Bangun di awal pagi merupakan salah satu proses normal bagi pelajar, sama ada pelajar sekolah rendah, menengah, mahupun universiti. Mengikut satu perencanaan yang telah dikemukan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia, statistik pada tahun oktober 2009 telah menunjukkan beberapa perubahan tingkahlaku pelajar di mana golongan tersebut akan bangun seawal yang boleh bagi mengulangkaji pelajaran, menjalankan ibadat malam, serta bersenam di awal pagi. Bagi pelajar yang bernama Ahmad Azhar(wow, that was me!), beliau bangun pagi adalah kerana ingin menunaikan solat subuh di mana ianya wajib ditunaikan bagi mereka yang sudah potong, bukan WiMax (err.. sedikit kelucahan disini.. tapi hakikat), dan semakin awal beliau bangun kerana kelaparan yang dialami beliau pada waktu pagi adalah berkadar terus dengan masa. Heh, dah... macam baca berita jek.
Hari ni, bangun pukul 5 lebih... dek taktau nak buat apa sementara tunggu azan subuh, ditambahkan lagi dengan kegatalan kelaparan yang menggaru-garu dari dalam dinding perut, rasa macam tak boleh hidup tanpa makanan jek. Heh, memang realiti kan.. manusia takkan dapat hidup dari makanan, dan makanan takkan dapat lari dari manusia. Errr... Melalut lagi. Sorry.
Si tuang (satu kesalahan tatabahasa disini..) blog pun cari lah makanan yang ada di dalam bilik yang sedang dihuni sengsorang selama 2 hari nie (mane rumate.... rumate.. balik cepat & bawak makanan banyak2), dan terjumpa la sebungkus roti. Tapi, tak dapat nak lahap pun roti tue sebab takde jem. Oh, lupa nak cakap.. Si tuan rumah nie memang tak boleh makan makanan yang takde selingan dengan kawan-kawan kepada makanan tersebut, macam roti (kene ade jem), nasi goreng (kene ade sup), burger (kene ade daging.. =P)... and air (kene kosong, taun sekarang nie...).
[~Aha, cute gile gambar roti tue.. Tak sampai hati nak makan... picca - Google ~]
So, nak dijadikan cerita... semalam dengan penuh semangat yang berpada-pada, jem kaya ber'model'kan seri aji pun dibelilah, tapi tertinggal kat kedai tue pulak. Ish, ingat hari ni nak pergi ambil balik... tapi taktau laa orang kedai tue ingat ke tidak, ntah-ntah die buat taktau dah.. Haihloo, cenggane laa boleh tertinggal jem tue... maybe masa beli tue niat tak ikhlas kot, sebab ada 2 pompuan cantik-tak-cantik tapi ala-ala supermodel tahap dewa (orang luar, kot) kat kedai tue, pastu rase menggatal gi tengok sampai tertinggal jem tue.. haihloooo.. gatal, azhar miang, gatal... ee~ yurrrK... (salahkan pompuan sebab pakai pakaian yang mencolok mata). Anyway, umpteenth sorry for the double-mengarut untuk hari ni...
p/s : ada sape2 nak tolong belikan i jem tak ? nanti kite share roti, kay.....