Saturday, August 15, 2009

::~10~:: Sangat Tak Patut


Sebelum malam melabuhkan tirai, sebelum subuh merungkai siang, dan sebelum kelopak mata digantung tak bertali dengan beberapa ketulan batu belah batu bertangkup, ingin saya kongsikan satu cerita berkaitan ngan ke'kurangan' sopan atau lebih tepat lagik dipanggil kebiadaban sesetengah "spesies makhluk" yang yang telah dikurniakan akal untuk berfikir ni..

Kenapa saya berkata demikian ?? Nak tahu ?? Takyahla... Mengumpat nie... Takyah ek ? Oh.. Okay, nanti dosa anda tanggung yeer... Stuju ekk? :) Hehehe...Okay, Cengginie critanya.....



Masa pergi solat jumaat tadi... berlakulah kejadian yang agak menyedihkan bagi saya dan sesiapa jua yang melihatnya walaupun secara tidak langsung apabila seorang lecturer, telah ditengking, dimarahi, serta digasari oleh 2 orang pelajar disebabkan kes kecil... Kesnya disebabkan, lecturer tue reverse kereta dia dan tanpa disedari, terkena la motor yang pelajar tu bawak... Nak kata terbalik, takde la terbalik motor tue... Nak kata kuat, takde bunyi dentuman boom-bom-kebaboom pun tadi... Nak kata teruk, takde pulak orang pi contact bomba, ambulan, bulan sabit merah tadi.. Cuma, tergesel sikit camtue lah.. Tapi, budak yang dibonceng tue, terus turun dari motor dan pergi memarahi + menengking lecturer tersebut... Actually, tak dengar sangat apa yang dia cakap kat lecturer tu, cuma bila lihat gaya, reaksi, serta tindakan budak tue macam nak mengajak lecturer tue keluar kereta untuk bergaduh jek.. Dan budak yang bawak motor tue, turun sekali dan mengetuk-mengetuk cermin kereta lecturer tue sebagai tanda marah, or mungkin just nak cover malu coz berlagak bawak motor laju-laju tapi bila ada halangan kat depan, taktau nak elak cenggane.. Heh~

Isk.. Sangat tak patut bila orang yang nak pergi solat jumaat pun 'ter'tengok jugak perbuatan mereka berdua tue.. Sebagai seorang student pun, saya rasa agak malu jugaklah dengan perangai mereka tue... Walaupun lecturer tue dengan rasa rendah dirinya mengangkat tangan sebagai tanda mintak maaf, tapi diorang pun angkat tangan jugak... cuma, bezanya diorang menuding-nuding jari dekat lecturer tersebut tanda tak puas hati laa kononnya.. Saya rasa, mereka tue tak berapa bijak lah... sebab, beliau taktau yang lecturer diorang tenking-tengking tadi tue.. bukan lah lecturer biasa2 aje, tapi beliau ialah bekas Ketua Jabatan, memegang title Profesor Madya, dan merupakan seorang pengetua kolej di UTM nie.. Heh, kalaulah budak tue tinggal dibawah kolej beliau, rasanya tak lama lagi kena campak ke tasik UTM la mereka berdua tue.. Tinggal setasek dengan ikan-ikan talapia lagi baik gamaknya, takpun bagi aje ikan pirana kat belakang pusat kesihatan tue didik diorang tue.. HOohoHo..

Nasihat untuk budak 2 orang tue (walaupun tahu diorang tak pernah smpai ke blog ni pun), sudahlah berperangai kebudak-budakkan sangat. Setakat tergesel, terlanggar sikit pun nak marah bukan-bukan. Kita ni student, buatlah cara student. Masuk universiti, bukan just untuk belajar akademik stuff mahupun memegang buku 24 jam, tapi belajar lah jugak cara-cara menghormati mereka yang lebih tua dari kita. Dan, selagi ada masa ini.. Buatlah yang terbaik untuk menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, tinggi dengan tatasusila seperti mana yang telah terkandung dalam rukun negara keenam.. [^_^ ]

p/s : Wow, berguna juga rukun tue ek.. Baru daku sedar rupanya.. HaHa =P~

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE

4 comments:

reezLEEN on August 15, 2009 at 8:00 PM said...

semamangnyer budak tuu patut di kategorikan sebagai orang yang x bertamadun dan biadap....
hahaha seharusnyer lecturer tuu pelempang jer budak 2 ekor tuu... wawawa jahat kan bro??? :P

ZaaRz on August 15, 2009 at 11:15 PM said...

tapi, hari tu kan hari jumaat.. ramai orang... lagi satu, lecturer tue baik la.. takkan die buat camtue kot...

reezLEEN on August 17, 2009 at 10:00 PM said...

aaaa ek.... x baek aku :(( hahah

ZaaRz on August 30, 2009 at 2:59 PM said...

erk... kenape bro ? hehehe

Post a Comment

 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |