25/06/2009 @ 10.42pm
One message received. Hp Maxisku yang berada pada sudut kanan meja laptopku ini ‘vibrating’ menandakan satu message baru je memasuki inboxku. Dengas pantas, aku terus menggapai handphone tersebut yang jaraknya kira-kira setengah meter di atas 'mirror desk' di sebelahku ini. Sambil mata yang masih menghadap skrin laptop aku yang displaynya-rosak-berbelang2-tapi-tak-reti-lagi-nak-hantar-baiki, aku menekan butang unlock, dan terus menekan message yang baru di terima itu tadi....
Ya Allah, betapa terkejutnya membaca sms yang dihantar oleh Abg Syuk, mengatakan yang bekas anak murid kesayangan beliau tue accident. Dengan perasaan yang seakan-akan tidak mahu mempercayai perkhabaran message tersebut, aku terus menggapai hp yang satu lagik (Celcom, it's in your hand) untuk mendapatkan perkhabaran yang benar lagi elok dari Cik NH yang ku kenali itu, merangkap kawan baik aku yang ke 5.5 juta. .. Call sekali, tak angkat.... Aku biarkan beberapa saat lepas panggilan pertama itu dibuat. Dan pada ketika itu juga, aku berfikir... patutkah aku menelefon die tanya hal yang tak elok di dengar ni. Ye, patut! Bisik hati kecilku... Aku terus menelefon beliau buat kali ke-2 berturut-turut, dan still jugak tak angkat. Mulalah dahiku yang licin ini berkerut-kerut, menandakan sekelumit kerisauan telah berlegar-legar dalam benak fikiranku. Cuba lagi, untuk kali ketiga.... Ku tunggu beberapa deringan, dan deringan ketiga... panggilan tersebut diangkat. Alhamdulillah.
NH : Haah.... Petang tadi... Masa lepas ambil adik balik skolah.....
Talian diputuskan setelah aku ajukan beberapa soalan detektif kepada dia. Agak terkejut mendengar apa yang diceritakannya tue. Menurut NH, kejadian tue berlaku dalam sekelip mata ketika dia sedang memboncengkan adiknya. Hanya beberapa ketika selepas itu, sebuah kereta (tak dapat nak mention no plate, jenis, dan warna) yang di pandu oleh seorang perempuan (nie la antara salah satu sebab aku tak caye sangat pompuan yang baru dapat lesen P bawak kereta) telah melanggar dia dan adiknya itu dari belakang.. menyebabkan dia tergesel di bahu jalan dan adiknya terjatuh dari motorsikal tersebut. Syukurlah, dia dan adiknya tue tak mengalami kecederaan yang serius sangat. Cuma luka dan calar ringan2... Alhamdulillah, kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada dia dan adiknya hari itu.....
Di sini, saya nak mendoakan agar beliau (dia dan adiknya) bersabar dalam menghadapi ujian dari Allah. Semoga beliau dapat mengharungi segala keperitan dan kesakitan yang dialami dengan sebaik mungkin. Sapu ubat di tempat yang sepatutnya tebal2, makan pil yang diberikan doktor dalam kuantiti yang telah ditetapkan (jangan kurang, jangan terlebih, nati overdose pulak...) Berehat laa cukup2, jangan terlebih rajin nak buat keje2 umah tue lagik.. okay ? :)
Ya Allah, sembuhkanlah kesakitan yang dia alami.. ringkankanlah bebannya dalam menghadapi kesulitan di dalam mengerjakan ibadat kepadaMu. Jernihkanlah setiap air mata yang bercucuran dari tangisan kedukaannya dengan nikmat yang Engkau berikan kepadanya di kemudian hari. Amin~ :)
[notakaki : Sebenarnya entry ni di post 2 hari lepas, tp sebab terlalu busy dengan kerja+kelajuan internet yang tak memuaskan, so malam ni baru dapat post.. Harap maklum. :) ]