengan keadaan kesihatan dalaman saya yang tak berapa betul selepas kes 30hb tue.. bahangnya masih terasa, walaupun dah seminggu berlalu.. Dan malam ni, rasa sakit bercampur sedih tue dirasai lagi biarpun tak sehebat sepertimana malam tue.... :sakit:

So, kepada message2 & call2 yang sempat masuk beberapa hari sebelum ni, saya mintak maaf sangat-sangatlah sebab tak dapat nak balas semua message2 anda yang panjang-pendek tue.. Saya tak ada masa sangat sekarang untuk menekan-nekan punat handpone.. Maaf ek!

Dan sekali lagi, saya mintak maaf sebab tak-tau bila boleh balas @ tidak msg-msg yang masuk pada masa akan datang...

Untuk hari ini dan semalam, alhamdulillah, perasaan kentensenan dengan kebusyan hidup ni dah dapat dikurang sikit sebab kelas Visual Basic telah dihabiskan dengan jayanya. Lepasnie, tinggal 1 lagi program yang perlu diambil, maybe OSHA atau Photoshop, taktaulah.. Semuanya terpulang pada masa yang free.... xpasti

Lastly, maybe dalam beberapa hari ini saya tak dapat nak update blog ini cam biasa... Kena settlekan kerja-kerja PSM dan test economy jumaat nanti... Huh~ By the way, Gud luck jugak untuk adik tersayang, Ariff yang tengah mendoakan syahid di medan TRIAL SPM tersebut. Pesanan untuk adik, "Buat yang terbaik ye... Nanti kalau FULL, i'LL give u my love.. hohoho" [Cheh, macam die nak baca aje.. takpe, bila die besar esok2, nak paksa dia baca laa kerajinan abang beliau menulis mende mengarut ni seme.. ] yondaime

**saya penat dipermainkan oleh kejadahan diatas... Dan untuk seseorang tu, janganlah buat saya hanyut dibuli perasaan lovehappy-tak-happyputuscinte lagi! please...:sorry: **

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE

8 comments:

yariennisha on September 7, 2009 at 8:13 AM said...

Wow. Bizinye hidup kau. Iskk~

ZaaRz on September 7, 2009 at 5:34 PM said...

Ko pun same, kan ?

iwan @ reez @1 @ e1 on September 7, 2009 at 8:34 PM said...

HAHAHAHA macam bz tahap cipan. Alaaa biase r tuuu, nama pun student U, mst r bizi. Bro kat sini pun mcm tuu gak, dengan sakit's, assignments, tests, presentations, working's (hahah nampak x, sumer tuu plural, xde yang singular)hahahahha..... ape pun ken banyakkan sabar dan banyakkan doa. insyallah sumer masalah akan selesai dengan jaya nyer :) gud luck my bro :)

ZaaRz on September 8, 2009 at 10:13 AM said...

Hohoo.. Thanks yer bro... Sekarang da masuk mid of the weeks, should be ok dah... Tinggal test, psm, n presentation je satu lagi... :) pastu boleh la rehat skit pas presentation tue.. hehe...

bro kerja jugak ke ? isk.. part time ek ? taktau pulak...

::ViOLeT:: on September 11, 2009 at 1:10 PM said...

uikhh... da ade awek xbgtau akak... hehehhh~~~

ZaaRz on September 11, 2009 at 6:08 PM said...

erk.. awek mane pulak nie ? :P mane ade.. lalala~

tolong carikan leh ? student akak yang form 5 comel2 pun takpe.. ;) hehe

::ViOLeT:: on September 11, 2009 at 6:21 PM said...

tuu ayat tu semacam je kn... heheh
amboi.. mslhnye akak xajar pom 5, ajar pom 2 je.. nak?? hehehhh~~

ZaaRz on September 11, 2009 at 7:15 PM said...

form 2 ? tanak la.. makan pun kene bersuap lagik.. T_T

Post a Comment

 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |