Ariff nak skema jawapan add math SPM 2004, dah 2 jam mencari. Tapi still tak dapat, yang adanye.. Kupasan kelemahan calon dalam menjawab soalan SPM 2004.. fuuh. bile baca balik kupasan nie, ade jugak terasa... Malang betul, tersalah buat soalan no 2 add math. Lepas 5 tahun baru tersedar konsep yang selama ni saya fikirkan betul, rupanya salah. Nasib baik tak banyak sangat markah.. Hish, tapi rugi jugak.. sebab soalan mula-mula tue lah yang biasanya banyak menyumbang markah bonus untuk dapat gred yang abnormal.. Erk, takpelah. Takyah dikenang lagi peristiwa 5 tahun lepas... Takleh nak putar balik pun masa tue, kan ?
So, pagi nanti.. bermulalah paper pertama bagi calon-calon SPM 2009... Bahasa Melayu Kertas 1, tepat pukul 8 pagi pulak tue. Then, followed by history paper, 45 minutes after BM paper. Isk, gap 45 minit aje. Taktau lah cenggane Ariff nak jawab besok. Ala, risau sungguh rasanye... Kalau dekat universiti nie, gap 1 hari pun rasa macam dah nak hentam ngan senduk besi faculty management yang arrangge schedule, nie pulak 45 minutes gap. Harap2 Arif dapat jawab soalan esok dengan tenang dan betul, insyaAllah.
Dengan bermulanya hari esok, maka saya tak dapatlah nak kacau-kacau Ariff lagik. T_T Tak dapat nak call lame2 lagi dah. Tak dapat nak SMS mengarut-ngarut lagi dah. Tak dapat nak gossip2 dengan budak sebelah rumah dah. Tak dapat nak cakap tak menda yang tak sedap didengar lagi dah. Dan tak dapat nak share certain problems ngan die lagi dah. Even nak cakap henpone baru beliau ade kerosakan teknikal sikit pun, tak sanggup nak bagitau. Takut die terganggu dengan masalah remeh ni plak kan... Takpelah, biar dia lepas SPM dulu. Then baru cakap pasal masalah tue... Hmm.. Ape2pun, hopefully Ariff dan SPM candidates Terengganu tahun nie dapat naikkan peratusan semua A dalam semua subjek. ^^ Amin...
**Do not confuse with the above title, it's doesn't means I need to re-take @ re-seat @ re-do SPM examination lorh...**