Baru je seminggu berada di dalam tahun baru, dah macam-macam perkara yang berlaku... Semua perasaan sedih, gembira, kelakar, kecewa, putus asa dah bercampur-maur menjadi permulaan yang seakan mencabar bagi melengkapkan acuan hidup di tahun 2010 nie....
Kita start dari 1hb, apa yang berlaku ?
1hb Januari 2010 :
Hampir accident dengan mat-rempit-UTM dekat selekoh Kolej Tun Hussein Onn... Masa tu tengah bonceng Azizul, so sayalah yang bawak motor... nak kata laju, dugong berenang dalam tasik UTM boleh potong lagi kot.. nak kata slow, tenuk species tapir air menjalar atas Lebuhraya Karak pun tak dapat lagi nak overtake, *rasanya-lah*. Tapi alhamdulillah, dek kerana berhemahnya (sila baca : cekap, mantap, hebat ) menunggang malam tue.. sempat mengelak dan membrek dari dilanggar mamat tue. Jijo pun sempat berpaling dan sound, "WooooooooiiiIiiii....
2hb Januari 2010 :
2hb Januari ni jatuh pada hari sabtu, dan kalau ikut kalendar hijrah... 16 Muharam 1431H. So, untuk hari tue berlangsungkawa-lah majlis anak-anak terengganu bersama Menteri Besar Terengganu,
Faiz : Weih azhar, mu tanak balik lagi ke ?
ZaaRz : Tanak lagi. Aku dapat hadiah nie....
2 saat selepas tue,
Faiz : Eh... mu dapat hadiah ke ? Hadiah pe ?
ZaaRz : Haah... dapat! Hamper jek... (actually faiz kena tipu
1 minit kemudian,
Announcer : 382, 786.... bla bla bla... (bold tu, nombor azimat saya. dah jampi bagi ayat pengasih sekali pon).
Sebenarnya, masa saya reply tu tengah tunggu lucky draw, arround 10 prizes left.. dan tahap2 akhir la kan, mesti laa yang tinggal hadiah yang best2 kan ? Orang terengganu kate, "ge-reng pe-rehs" yang seerti dengan "grand prizes".
So, berkat menipu faiz tue... hadiah hamper bertukarlah menjadi mende alah di bawah...
[~Hye kawan2, saya toaster. Tuan baru saya adalah ZaaRz. Saya bersedia berbakti untuknya ~]
Ucapan dalam hati masa dapat hadiah :
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi di atas hadiah yang bermakna buat saya, keluarga saya, rakan2 terutamanya teman sebilik kerana dianugerahi toaster. Saya berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu, dan Datuk A Samad Said (xingat nama lol) kerana memberi peluang untuk berada di dalam majlis ini serta diganjarkan dengan toaster. Selama ini, hidup saya sungguh susah dan syahdu tanpa toaster.. tanpa toaster, saya terpaksa... diboldkan sekali lagi... terpaksa, makan-roti-cicah-air-kosong-sampai-lembik. InsyaAllah, lepas ni saya dan rumate saya boleh makan-roti-bakar-sapu-jem-kaya-aji-Mighty White gitu....
**akan bersambung**