Selamat pulang kepada adik Ariff.
Selamat pulang kepada Kak sal.
Selamat bakal pulang kepada Kak Jie dan sekeluarga.
dan,
Selamat bakal pulang kepada Abg Ri dan sekeluarga.
Dalam 10 adik beradik yang ada, 2 daripadanya telah selamat sampai. Alhamdulillah, semasa aku meng-update blog ni, ayah dalam perjalanan pulang dari menjemput kak sal yang baru aja tiba di stesen bas bandar KT tepat pukul 5.30 tadi. Diharapkan, Kak Jie dan tentera-tentera hyperaktifnya dari pahang tiba petang ni dengan selamatnya. Dan insyaAllah, flight dari Sarawak yang membawa Abg Ri sekeluarga dijangka landing malam ni...
Haah, untuk raya tahun ni.. hanya mereka-mereka di atas ja yang dijangka wujud dan dapat dilihat serta dapat dipau duit raya masa hari raya pertama. Lain-lain adik beradik, insyaAllah akan membanjiri rumah ni masa raya kedua & ketiga. Haih~ Ni mesti kes tak menang pilih kampung nak balik beraya, terpaksa balik lewat... kwang-kwang. =P So, list untuk mereka² yang akan balik selepas raya pertama berserta alasan diorang adalah,
Raya Kedua,
Kak Za dari Kelantan - "Gagala lepas anak-anak memihak kepada abienya utk beraya di kelantan".
Kak Da dr Teregganu - "Tahun lepas terengganu dekat sana dah, tahun ni terengganu belah sini pulak.."
Raya Ketiga,
Abg Yo dr Sembilan - "Ikut mana yang best. Kalau raya pertama dah bosan kat kedah, terus balik terengganu raya kedua".
Actually, aku tak kisah pun diorang nak balik hari ni, esok atau pun lepas raya, yang penting, dapat berkumpul bersama-sama sambil bercerita, bergelak-tawa mahupun bercakar-cakaran antara satu sama lain sampai puas..... He He He...
Haihh... sekejap ja rasa sebulan puasa, pejam-celik-pejam-dengkur, tau² esok dah nak raya. Dan rumah yang dulunya sunyi dengan kami 3 beranak (aku, ma, ayah), kini bakal kembali bising dengan ngauman-ngauman anak sedara yang 20 orang jumlahnya. Fuh, bila ingat angka 20 orang anak sedara tuh, rasa senget sebelah bahu.... bila nampak dedua puluh orang tu, rasa patah tulang belakang nak melayan ragam-ragam dorang... haih haih. Takpe, sekali setahun patah tulang belakang......