Err.. lama gak tak update blog nie, so aku dengan rendah diriknya memintak maaflah sebab lama menyepi dari arena pem-blogger-gan nie...
Esok, 31hb... maka genap lah sebulan 22 hari peristiwa hitam aku antara paper exam High Voltage-kerusi dan Haziq. Peristiwa tuh memang hitam, tapi ada manis jugak sebab dari peristiwa tu lah terbentuknya satu kenangan yang akan diingati sampai bila-bila...
Meh kite putar balik masa ke 9.4.2010....
Di satu pagi Jumaat yang dingin, ZaaRz ke dewan peperiksaan P16 yang terletak di satu kawasan berbukit di Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Dengan semangat waja dan berkobar-kobar untuk menduduki kertas Voltan Tinggi hari itu, beliau telah datang setengah jam awal sebelum peperiksaan bermula. Apabila pengawas peperiksaan yang bertugas ketika itu membenarkan para pelajar masuk dewan, ZaaRz yang telah menunggu di depan pintu masuk dewan masuk dengan cepat-cepat sambil mencari tempat kosong. Biasalah, sebelum menjawab paper, mesti kena cari tempat duduk yang sesuai dulu kan bagi memenuhi kehendak hati yang menginginkan keselesaaan dalam menjawab exam kan ? So, Haziq, mubarak dan beberapa pelajar lain seperti presiden bushi-bushi turut mencari tempat duduk masing2.
Entah kenapa, gerombolan pelajar-pelajar lain yang masuk dulu sebelum ZaaRz tu.... tidak memilih salah satu kerusi yang terletak di barisan ke tiga, lajur ke empat dari kanan...Tapi, dengan cepat-cepat si Zaarz yang tak pernah merasa bersalah dalam hidupnya memilih tempat duduk itu sebagai tempat keramat menjawab soalan High Voltage.. Dan semasa duduk, beliau sempat bergoyang-goyang di atas kerusi tersebut ala-ala budak main jongkang-jongket, sambil memerli haziq yang duduk disebelah beliau. Dan.... prappppppp~ praapppp... bukanlah bunyi kentut mahupun sendawa pelajar2, tapi bunyi kerusi keramat tersebut patah....
"Oit, kerusi patah masa nak exam ? Gila malu aku...... "
So begitulah cerita sebulan 22 hari yang lepas.... :) Cerita yang membuatkan aku jatuh terkangkang sambil jalan terkangkang sebab menahan rasa sakit yang bercampur dengan malu.. Haish.. T_T
"Image upload failed"
Upload failed for Kerusi.jpg with error: File not uploaded
Upload failed for Kerusi.jpg with error: File not uploaded
Maaf takleh upload gambor kerusi azimat tuh plak.. T_T