Friday, August 14, 2009

::~9~:: Badminton...



Tanggal 14 Ogos 2009, bermulalah sejarah yang baru dibuat balik walaupun sudah lama terpendam dalam hidup seorang 'orang', apabila beliau telah mengerakkan otot-otot beliau yang malas berkhidmat tersebut ke medan perjuangan, Kompleks Sukan, UTM untuk berperang menentang musuh-musuh yang hensem tapi baik hati... Alah, penat pulak guna ayat piawai nie. Kalau guna ayat tak formal aje, boleh tak ? heh, saya rasa mesti lah boleh kan ? sebab..sebab.. ni kan blog saya, yang awak, kamu, ngko, cik, hangpa, demo, gua dan sebagai kata nama yang tak formal lagik sibuk apasal ? cheh, ayat macam nak cari gaduh jek.. Takdalah, taknak bergaduh dengan sesiapa pun setakat ni, kalau nak bergaduh pun, tunggu saya kuat, tinggi, besar (perasaan kecik masih menyelubungi diri), dan cukup sifat dulu yep. =P


Heh, mesti korang ingat saya dah menyertai PALAPES atas ATMA kan ? Heh.. Sebenarnya....



Pukul 8 pagi tadi adalah segerombolan pelajar bersenjatakan raket yang menggunakan ‘technology nano’, Ezzad , Hidzir dan Haziq serta saya pergilah main badminton kat kompleks sukan.. Erk, saye datang lambat... Pukul 9 baru terhegeh-hegeh nak pergi main walaupun diorang semua dah start main dlu.. tapi takpelah, just terlewat.. better terlewat dari tak pergi kan (pinjam moto lambat ke kelas jap).

Penat jugak main badminton setelah lama tak bermain ni, masa main tadi pun... otot-otot yang pemalas ni pun berkata-kata,

cheh, berlagak nak buat kita orang otot bekerja, padahal dia pun malas nak jugak nak main hari ini...

Oh, memang pandai otot tue berkata-kata, siapa yang ajar taktaulah.. Eh, memang tak ade mood sangat nak main badminton hari ni.. Tapi dah diajak banyak kali, terpaksa menurunkan diri jugak la ke kompleks sukan tue. Hehe.. Tue la match hari ni banyak kalah (padahal memang tak pandai main)... Sejak raket yang dibeli masa tahun satu guna duit sendiri tu hilang sem lepas, semangat keper'badminton'nan tue dah tak mencapub sangat lah.. tambah-tambah lagi bila stokin yang selalu dipakai tak dapat di jumpai tadi, lagi lah takde semangat nak main... Heh...Malas.

Btw.. Disebabkan saya datang pukul 9 dengan terhegeh-hegeh sambil menggalas stokin berlainan kaler, so just sempat main 4 game jek tadi. 4 game jee... kalau time muda-muda dulu, main 7-8 berturutan pun larat... Sekarang mintak maaf lah yerp, sejak lemak pada perut dan pipi dah berjaya melekat kat tempat favourite diorang nie.. makin malas nak keluar beriadah.. Jeles jugak bila tengok jaguh-jaguh bertaraf kolej tadi main, hebat-hebat berlaka... Wah, piawai lagik ayat... Hehehe... Jangan marah... Saya di luar sana takda lah nak guna ayat-ayat piawai cenggini... =P

Papepun, tahniahlah kepada mereka diatas kerana begitu hebat membuli-bula saya dengan seronoknya.. Wah, sedeh kena buli nie... (T___T). Thanks jugak sebab semangat giler sampai missed call + message berapa juta trillion just nak mengajak saya bermain pagi tadi yer... :P~

Ezzad, nanti-nanti ajaklah lagi..... [^_^]

Click to Share With Others :
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter
YOUR ADSENSE CODE GOES HERE

3 comments:

yariennisha. on August 14, 2009 at 3:28 PM said...

Pergh.. panjang beb kau bebel kali ni.
hehe..
Dah start main badminton balik ek?
Bagus2..
Smuga sihat slalu!
:D

reezLEEN on August 14, 2009 at 7:46 PM said...

jom lawan..... ade beran???? :P

ZaaRz on August 15, 2009 at 2:22 AM said...

erk.... cenggitue la bile takde keje.. hehe... bile laaa anis nak main badminton ngan aku ek ? dari tahun satu ajak nie.. =P

Heh... bro, jom2... tapi nati orang kalah lagik la.. :(

Post a Comment

 

[::~The Bebeller~::]

My Photo
ZaaRz
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saya tak suka menulis. Tapi saya suka bercerita. Dengan itu tak bermaksud saya suka cakap, saya seorang yang pendiam aje. Tak reti nak cerita pasal 'orang lain', kutuk-mengutuk, fitnah-menfitnah, caci-mencerca bukan style saya. Saya hanya menulis fasal diri saya dan mereka-mereka di sekeliling saya. Semua cerita yang saya karang, merupakan pengalaman istimewa untuk saya. Dengan tambahan rakan-rakan sebagai penyeri, family yang menceriai hidup ini, dan mak ayah sebagai pelengkap hidup, saya rasa hidup saya amat bermakna. Kerna diriku sungguh berharga, auu! Anyway, kalau saya rajin, banyak masalah yang perlu diluahkan, or even ada idea nak sembur-sembur sini, ada lah post baru. tiba time malas? Maaf aja la. Oh ye, saya tak ramai kawan. Cuma ramai peminat aje, hotttt kan saya? Hidup & diri saya simple. Dan Alhamdulillah dengan kesimple-lan itu, saya jadi diri saya yang sebenar-benarnya. Terima Kasih buat kengkawan yang bakal mahupun pernah bergelar kawan saya. Anyway, hontouni arigatou kerana singgah sini.. =)
View my complete profile

[::~Recent Entries~::]

Powered by Zaarz

[::~Top Commenters~::]

Powered by Zaarz

| ::~EnDLeSS ThouGhT oF MiNe~:: © 2009. All Rights Reserved | Template Style by My Blogger Tricks .com | Design by Brian Gardner | Back To Top |